Ya Allah... dalam perjalanan ini bukakan lah ke atas kami hikmahMu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah rahmatMu...
4.2.10
SOLAT : Bangun Dari Sujud Dan Kaedah Duduk Isterahah
Bangun Dari Sujud kedua , duduk isterehah dan Bersiap sedia untuk bangun ke rakaat kedua dan ke empat
Dalam perilaku solat dilakukan bangun dari sujud yang kedua dan bersiap sedia untuk bangun ke rakaat kedua dan keempat. Duduk sebentar ini setakat meluruskan badan dengan betul.
Di kalangan ahli fiqh duduk ini dinamakan duduk istirehat . Itulah yang dinyatakan oleh Imam Syafie dan Imam Ahmad . Pendirian beliau lebih tepat kerana dia dikenal sebagai orang yang kuat mengikuti sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan tidak mahu menyalahinya. ( Lihat: Sifat Solat Nabi, (nota kaki) Hlm. 191. al-Albani)
Berkata Ibn Baz rahimahullah: "(Kemudian) duduk iaitu duduk yang seketika sebagaimana duduk antara dua sujud. Dinamakan duduk istirehat dan ia sunnah menurut qaul yang paling sahih, jika meninggalkannya tidak ada kesalahan. Dan tidak ada zikir atau doa (ketika duduk istirehat)". ( Lihat: Hlm.12. Ibn Baz. )
KAEDAH DUDUK ISTIREHAH
Ada dua kaedah duduk ini yang boleh kita lakukan mengikut kesesuaian iaitu duduk secara iftirasy atau duduk diatas kedua tumit. Berikut adalah perinciannya
1. Kaedah duduk iftirasy
Melalui hadith di bawah kaedah ini dilakukan oleh Rasulullah saw ketika hendak bangkit (bangun) dari sujud baginda saw duduk seketika (berehat seketika) dan kemudian bangun dengan bertumpu pada kedua tangannya ke tanah untuk melanjutkan ke rakaat seterusnya.
Baginda saw duduk tegak iaitu duduk di atas telapak kaki kiri dengan tegak sampai ruas tulang punggungnya mapan.
“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bangun dari sujudnya sambil bertakbir”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Kemudian duduk iftirasy, membentangkan kaki kiri dan duduk di atasnya, menegakkan kaki kanan, meletakkan kedua tangan di atas lutut, hujung tangan ada di atas lutut, tidak menggerakkan jari. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah dalam ibadah. Hlm. 25. Ibnu Qaiyim)
“Baginda terkadang mengangkat kedua tangannya bersamaan dengan ucapan takbir”.
(hadith riwayat Ahmad dan Abu Daud dengan sanad sahih)
" Kemudian baginda membentangkan kaki kirinya, kemudian baginda duduk di atas telapak kakinya dengan tenang”. (Hadith riwayat Bukhari dan Abu Daud)
“Tidak sempurna solat seseorang sehingga dia sujud sampai ruas tulang belakangnya mapan,
kemudian mengucapkan Allahu Akbar, kemudian bangun dari sujud sampai duduk dengan
tegak”. (Hadith riwayat Abu Daud dan Hakim disahkan olehnya dan disetujui oleh Zahabi)
“Baginda menegakkan telapak kaki kanannya”. (hadith Bukhari dan Baihaqi)
“Menghadapkan jari-jemari kaki kanannya ke arah kiblat”. (Hadith Nasaii dengan
sanad sahih)
2. Kaedah duduk diatas dua tumit
Sabda Rasulullah saw : “Kadang kala baginda duduk iq’a, iaitu duduk dengan menegakkan telapak kaki dan tumit kedua kakinya”. (Hadith Muslim, Abu ‘Awanah dan Abu Syekh dalam kitab Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Zubir dari Jabir, hlm. 104-106 dan Baihaqi. Rujuk: Sifat Solat Nabi. Hlm. 187. al-Albani)
Walaupun Ibnul Qayim rahimahullah hanya mensahihkan duduk secara iftirasy, namun pendapatnya dikomentar oleh Nasruddin al-Albani rahimahullah.
Menurut Nasruddin al-bani : “Ibnul Qaiyim telah melakukan kesalahan kerana setelah menerangkan Nabi duduk Iftirasy antara dua sujud ia berkata: Duduk cara dua sujud yang sah dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallalm hanya dengan cara ini (iftirasy), tidak ada cara lain.
Kemudian berkata Al-Albani:
“Bagaimana boleh dikatakan seperti itu padahal hadis tentang duduk di atas kedua tumit
( Hadith riwayat Ibnu Abbas dalam sahih Muslim, Abu Daud, Tirmizi, disahkan
olehnya dan oleh yang lain. Bacalah kitab As-Sahihah no.383. Juga riwayat hadis dari Ibnu
Umar dengan sanad hasan yang tersebut pada Baihaqi disahkan oleh Ibnu Hajar )
Dirawayatkan pula oleh Abu Ishaq al-Harbi dalam kitab Gharibul Hadis, juz 5/12/1 dari
Thawus, bahawa ia pernah melihat Ibnu Umar dan Ibnu Abbas duduk antara sujud dengan
duduk di atas kedua tumitnya. Hadis ini sanadnya sahih.
Ustazah: Keduanya sah dan sunat dilakukan, apa yang diperselisihkan oleh para ulamak adalah mana yang lebih afdal sahaja.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan