Sujud Syukur
Menurut Sheikh Ibn Utsaimin "Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih),dan hal ini adalah sunnah yang diajar oleh Nabi saw kepada umatnya.Berdasarkan kepada sebuah hadith dari Abu Bakar, “"Nabi saw apabila mendengar apa-apa berita yang membuat baginda merasa lapang, baginda akan turun sujud syukur kepada Allah swt"(Hadith diriwayat oleh Lima kecuali Al-Nassai. Al-Tirmidzi mengatakan Hadith ini Hasan Gharib)
Cara sujud syukur
Menurut Dr Wahbah Zuhaily didalam bab 5: Sebab dan sifat sujud Tilawah - Fiqh islami (2/118)[1], Sujud Syukur di dalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan di atas kenderaan jika seseorang dalam permusafiran. Terdapat 5 rukun iaitu:
a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
b. Sujud satu kali sahaja.
c. Duduk selepas sujud dan
d. Memberi salam.
Di dalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.
Cara sujud syukur didalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.
Dari pandangan Sheikh Ibn Utsaimin rh pula, sebagaimana di dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan :
يكون سجود الشكر عن مصيبة اندفعت أو لنعمة تهيأت للإنسان وهو كالتلاوة خارج الصلاة ، فبعض العلماء يرى له الوضوء والتكبير ، وبعضهم يرى التكبيرة الأولى فقط ، ثم يخر ساجدا ويدعو بعد قوله سبحان ربي الأعلى
"Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama'mengatakan wudhu' dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdo'a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A’laa."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan