26.2.10

Hukum Tarikan ? Apakah bercanggah dengan Islam


Hukum Tarikan realisasikan impian anda

http://auramegapower.com/apaituhukumtarikan.html

Oleh ZUARIDA MOHYIN

MENGAPA sesetengah orang itu sentiasa bernasib baik dan murah rezeki walau tidak begitu berusaha. Namun, di setengah pihak sebaliknya yang berlaku?
Pastinya lintasan seumpama ini menerjah ke kotak fikiran tanpa kita sedari dan pergi begitu sahaja.


Ataupun situasi di mana pada hari itu kerja anda semuanya berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah atau pada hari itu semua yang dipegang dan dilakukan serba tidak menjadi.

Paling logik kita melihat keadaan ini sebagai suratan takdir ataupun nasib kita sudah tertulis begitu sejak azali lagi.

Hakikatnya, Islam sendiri memberitahu umatnya, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka. (ar-Ra'du: 11)

Ayat di atas sudah jelas membuktikan bahawa nasib seseorang itu bukanlah takdir yang menentukan, sebaliknya manusia yang menentukan takdirnya sendiri.

Bertitik tolak dari situlah, Fakharoll Rodziee Don dan Faris Fahmi Ibrahim membuat kajian daripada buku-buku yang majoritinya berbahasa Inggeris dan akhirnya mereka temui tentang rahsianya yang dipanggil Hukum Tarikan.

Hukum Tarikan adalah kuasa atau hukum yang berlaku setiap hari dalam hidup kita tanpa kita sedari. Sebenarnya kita mampu mengawal dan menggunakannya bagi mencapai segala impian dalam hidup selagi tidak melanggar hukum yang ditetapkan Allah SWT dan tidak bercanggah dengan hak-hak orang lain.

Contoh situasi paling mudah untuk memahami Hukum Tarikan ialah kadangkala apa yang anda perlukan muncul di hadapan anda ataupun melalui panggilan telefon tanpa diduga? Ataupun ketika anda sedang memikirkan seseorang, tiba-tiba anda terserempak dengannya atau dia menghubungi anda? Mungkin anda beranggapan ia satu kebetulan tetapi sebenarnya, semua ini adalah pengalaman yang membuktikan Hukum Tarikan sememangnya wujud dalam hidup kita.

Menyedari majoriti terbitan yang menyentuh Hukum Tarikan adalah dalam versi bahasa Inggeris maka Fakharoll dan Faris mengambil keputusan untuk menterjemah buku Law of Attraction karangan Michael J. Losier sebagai langkah pertama dalam memperkenalkan Hukum Tarikan.

Pemilihan buku ini berdasarkan kaedah penerangan konsep Hukum Tarikan secara mudah dan senang difahami, selain menyediakan latihan dan tip yang berkesan.

Buku ini membongkar proses tiga-langkah yang terbukti berkesan, siap dengan tip, kaedah, latihan dan skrip yang menunjukkan kepada anda bagaimana cara mendapatkan apa yang anda inginkan.

Jadi, jika anda benar-benar ingin memahami kehidupan yang anda lalui dan ingin mengubahnya menjadi apa yang anda inginkan, maka inilah buku yang anda perlu cari dan miliki.

Kenyataan yang perlu diterima bahawa buku ini telah menjadi bahan bacaan wajib bagi banyak kumpulan jualan, syarikat rangkaian pemasaran, agen hartanah, penasihat kewangan dan pelbagai organisasi.

Sekiranya kita mengimpikan sesuatu perlulah amalkan 3 perkara.


1. Menggunakan sepenuhnya doa untuk berkomunikasi dengan Allah swt yang merupakan sumber segala tenaga & kekuatan. Pohon pada Yang Maha Kuasa apa jua keinginan yang positif dalam hidup. Sehubungan itu kita perlu mengetahui beberapa aspek doa dan adabnya supaya segala hasrat impian kita dimakbulkan. Tidak kiralah impian anda itu nak jadi kaya, senang, sihat, lapang dan sebagainya asalkan ia positif di sisi tuhan. Kuasa doa ini sebenarnya hebat dan spttnya menjadi senjata bagi orang-orang mukmin. Jika anda berdoa perkara baik dan sepenuh hati beserta adab sebagai hamba tuhan sudah tentu pasti dimakbulkan segala impian saudara.

Solat Duha ibarat magnet rezeki dan amalan bersedekah akan menggandakan kehadiran rezeki ke dalam hidup kita.


2. Menghidupkan rasa syukur dalam hati agar dapat menikmati kebahagiaan dan ketenangan. Syukur ini mempunyai kuasa yang hebat pada manusia. Apabila kita bangun di pagi hari, celik je mata dapat melihat betapa indahnya dunia ini maka itu adalah antara nikmat besar hidup yang kita miliki berbanding mereka yang buta tidak nampak segala, gelap dan tidak mampu menikmati keindahan alam ini. Begitu juga nikmat kesihatan yang baik, yang mana memudahkan kita melakukan kerja, urusan hidup, membuat bisnes, membuat segala pekerjaan dgn sempurna juga perlu kita memanjatkan kesyukuran pada tuhan.. sekiranya Allah tarik balik nikmat sihat dan kita terpaksa terlantar di katil dalam keadaan sakit sudah tentu ia cukup memeritkan. Bersyukurlah dan Allah akan gandakan nikmatnya nanti. Dgn syukur kita menjadikan diri sebagai magnet kebahagiaan. Kita merasakan dunia ini luas dan penuh keistimewaan. Menyebabkan kita yakin diri dengan Allah bahawa segala rezeki itu datang dariNya. Maka sentiasalah menghulurkan derma / sedekah dengan hati yang ikhlas sebagai tanda kita bersyukur dan mengasihi orang lain


3. Gunakan tenaga sabar sebagai penentu kejayaan kita. Tidak banyak orang yang bersabar di dunia ini. Semuanya mahu cepat, senang dan mudah sahaja sebaliknya sedikit yang mampu bersabar sebelum berjaya. Sptmana kata mentor saya, sabar itu banyak hikmahnya. Orang yang bersabar itu mampu menempuh apa jua cabaran hidup. Bila dilanda musibah dia akan bersabar dan tidak melenting atau menyalahkan orang lain. Bila diuji dengan masalah maka dia akan tenang dan bersabar untuk menyelesaikan satu persatu masalahnya dengan penuh kesabaran. Bila sabar itu lekat di hati, maka tidak perlu risau apa jua yang menghalang di depan mata... Tidak perlu risau dengan kegagalan kerana berkat kesabaran dan istiqomah kita itu akan dibalas jua dengan kejayaan...



Tiada ulasan: