6.2.10

Keliru antara sunat, sunnah dan hadith


di Malaysia selalu digunakan ayat " itu hukumnya sunat "
dan " itu sunnah Rasulullah"


Ada yang keliru dengan tafsiran sunat dan sunnah, dan sukar membezakannya sehingga ada yang beranggapan tidak mengapa meninggalkan pesanan dari hadith Rasulullah saw kerana itu cuma hukumnya sunat.


Sedikit info berkaitan Perbezaan antara sunat dengan sunnah.

Sunat :

Sunat Termasuk dalam kategori hukum menurut syarak islamiah iaitu : wajib, haram, sunat makruh dan harus.

Sunat ialah sesuatu yang dituntut drpd seorang supaya melakukannya, tetapi tuntutan itu tidaklah mesti dilakukan, walaubagaimanapun jika kita melakukan nya akan di beri pahala dan tidak berdosa jika meninggalkannya


Sunnah:

Sunnah merupakan sumber kedua perundangan Islam selepas al-Quran. Sunnah di sini bermaksud : Sesuatu yang lahir dari Rasulullah s.a.w., samada perkataan, perbuatan dan pengakuan.

Sunnah yang mengandungi sabdaan, perbuatan dan taqrir/pengakuan dari Rasulullah s.a.w. yang memberi petunjuk Hukum, adalah dari wahyu Allah Taala, bukan dari hawa nafsu baginda.

Kenapa Kita ambil sunnah, mengapa ia dimasukkan di bawah kata `khitab Allah'? Kerana pada hakikatnya sunnah/sabda Rasulullah s.a.w. itu kembali kepada Allah Taala. Sekalipun lahirnya dari Rasulullah s.a.w. tetapi ia diperolehi melalui jalan wahyu.

Berpegang kepada al-Quran ialah mengambilnya sebagai sumber hukum. Begitu juga dengan sunnah, apabila dikatakan berpegang kepada sunnah Rasulullah s.a.w. bermaksud mengambilnya sebagai sumber hukum.

Kedudukan sunat dalam sunnah

Sunat adalah sebahagian kecil dari maksud sunnah dalam ertikata ia sebagai salah satu dari sumber hukum Islam. Tetapi sekarang ini sebahagian dari umat Islam di negara kita bersungguh-sungguh di dalam mengamalkan sunah yang bermaksud sunat dan dalam masa yang sama mereka terlupa untuk memperjuangkannya sebagai salah satu dari sumber hukum Islam.


Kedudukan hadith dalam sunnah

Hadith terbit dari perilaku Rasulullah saw samaada sebutan, perbuatan atau keizinannya kemudian telah diceritakan oleh orang lain. Maknanya Hadis ialah himpunan pengisahan dan keizinan.

Hadis-hadis dikelaskan mengikut statusnya berhubungan dengan teks (matan) dan rentetan penyampainya atau perawi ( orang yang menceritakan atau pun isnad. )

Cendekiawan-cendekiawan Hadis telah mengaji Sunnah, baik dari segi konteks (matn) mahupun dari segi penyampainya untuk menentukan apa yang benar dan apa yang palsu dalam hadis-hadis itu.

Melalui penyelidikan tentang para penyampai Hadis (isnad), cendekiawan-cendekiawan Hadis telah mencipta sebuah sistem untuk mengetahui kategori-kategori Hadis yang berbeza, serta bagaimana menilai teksnya (matan) supaya dapat menentukan adakah teks itu betul, baik, lemah, atau palsu.


KESIMPULAN

Pendapat yang salah jika beranggapan bahawa dengan memahami bahawa mengamalkan sunnah dalam ertikata menunaikan hukum sunat yakni, melakukannya dapat pahala meninggalkannya tidak berdosa. Apatah lagi lebihlah salahnya jika beranggapan hukumnya cuma sunat jika meninggalkan pesanan dari hadith Rasulullah saw

Tiada ulasan: