31.3.10

Bagaimana kedudukan tangan kita semasa Tahiyyat/Tasyahhud itu


Kedudukan tangan ketika membaca Tahiyyat/ tasyahhud


Ketika duduk tahiyyat, sunat kita meletakkan tangan kanan di atas paha kanan dalam keadaan jari hujung (yakni kelingking), jari manis dan jari tengah digenggam, sementara jari telunjuk dilepaskan dan diangkat serta diisyaratkan (menghala ke arah kiblat)
ketika menyebutkan (إلا الله) sambil meniatkan di dalam hati tauhid dan ikhlas di mana ia terus diluruskan tanpa meletak atau menjatuhkannya. Ibu jari diletakkan pada jari tengah. Adapun tangan kiri, hendaklah diletakkan di atas paha kiri.




Cara kedudukan tangan di atas adalah berdalilkan hadis-hadis berikut;

1. Hadis Ibnu ‘Umar r.a. yang menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila duduk di dalam solat, baginda meletakkan tapak tangannya yang kanan di atas paha kanannya dan baginda menggenggam semua jarinya dan memberi isyarat dengan jarinya bersebelahan ibu jari (yakni jari telunjuk). Adapun tapak tangan kirinya, baginda letakkan di atas paha kirinya”. (Riwayat Imam Muslim)


2. Dari Ali bin Abdirrahman al-Maghafiri yang menceritakan dari Abdullah bin ‘Umar r.a. yang melihat seorang lelaki mengerak-gerakkan batu dengan tangannya ketika ia sedang solat. Apabila lelaki selesai solat, Abdullah berkata kepadanya; “Jangan mengerak-gerakkan batu semasa kamu berada dalam solat kerana itu adalah dari Syaitan. Akan tetapi lakukanlah sebagaimana yang dilakukan Rasulullah s.a.w.. Lelaki itu bertanya; “Bagaimana yang dilakukan baginda?”. Abdullah menjelaskan kepadanya; “Baginda meletakkan tangannya yang kanan di atas paha kanannya, mengisyaratkan jarinya yang bersebelahan ibu jari ke arah kiblat dan melontarkan pandangan matanya ke arah jari tersebut. Begitulah yang aku lihat dilakukan Rasulullah s.a.w.”. (HR Imam an-Nasai).


3. Diriwayatkan dari Abdullah bin az-Zubair r.a. yang menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila duduk berdoa (semasa tasyahhud) baginda meletakkan tangannya yang kanan di atas pahanya yang kanan dan tangannya yang kiri di atas pahanya yang kiri. Baginda melakukan isyarat dengan jari telunjuknya, sementara ibu jari baginda letakkan pada jari tengahnya. Adapun tangan kiri, maka baginda meratakannya di atas lutut kirinya”. (Riwayat Imam Muslim)


4. Dalam hadis riwayat Abu Daud dan an-Nasai, seorang sahabat bernama Wail bin Hujrin r.a. tatkala menceritakan sifat solat Nabi s.a.w., beliau memberitahu; “…Semasa Tahiyyat, Rasulullah s.a.w. meletakkan tangan kanannya (bermula dari siku) di atas paha kanannya, kemudian baginda menggenggam dua jari dari jari-jari tangannya (iaitu jari kelingking dan jari hantu) dan membentuk gelungan (dengan jari tengah/telunjuk dan ibu jarinya), kemudian mengangkat jari (telunjuk)nya. Aku melihat beliau menggerak-gerakkan jari telunjuknya itu sambil berdoa dengannya” (HR Imam an-Nasai dan Abu Daud).

Di dalam hadis Abdullah bin az-Zubair tadi, diceritakan bahawa Nabi s.a.w. hanya meletakkan sahaja ibu jarinya pada jari tengahnya. Sedang di dalam hadis ini, baginda membentuk gelungan dengan dua jari tersebut.

Kedudukan jari telunjuk ketika membaca tasyahhud , digerakkan atau tidak ?



Hal ini terdapat khilaf di kalangan ulamak;



Pandangan pertama
( tidak perlu digerakkan jari telunjuk)

tidak perlu digerak-gerakkan kerana Nabi s.a.w. tidak melakukannya sebagaimana hadis riwayat Abu Daud dari Abdullah bin az-Zubair r.a. yang menceritakan; “Nabi s.a.w. memberi isyarat dengan jarinya (yakni jari telunjukkan) tatkala berdoa (semasa tasyahhud) dan baginda tidak menggerak-gerakkannya”. ( Menurut Imam an-Nawawi; hadis ini sanadnya adalah soheh (Fiqh as-Sunnah, 1/119). Namun disanggah oleh al-Albani yang menegaskan; hadis ini tidak sabit dari Nabi dari segi sanadnya. (Lihat; Sifatu Solati an-Nabi, hlm. 158 )


Pandangan kedua
( menggerakkan jari telunjuk )

perlu menggerak-gerakkannya berdalilkan hadis dari Wail bin Hujrin r.a. yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan an-Nasai tadi yang menceritakan; “…Aku melihat beliau (yakni Nabi s.a.w.) menggerak-gerakkan jari telunjuknya itu (semasa Tasyahhud) sambil berdoa dengannya." ( Menurut Imam al-Baihaqi; ada kemungkinan bahawa yang dimaksudkan dengan at-tahrik dalam hadis ini ialah al-Isyarah biha (yakni menunjuk/mengisyaratkan dengan jari tersebut, bukan menggerak-gerakkannya berulang-ulang kali. Andaian ini dikemukakan untuk menyesuaikan hadis ini dengan hadis Ibnu az-Zubair yang dikemukakan oleh pandangan pertama tadi. (Fiqh as-Sunnah, 1/119).


Kesimpulan

Menurut Imam al-Baihaqi; kedua-dua hadis tersebut adalah soheh. (Lihat; Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 240).
Kita boleh melakukan salah satu daripadanya.

wallahualam

30.3.10

SUNNAH MENGGERAK-GERAKKAN JARI TELUNJUK DI MASA TASYAHHUD DALAM SOLAT



Para ulama Salaf as-Soleh (generasi awal) telah mentarjih (menyemak) dan mensahihkan amalan menggerak-gerakkan jari semasa bertasyahhud. Para ulama bermazhab asy-Syafie juga sebahagian besarnya mensahihkan hadis menggerak-gerakkan jari telunjuk semasa bertasyahhud, antaranya ialah Imam Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitab “Taqrib at-Tahzib” halaman 385 dan di dalam “Mizan al-I’tidal” 2/356 (oleh Imam az-Zahabi). Imam az-Zahabi (yang bermazhab asy-Syafie) telah mensahihkan hadis berkenaan memberi isyarat dalam solat (tasyahhud) dengan menggoyang-goyangkan jari. Antara hadis-hadis yang menjelaskan tentang berisyarat dengan jari telunjuk ialah:



رَأَى رَجُلاً يَدْعُوْا بِإِصْبَعَيْهِ فَقَالَ : أَحِّدْ ، أَحِّدْ ، وَأَشَارَ بَالسَّبَّابَةِ


“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah melihat seorang lelaki berdoa sambil mengacukan dua jari telunjuknya, lalu sabda baginda kepada lelaki itu: Satu jari sahaja, satu jari sahaja seraya baginda mengacukan jari telunjuknya (mengisyaratkan atau menggoyang-goyangkan) jari telunjuknya”.

Sebagaimana juga hadis seterusnya dari baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam:



كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَبْسُطُ كَفَّهُ الْيُسْرَى عَلَى رُكْبَتِهِ الْيُسْرَى ، وَيَقْبِضُ اَصَابِعَ كَفِّهِ الْيُمْنَى كُلِّهَا وَيُشِيْرُ بِاُصْبُعِهِ الَّتِيْ تَلَى اْلاِبْهَامَ اِلَى الْقِبْلَةِ وَيَرْمِيْ بِبَصَرِهِ اِلَيْهِ


“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam meletakkan telapak tangan kirinya di atas lutut kirinya dengan mengembang. Baginda menggenggam semua jari-jemari tangan kanannya, tetapi mengacukan telunjuknya ke kiblat dan mengarahkan pandangan matanya ke telunjuknya (melihat jari telunjuknya sambil menggoyang-goyangkannya)”. (Hadis Riwayat Muslim, Abu ‘Awanah, Ibnu Khuzaimah, al-Humaidi dalam Musnadnya 131/1. Abu Ya’la memberikan tambahan dengan sanad sahih dari Ibnu Umar)

Abu Ya’la rahimahullah memberikan tambahan pada hadis ini dengan sanadnya yang sahih dari Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma:

“Menggerak-gerakkan jari telunjuk (dalam tasyahhud) sebagai pengusir syaitan. Seseorang tidak akan menjadi lupa selama dia menggerakkan telunjuknya (dalam tasyahhud)”. (Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 195. Nota kaki. Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)

“Al-Humaidi mengacukan (menggoyang-goyangkan) jari telunjuknya. Beliau berkata: Muslim bin Abi Maryam berkata: Ada orang bercerita kepadaku, bahawa dia melihat keadaan para nabi dalam keadaan solat, mereka mengacukan/menggerak-gerakkan (mengisyaratkan) jari telunjuk mereka seperti itu. Kemudian Humaidi mengacukan jari telunjuknya”. (Menurut Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, sanadnya sahih. Lihat: Sifat Solat Nabi)

Semasa membaca tasyahhud awal atau akhir, maka keadaan ibu jari dan jari tengah baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditemukan sehingga membentuk bulatan. Dan jari telunjuk baginda diacukan ke arah kiblat serta digoyang-goyangkan (digerak-gerakkan ke atas dan ke bawah, bukan membentuk bulatan atau menulis kalimah Allah). Digerak-gerakkan bermula seawal tahiyat sehinggalah memberi salam, sebagaimana dijelaskan di dalam hadis sahih riwayat Muslim di atas. Dan keadaan jari-jemari yang lainnya berkeadaan sebagai yang diterangkan di dalam beberapa hadis sahih yang seterusnya:



كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا اَشَارَ بِاُصْبُعِهِ وَضَعَ اِبْهَامَهُ عَلَى اُصْبُعِهِ الْوُسْطَى


“Ketika baginda sallallahu ‘alaihi wa-salllam mengacukan telunjuknya, ibu jarinya memegang jari tengah (sehingga membentuk bulatan)”. (Hadis Riwayat Muslim dan Abu ‘Awanah)



كَانَ يُحَلِّقُ بِهِمَا حَلَقَهُ


“Terkadang ibu jari dan jari tengahnya membentuk bulatan (sedangkan telunjuknya tetap diacukan ke arah kiblat sambil menggoyang-goyangkannya)”. (Hadis Riwayat Abu Daud, Nasai’i, Ibnu Jarud dalam al-Muntaqa (208), Ibnu Khuzaimah 1/86/1-2. Ibnu Hibban dalam Sahihnya, 485)

MENGGERAK-GERAKKAN JARI TELUNJUK

Menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud awal atau akhir sudah menjadi sunnah matrukah (sunnah yang ditinggalkan manusia). Sedangkan tsabit bahawa Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam melaksanakannya, maka ia wajar dicontohi dan dihidupkan semula oleh mereka yang mencintai sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan membesarkan serta memuliakannya, kerana baginda mengamalkannya. Ini terbukti sebagai amalan sunnah sebagaimana dijelaskan di dalam beberapa hadis yang sahih:



كَانَ رَفَعَ اِصْبَعَهُ يُحَرِّكُهَا وَيَدْعُوْبِهَا


“Nabi menegakkan jari telunjuknya, menggerak-gerakkannya sambil membaca doa dengannya”. (Hadis Rwayat Abu Daud, Nasai’i, Ibnu Jarud dalam Al-Muntaqa (208), Ibnu Khuzaimah 1/86/1-2. Ibnu Hibban dalam Sahihnya 485)

Hadis menggerak-gerakkan jari telunjuk ini mempunyai syawahid (saksi/penguat) pada rawi Ibnu Adi (287/1). (Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 196. Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani) Menurut Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah:

“Mengikut sunnah telah menunjukkan bahawa menggerak-gerakkan jari telunjuk berlangsung sehingga salam (sehingga memberi salam). Inilah pendapat Imam Malik dan yang lain-lainnya”.

Menurut Imam at-Thahawi rahimahullah:

“Memohon doa dengan mengacukan jari telunjuk, ternyata bahawa hal ini dilakukan sehingga akhir solat”. (Lihat: صفة صلاة النبى صلعم من التكبير الى التسليم كانك تراه Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)

Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah menjelaskan lagi:

“Menggerak-gerakkan jari telunjuk dalam tasyahhud merupakan perbuatan yang tsabit dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam”.

Dilakukan oleh Imam Ahmad dan imam-imam ahli hadis yang lainnya. Oleh kerana itu, hendaklah takut kepada Allah orang yang beranggapan bahawa perbuatan ini sia-sia, (sehingga ia menyangka) tidak patut dilakukan dalam solat. Kerana anggapan itu mereka tidak mahu menggerakkan jari telunjuknya dalam solat, padahal mereka sudah tahu riwayatnya sahih. Mereka mencari-cari alasan untuk mentakwilnya (menafsirkannya) dengan menyalahi ketentuan bahasa Arab dan pengertian yang difahami oleh para imam.

Hal yang aneh, sebahagian dari mereka biasanya membela pendirian imamnya dalam masalah yang lain sekalipun pendapat imam tersebut bertentangan dengan sunnah Nabi. Alasannya ialah menyalahkan imam sama ertinya dengan mencela dan tidak menghormatinya. Akan tetapi, mereka kemudian melupakan masalah ini dan mereka menolak hadis yang sudah sahih serta mencela orang-orang yang melaksanakan perbuatan ini. Padahal dia tahu bahawa mencela perbuatan tersebut bererti pula mencela para imam mereka yang biasanya mereka bela bermati-matian walaupun membelanya batil. Padahal para imam tersebut perbuatannya sejalan dengan sunnah, bahkan celaan (tentang menggerak-gerakkan jari telunjuk, pent.) yang mereka lakukan itu mengenai Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, kerana Nabi-lah yang mengajarkan hal itu kepada kita.

Oleh kerana itu, mencela perbuatan menggerak-gerakkan jari telunjuk sama halnya dengan mencela Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Dan tidak ada balasan buat orang yang berbuat demikian kecuali……

Adapun mengacukan telunjuk sebentar sahaja, lalu berhenti atau mengacukannya pada waktu tertentu sahaja, semuanya itu tidak mempunyai dasar dari hadis, bahkan menyalahi hadis-hadis yang sahih.

Seterusnya Syeikh al-Albani rahimahullah menjelaskan hadis yang menyatakan:

“Nabi tidak menggerakkan jari telunjuknya”.

Bahawa sanad hadis di atas ini tidak sah. Jika hadis tersebut sah, isinya menyangkal (membatalkan) adanya mengacukan telunjuk dalam tahiyat, sama ada tahiyat awal atau akhir. Dalam kaedah “Menetapkan”, maka menetapkan didahulukan dari menyangkal, seperti yang dikenal oleh para ahli fikh, maka hujjah untuk menyangkal menggerak-gerakkan jari telunjuk tidak dapat dijadikan hujjah (Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 197. Nota kaki. Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani) kerana menetapkan supaya menggerakkan jari telunjuk lebih menepati kaedah ahli fikh.

HADIS ‘ASIM BIN KULAIB

Ada beberapa individu dan kelompok yang cuba mempertikaikan kesahihan hadis menggerak-gerakkan jari telunjuk yang diriwayatkan oleh ‘Asim bin Kulaib. Ada yang berani menghukum bid’ah kerana disangkanya tidak terdapat hadis yang menunjukkan adanya amalan menggerak-gerakkan jari telunjuk semasa bertasyahhud.

Agar ketidaktahuan dalam persoalan yang menyangkut ibadah (solat) ini dapat dirungkai secara ilmiyah, maka di tulisan ini dibawakan takhrijnya hadis tentang menggerak-gerakkan jari telunjuk agar dapat menghilangkan keraguan kepada mereka yang berniat ikhlas ingin menghidupkan amalan sunnah “menggerak-gerakkan jari telunjuk” semasa tasyahhud. Adapun hadis sahih yang menjadi hujjah adalah:



عَنْ زَائِدَةَ بْنِ قُدَامَةَ ، عَنْ قُدَامَةَ ، عَنْ عَاصِمِ بْنِ كُلَيْبٍ قَالَ : أخْبَرَنْيْ اَبِيْ عَنْ وَائِلِ بْنِ حُجْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ لأَنْظُرَنَّ اِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَيْفَ يُصَلِّى . قَالَ : فَنَظَرْتُ اِلَيْهِ ، قَامَ فَكَبَّرَ ، وَرَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى حَاذَتَا بِأُذُنَيْهِ ، ثَمَّ وَضَعَ كَفَّهُ الْيُمْنَى عَلَى ظَهْرِ كَفِّهِ الْيُسْرَى ،وَالرُّسْغِ ، وَالسَّاعِدِ ، ثُمَّ قَالَ : لَمَّا اَرَادَ اَنْ يَرْكَعَ رَفَعَ يَدَيْهِ مِثْلَهَا وَوَضَعَ يَدَيْهِ عَلَى رُكْبَتَيْهِ ثُمَّ رَفَعَ رَاْسَهُ فَرَفَعَ يَدَيْهِ مِثْلَهَا ثُمَّ سَجَدَ فَجَعَلَ كَفَّيْهِ بِحِذَاءِ اُذُنَيْهِ ، ثَمَّ قَعَدَ فَافْتَرَشَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى ، فَوَضَعَ كَفَّهُ الْيُسْرَى ، وَجَعَلَ حَدَّ مِرْفَقِهِ اْلاَيْمَنِ عَلَى فَخِذِهِ الْيُمْنَى ، ثُمَّ قَبَضَ (ثِنْتَيْنِ) بَيْنَ اَصَابِعِهِ ، فَحَلَّقَ حَلْقَةً ، ثُمَّ رَفَعَ اُصْبُعُهُ ، فَرَاَيْتُهُ يُحَرِّكُهَا يَدْعُوْ بِهَا ، ثُمَّ جِئْتُ بَعْدَ ذَلِكَ فِى زَمَانٍ فِيْهِ بَرْدٌ ، فَرَاَيْتُ النَّاسَ عَلَيْهِمُ الثِّيَابِ تَحَرَّكَ اَيْدِيْهِمْ مِنْ تَحْتِ الثِّيَابِ مِنَ الْبَرَدِ.


“Dari Zaidah bin Qudamah dari ‘Asim bin Kulaib berkata: Telah mengkhabarkan kepadaku bapaku dari Waiil bin Hujir berkata: Aku berkata: Sesungguhnya benar-benar aku akan melihat bagaimana caranya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam mendirikan solat: Berkata Waiil: Maka aku melihat baginda berdiri kemudian bertakbir sambil mengangkat kedua tangannya sehingga baginda meletakkan telapak tangan kanannya di atas punggung telapak tangan kirinya dan di atas pergelangan dan lengan. Berkata Waiil: Ketika baginda hendak ruku’ baginda mengangkat kedua tangannya seperti di atas kemudian baginda meletakkan di atas kedua lututnya.

Kemudian baginda mengangkat kepalanya sambil mengangkat kedua tangannya seperti di atas. Kemudian baginda sujud dan baginda meletakkan kedua telapak tangannya setentang dengan kedua telinganya.

Kemudian baginda duduk, kemudian baginda membuat satu lingkaran bulat dengan kedua jarinya iaitu jari tengah dan ibu jarinya kemudian baginda mengangkat jari telunjuknya, maka aku melihat baginda terus menggerak-gerakkan jarinya, baginda berdoa dengannya sambil berterusan menggerak-gerakkan jarinya.

Kemudian berkata Waiil: Sesudah itu maka aku lihat manusia (para sahabat) ketika mereka mendirikan solat bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam mereka menggerakkan tangan mereka dalam pakaian mereka lantaran sangat sejuk, iaitu mereka mengangkat kedua tangan mereka ketika takbir dan ruku’ dan seterusnya (menggerak-gerakkan) dari dalam pakaian mereka kerana udara sangat sejuk). (Hadis sahih dikeluarkan oleh: Imam Ahmad bin Hambal dalam “Musnad” 4/ 318. Abu Daud No. 713 dan 272. An- Nasai’i 889 dan 2/126-127 dan 3/371. Ad-Darimi dalam “Sunan” 1/314-315. Ibn Jarud dalam “al-Muntaqa” 208. Ibn Khuzaimah No. 480 dan 714. Ibn Hiban No 1851. Al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra 2/27, 28 dan 132. At-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/35. Disahihkan oleh Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)

Dalam hadis ini telah menunjukkan dengan jelas cara (sifat) solat Rasulullah yang semasa menggerak-gerakkan jari telunjuknya, kerana kalimah يُحَرِّكُهَا adalah fi’lu al-mudhari’ yang menggunakan saddah (-ّ) pada huruf ra ( ر ), maka ini membuktikan perbuatan memberi isyarat dengan menggerak-gerakkan jari dengan cara yang diulang-ulang dan terus menerus dilakukan.

Berkata as-Syeikh al-‘Azim Abadi rahimahullah menta’liq kehendak hadis ini:



وَفِيْهِ تحْرِيْكُهَا دَائِمًا


“Dalam hadis ini menunjukkan baginda terus menerus tanpa henti (mengulang-ulang) menggerak-gerakkan jarinya”. (Lihat: Muqaddimah الخشوع فى الصلاة oleh Ibn Rejab al-Hambali. Hlm. 7)

Berkata Imam al-Baihaqi:



يحْتَمِلُ أَنْ يَكُوْنَ الْمُرَاد بِالتَّحْرِيْكِ


“Ia membawa maksud yang pasti dengan menunjukkan menggerak-gerakkan (jari)”. (Lihat: Sunan al-Baihaqi 2/130)

Menurut Imam an-Nawawi rahimahullah ulama besar yang bermazhab as-Syafie, bahawa menggerak-gerakkan jari telunjuk ada tiga wajah:

Haram menggerak-gerakkanya serta batal solatnya. Ia dikatakan dari Abi Ali Ibn Abi Hurairah. Namun pendapat ini syaz dan lemah.

Mubah (harus) menggerak-gerakkan jari telunjuk sebagaimana dikatakan oleh Abu Hamid dan Qadi Abu Tayyib dan selain mereka, iaitu berhujjah dengan hadis Waiil bin Hujir yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dengan sanadnya yang sahih.

Menggerak-gerakkan jari membatalkan solat. Ini adalah pendapat yang syaz dan lemah. (Lihat:المجموع شرح المهذب 3/454 Dan lihat: al-Fatawa 1/87. Sheikh Abdul Aziz bin Bazz)

Menurut Imam Ahmad rahimahullah, antara dua riwayat (yang menggerak-gerakkan dan yang tidak menggerak-gerakkan jari), maka yang paling benar ialah beramal dengan hadis menggerak-gerakkan jari, kerana ia mematuhi sunnah. Menurutnya lagi: Menggerak-gerakkan jari telunjuk hendaklah digerakkan dengan cara yang bersungguh-sungguh. (Lihat: مسائل هانىء 1/80)

Semoga penjelasan Imam Ahmad rahimahullah dapat difahami dan diterima oleh mereka yang ikhlas dalam menerima ilmu dan menunai ibadah.

TAKHRIJ HADIS (‘Asim bin Kulaib)

‘Asim bin Kulaib perawi yang dipakai dan diterima oleh para imam hadis seperti Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, At-Tirmidzi, Nasai’i, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Ma’in, Ahmad bin Soleh, Ibnu Hibban, Ibnu Syahin, Ibnu Saad dan lain-lainnya. Mereka memuji dan mengakui bahawa ‘Asim bin Kulaib sebagai perawi yang (ثقة حافظ) “Seorang yang dipercayai dan kuat hafalannya”. (Lihat:مختصر علوم الحديث Hlm. 106. Ibnu Kathir)

Antara kalangan Imam-Imam hadis besar yang mensahihkan hadis ‘Asim bin Kulaib ini ialah: Imam Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, An-Nawawi (ulama besar bermazhab as-Syafie), Ibnul Qayyim, Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah dan selain mereka.

Imam Az-Zahabi (bermazhab as-Syafie) menganggap ‘Asim Bin Kulaib sebagai seorang yang (ثقة صدوق) “Perawi yang dipercayai lagi benar”.

Hadis ini tidak boleh dilemahkan hanya kerana kesilapan (disangka) “infirad”nya (menyendirinya) ‘Asim bin Kulaib dalam meriwayatkan hadis menggerak-gerakkan jari telunjuk. Kerana Hadis Waiil Bin Hujir yang meriwayatkan dari ‘Asim bin Kulaib mempunyai banyak jalur (jalan/turuq), malah ramai Imam-Imam hadis menta’dil (تعديل) beliau. Dan ramai rawi yang merawikan dari ‘Asim bin Kulaib dan juga menta’dil beliau, antara mereka:

Berkata Imam Sa’ad: Dia adalah tsiqah (ثقة) dipercayai dan aku dapati para imam hadis menghasankan hadisnya, malah mereka berhujjah dengan hadisnya. (Lihat: تَهذيب التهذيب 8/445)

Imam Ahmad rahimahullah mengatakan: لاَبَأْسَ بِحَدِيْثِهِ “Tidak mengapa (tidak ada kesalahan menerima) hadisnya”. Ibnu Ma’in mengatakan: ‘Asim bin Kulaib adalah (ثقة مأمون) “Dipercayai dan amanah”. (Lihat: من كلام ابي زكرى يحي بن معيت فى الرجال No. 63)

Berkata Imam al-‘Ijli rahimahullah bahawa: (هو ثقة) “Dia dipercayai”. (Lihat: معرفة الثقة No. 815)

Imam al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah menjelaskan: (وهو صدوق) “Dia seorang perawi yang benar/dipercayai”. (Lihat: تقريب التهذيب hlm. 385. ميزان الاعتدال 2/356)

Abu Hatim rahimahullah menegaskan bahawa: ‘Asim bin Kulaib adalah (صالح) “Seorang yang soleh”. (Lihat: الجرح والتعديل 6/350 Ibnu Abi Hatim)

Kenyataan Ibnu al-Madini rahimahullah bahawa: Hadis ‘Asim bin Kulaib tidak dapat dijadikan hujjah, maka jika alasannya hanya infiradnya (menyendirinya beliau), maka jarah (جرح) Ibnu al-Madini tidak dapat diterima, kerana tidak ada kesepakatan dari para ulama hadis.

Imam an-Nasai’i rahimahullah menjelaskan: Bahawa ia tidak boleh menolak hadis seseorang sehingga mereka (para ulama hadis) sepakat menolaknya. (Lihat:اختصار علوم الحديث hlm. 96. Ta’liq Ahmad Syakir) Dengan demikian jarah (جرح) tidak dapat diterima, terutama kerana ramainya ulama hadis yang lebih luas keilmuannya dari beliau menthiqah (mempercayai dan menetapkan), membenarkan dan menganggap solehnya (benarnya) dan mereka menerima hadis ‘Asim bin Kulaib ini.

Adapun alasan Ibnu al-Madini yang diambil dari Ibnu ‘Ulayyah dan Yahya al-Qaththan bahawa ‘Asim bin Kulaib dan mereka yang terkena pada semua yang bernama ‘Asim adalah buruk hafalannya, ‘Ulayyah dan Yahya al-Qaththan dikomentar seperti berikut:



كُلُّ مَنِ اسْمُهُ عَاصِمٌ فِى حِفِظِهِ شَيْءٌ


“Semua rawi yang bernama ‘Asim adalah keadaannya ada sesuatu (buruk) pada hafalannya”. (Lihat: الميزان 21/350)



مَا وَجَدْتُ رَجُلاً اسْمُهُ عَاصِمٍ ، اِلاَّ وَجَدْتُهُ رَدِىءُ الْحِفْظِ


“Tidak aku temui seorang lelaki yang bernama ‘Asim kecuali aku dapati dia buruk hafalannya”. (Lihat: الميزان 21/350)

Alasan Ibnu Madini ini disangkal dan ditolak oleh para ulama hadis, kerana terdapat beberapa orang yang bernama ‘Asim yang juga diterima oleh para ulama atau para pembesar hadis (muhaddisin). Antara mereka ialah:

(1). ‘Asim bin Sulaiman al-Ahwal.

(2). ‘Asim bin Umar bin Qatadah.

(3). ‘Asim bin ‘Umar (Ibnu Amr Hijaziyuun).

(4). ‘Asim bin Laqith bin Sabiran.

(5). ‘Asim bin Muhammad bin Zaid bin Abdullah bin ‘Umar bin al-Khattab (dipakai oleh Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai’i dan Ibnu Majah. (Lihat: تاريخ الكبيرImam Bukhari. تاريخ بغداد Al-Khatib Bagdadi)

(6). ‘Asim bin Yusuf al-Yarbu’i. (Lihat:التقريب 1/383)

Mereka sekalian adalah para rawi yang tsiqah (dipercayai) dan dipakai oleh Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, At-Tirmidzi, Nasai’i, Ibnu Majah (Lihat:تاريخ الكبير Imam Bukhari. جرح والتعديل Ibnu Abi Hatim. الميزان الاعتدال Az-Zahabi) dan ramai lagi perawi-perawi dan Ahli Hadis yang lainnya.

Menurut Imam an-Nasai’i rahimahullah: Tidak boleh meninggalkan (menolak) hadis seseorang rawi sehingga mereka sekalian (para ulama hadis) bersepakat menolak atau meninggalkannya. (Lihat: اختصار عوم الحديث hlm. 96. Ta’liq Ahmad Syakir) Jika sekiranya hanya menerima penilaian dari Yahya al-Qaththan yang di pegang oleh Ibnu Madani dan meninggalkan para ulama hadis yang lain, maka kaedah ini tidak boleh diterima pakai.

HADIS-HADIS (Menggerak-gerakkan Telunjuk)

Apabila Imam Ahmad rahimahullah ditanya, adakah dituntut agar menggerak-gerakkan jari telunjuk dalam solat? Beliau menjawab: Ya, menggerak-gerak jari telunjuk (semasa tasyahud Pent.) sangat dituntut. (Lihat; Sifat Solat Nabi Hlm 159. Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani. مسائله عن الامام احمد hlm. 80) Ini berdasarkan hadis sahih:

“Baginda (semasa tasyahud) menggerak-gerakkan jari telunjuknya yang kanan dan berdoa dengannya”. (Hadis Riwayat Bukhari)


كَانَ رَفَعَ اصْبَعَهُ يُحَرِّكُهَا وَيَدْعُوْ بِهَا


“Baginda mengangkat jari dan menggoyang-goyangkannya sambil berdoa dengannya”. (Hadis Riwayat Nasai’i, Ibnu Hibban dan Ibnu al Jarud dalam المنتقى Ibnu Hibban dengan sanadnya yang sahih dalam Sahihnya no. 485)



كَانَ اِذَا جَلَسَ فِى الصَّلاَةِ وَضَعَ كَفَّهُ الْيُمْنَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُمْنَى ، وَقَبَضَ اَصَابِعَهُ كُلَّهَا ، وَاَشَارَ بِاُصْبَعِهِ الَّتِى تَلِى اْلاِبْهَامَ فِى الْقِبْلَةِ ، وَرَمَى بِبَصَرِهِ اِلَيْهِ ، اَوْ نَحْوِهِ ، وَوَضَعَ كَفَّهُ الْيُسْرَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُسْرَى


“Yang mana baginda apabila duduk bersolat, baginda meletakkan tapak tangan kanannya di atas paha kanannya, baginda genggam seluruh jarinya dan baginda mengisyaratkan (menggoyang-goyangkan) jarinya yang paling hampir dengan ibu jarinya (jari telunjuk) ke arah kiblat, baginda tumpukan pandangannya ke arah jari telunjuknya. Dan baginda meletakkan tangan kirinya di atas paha kirinya”. (Hadis Riwayat Muslim 2/90. Abu Daud 987. Malik 1/112. Syafie dalam al-Umm 1/139. Dan di Musnad hlm. 41. Nasai’i 2/188. Ibnu Khuzaimah no. 719. Ibnu Hibban No. l938. Baihaqi 2/130)


قَالَ اَبُوْ حُمَيْدٍ : اَنَااَعْلَمُكُمْ بِصَلاَةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، انَّ رَسُوْلَ اللهِ جَلَسَ فَافْتَرَشَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى ، وَاقْبَلَ بِصَدْرِهِ الْيُمْنَى عَلَى قِبْلَةِ ، وَوَضَعَ كَفَّهُ الْيُمْنَى عَلَى رُكْبَتِهِ الْيُمْنَى ، وَكَفَّهُ الْيُسْرَى عَلَى رُكْبَتِهِ الْيُسْرَى ، وَاَشَارَ بِاَصْبَعِهِ يَعْنِى السَبَّابَة


“Berkata Abu Humaid: Aku lebih tahu daripada kamu tentang solat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, sesungguhnya Rasulullah apabila duduk untuk tasyahhud, baginda hamparkan kaki kirinya, ia hadapkan kaki kanannya ke arah kiblat, baginda letakkan tapak kanannya di lututnya yang kanan dan tapak tangan kirinya di lutut yang kiri, lalu ia berisyarat dengan jarinya iaitu jari telunjuknya”. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi 292. At-Tirmidzi berkata: Hadis ini hasan sahih. Abu Daud 737. Ibnu Khuzaimah 789)

Maksud berisyarat ialah menggerak-gerakkan jari telunjuknya, kerana cara inilah yang menjadi pilihan al-Amir as-San’ani (Lihat: سبل السلام 1/187-188) sebagaimana dijelaskan oleh al-Mubarakfuri, kemudian ia menguatkannya dengan berkata: Yang benar ialah apa yang dikatakan oleh ar-Rafaie dan Muhammad bin Ismail al-Amir, (Lihat: تحفة الأحوذي 1/241 Cetakan India) ia lebih rajih (sahih) tepat mengikut kaedah fiqhyah: “Yang menetapkan didahulukan dari yang menafikan” iaitu menggerak-gerakkan (lebih tepat). (Lihat penjelasan Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz dalam “Al-Fatawa”. 1/75)

FADHILAT MENGGERAK-GERAKKAN JARI TELUNJUK

Terdapat beberapa fadhilat-fadhilat apabila menggerak-gerakkan jari telunjuk semasa bertasyahhud. Pertama: Menghidupkan kembali sunnah yang telah ditinggalkan. Kedua: Menggerak-gerakkan jari telunjuk dapat menghalau syaitan sebagaimana dijelaskan oleh hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:



لَهِيَ اَشَدُّ عَلَى الشَّيْطَانِ مِنَ الْحَدِيْدِ يَعْنِيْ : اَلسَّبَّابَةَ


“(Menggerak-gerakkan jari) lebih keras (dirasakan) oleh syaitan dari pukulan besi”. (Hadis Riwayat Bukhari dalam Al-Amali (60/1), Ahmad, Bazzar, Abu Ja’far, Thabrani dalam Ad-Doa hlm. 73/1. Abdul Ghani al-Muqaddasi dalam As-Sunan 12/2. Dengan sanad hasan dan Rauyani dalam Musnadnya 249/2 dan Baihaqi)



كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِى التَّشَهُّدَيْنِ جَمِيْعًا


“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam melakukan perbuatan ini (menggerakkan jari telunjuk) dalam dua tasyahhud (tasyahhud awal dan akhir)”. (H/R Ibnu Abi Syaibah dengan sanad hasan)



رَاَى رَجُلاً يَدْعُوْا بِاِصْبَعَيْهِ فَقَالَ : اَحِّدْ ، اَحِّدْ وَاَشَارَ بِالسَّبَّابَةِ


“Nabi pernah melihat seorang lelaki berdoa sambil mengacukan dua jarinya, lalu sabdanya kepada orang itu: Satu sahaja! Satu sahaja! Seraya mengacukan jari telunjuk”. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Nasai’i dan disahkan oleh Hakim serta disetujui oleh Zahabi. Hadis ini juga mempunyai syahid pada riwayat Ibnu Abi Syaibah)

MEMBACA DOA DI PENGHUJUNG TASYAHHUD AWAL ATAU AKHIR

Disunnahkan untuk membaca doa pada penghujung tasyahhud awal atau akhir sambil menggerak-gerakkan jari telunjuk sebagaimana dijelaskan melalui hadis yang lalu. Perbuatan berdoa diakhir tasyahhud adalah sunnah yang berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:



اِذَا قَعَدْتُمْ فِى كُلِّ رَكْعَتَيْنِ فَقُوْلُوْا : اَلتَّحِيَّاتُ الخ … وَلْيَتَخَيَّرْ اَحَدُكُمْ مِنَ الدُّعَاءِ اَعْجَبَهُ اِلَيْهِ ، فَلْيَدْعُ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ بِهِ


“Apabila kamu duduk pada setiap dua rakaat, ucapkanlah At-Tahiyyatu …., kemudian hendaklah seseorang kamu memilih doa yang disukainya dan hendaklah ia mengajukan permohonannya kepada Allah Yang Mahaperkasa lagi Mahamulia”. (Hadis Riwayat Nasai’i, Ahmad dan Thabrani dengan sanad sahih)

Menurut Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah:

“Hadis ini secara tersurat menyatakan dibenarkannya berdoa pada setiap tasyahhud sekalipun pada tasyahhud awal. Pendapat ini dikemukakan oleh Ibnu Hazm”. (Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 198. Nota kaki)

Kesimpulan:

1 - Adalah suatu sunnah untuk menggerak-gerakkan jari ketika bertasyahhud.

2 – Ia dilakukan dengan jari telunjuk tangan kanan.

3 – Kedudukan jari boleh sama ada
1 - dengan keadaan ibu jari menggenggam jari-jari yang lainnya, manakala jari telunjuk tidak digenggam oleh ibu jari) ditegakkan ke arah kiblat dan digerak-gerakkan.

2 - ibu jari dan jari tengah ditemukan sehingga membentuk satu lingkaran, dan jari
telunjuk ditegakkan ke arah kiblat sambil digerak-gerakkan.

RUKUN SOLAT : Kaedah memberi salam semasa mengakhiri solat



ADA 4 KAEDAH/ CARA MEMBERI SALAM SEMASA MENGAKHIRI SOLAT


Diwajibkan menutup (mengakhiri) setiap solat dengan salam. Kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:


تَحْلِيْلُهَا التَسْلِيْمُ


“Dihalalkan setelah mengakhirinya (solat) dengan mengucapkan salam”. (Hadis Riwayat al-Hakim dan Az-Zahabi, dan disahihkan oleh keduanya)

Apabila melakukan atau mengucapkan salam, hendaklah mencontohi cara yang telah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.

Berdasarkan hadis-hadis yang dibawakan ini menunjukkan ada empat (4) cara/kaedah dalam melaksanakan amalan salam yang dicontohkan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bagi mengakhiri solat baginda iaitu:


1 - Pertama:

Mengucapkan السلام عليكم ورحمة الله semasa menoleh ke kanan dan mengucapkan dengan ucapan yang sama semasa menoleh ke kiri.


كَانَ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِيْنِهِ : اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ ، حَتَّى يُرَى بَيَاضُ خَدِّهِ اْلاَيْمَنِ ، وَعَنْ يَسَارِهِ : اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحَمَةُ اللهِ ، حَتَّى يُرَى بَيَاضِ خَدِّهِ اْلاَيْسَرِ


“Baginda mengucapkan salam dengan berpaling ke arah kanan seraya mengucapkan: As-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah, sehingga terlihat pipi kanannya yang putih. Kemudian berpaling ke arah kiri seraya mengucapkan: As-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah, sehingga kelihatan pipi kirinya yang putih”. (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasaii dan Tirmizi)


2 - Kedua:

Menambah وبركاته “Wabarakatuhu” semasa menoleh ke kanan. Dan hanya السلام عليكم ورحمة الله semasa menoleh ke kiri tanpa menambah “warahmatullahi wabarakatuh”.

“Ada kalanya pada bacaan salam yang pertama baginda menambah ucapan: Wabarakatuh”. (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Khuzaimah, at-Thabrani, Darquthni dan Abdur Razzaq)


3 - Ketiga:

Mengucapkan السلام عليكم ورحمة الله semasa menoleh ke kanan dan hanya mengucapkan السلام عليكم semasa menoleh ke kiri.


كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا قَالَ عَنْ يَمِيْنِهِ : اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ ، اِقْتَصَرَ ، اَحْيَانًا عَلَى قَوْلِهِ عَنْ يَسَارِهِ اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


“Ketika baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam berpaling ke kanan, baginda terkadang mengucapkan: As-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah, dan ketika berpaling ke kiri hanya mengucapkan: As-salamu ‘alaikum”. (Hadis Riwayat Nasai’i, Ahmad dan Siraj dengan sanad yang sahih)


4 - Keempat:

Hanya menoleh sedikit ke kanan lantas mengucapkan السلام عليكم dan sama sekali tidak menoleh ke sebelah kiri dan pula tidak mengucapkan salam.


اَحْيَانًا كَانَ يُسَلِّمُ تَسْلِمَةً وَاحِدَةً : اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ . تِلْقَاءَ وَجْهِهِ يَمِيْلُ اِلَى الشِّقِّ اْلاَيْمَنِ شَيْئًا اَوْقَلِيْلاً


“Terkadang baginda mengucapkan salam sekali sahaja dengan ucapan: As-salamu ‘alaikum, dengan sedikit memalingkan wajahnya ke kanan”. (Hadis Riwayat Muslim, Abu ‘Awanah, Siraj, Ibnu Khuzaimah dan at-Thabrani)


SOLAT - Hukum menyapu muka selepas berdoa



Artikel ini adalah sebuah salinan secara ringkas dari perbahasan berkenaan sekitar persoalan adakah menyapu muka ketika selepas salam (selepas solat) itu suatu yang disunnahkan, juga turut mengupas apakah menyapu/mengusap muka sebaik sahaja selepas berdoa itu memiliki contoh dari sunnah yang sahih atau tidak.

Berdasarkan fatwa Imam asy-Syafie rahimahullah. Beliau menentang perbuatan tersebut (menyapu muka) sebagaimana dijelaskan oleh beliau rahimahullah melalui hadis yang terdapat dalam kitab Al-Umm yang menjelaskan supaya tangan kita adalah tetap di atas peha ketika semasa dan selepas salam (membawa maksud tiada perbuatan menyapu muka):


عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمْرَة قَالَ : كُنَّا مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاِذَا سَلمَ قَالَ اَحَدُنَا بِيَدِهِ عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ : السلام عليكم ، السلام عليكم . وَاَشَارَ بِيَدِهِ عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ . فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا بَالَكُمْ تُومئونَ بِاَيْدِيَكُمْ كَاَنَّهَا اَذْنَابُ خَيْلٍ شُمْسٍ اَوْ لاَيَكْفِى اَوْ اِنَّمَا يَكْفِى اَحَدُكُمْ اَنْ يَضَعَ يَدهُ عَلَى فَخِذِهِ ثُمَّ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله

“Dari Jabir bin Samrah berkata: Semasa kami solat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, maka ketika baginda memberi salam, berkata salah seorang dari kami dengan tangannya ke kanannya dan ke kirinya dan mengucapkan: As-salamu ‘alaikum, as-salamu ‘alaikum, dan mengisyaratkan dengan tangannya ke kanan dan ke kiri. Maka Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Apa terjadi kepada kamu, mengisyaratkan dengan tangan kamu, tak ubah seperti ekor kuda yang mabuk, tidakkah memadai atau sesungguhnya memadai seseorang kamu meletakkan tangannya di atas pehanya semasa memberi salam ke kanannya dan ke kirinya seraya mengucapkan: As-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah, as-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah”. (Lihat: al-Umm. Jld. 1. Hlm. 122. Hadis ini diriwayatkan oleh Riwayat Muslim)

Adapun yang ditegah oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pada hadis di atas ialah menggerakkan tangan kanannya ke kanan ketika menoleh ke kanan dan menggerakkan tangan kirinya ke kiri ketika menoleh ke kiri. Hal ini setelah dilihat oleh baginda, kemudian baginda bertanya yang berupa larangan:

“Mengapa kamu menggerakkan tangan kamu seperti gerakan ekor kuda yang lari terbirit-birit dikejar binatang buas? Apabila seseorang antara kamu mengucapkan salam, hendaklah ia berpaling kepada temannya dan tidak perlu menggerakkan tangannya. Maka ketika mereka solat bersama Rasulullah, mereka tidak melakukannya lagi”. (Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 236)

Pada riwayat yang lain baginda bersabda:

“Seseorang antara kamu cukup meletakkan tangannya di atas pahanya, kemudian ia mengucapkan salam dengan berpaling kepada saudaranya yang di sebelah kanan dan saudaranya yang di sebelah kiri”. (Hadis Riwayat Muslim, Abu ‘Awanah, Siraj, Ibnu Khuzaimah dan at-Thabrani)


Al-Mawarzi di dalam kitab al-Witr (hal. 236) berkata, “Ahmad bin Hanbal (imam Ahmad (w. 248H)) menyatakan, dari Abu Dawud, “Aku pernah mendengar bahawa Ahmad ditanya tentang seseorang mengusap mukanya dengan kedua tangan jika telah selesai solat witr, ia berkata, “Aku belum pernah mendengar sedikit pun berkenaan dengan hal itu, sedangkan aku menyaksikan bahawa Ahmad tidak melakukan hal itu (mengusap muka selepas solat).”

MENYAPU MUKA SETIAP KALI SELESAI BERDOA

Salah satu amalan dan kebiasaannya dalam masyarakat kita, ialah mengusap (menyapu) muka setiap kali selesai berdoa sebagai penutup doa dan mungkin untuk mendapat berkat dari doa tersebut. Sebenarnya perbuatan tersebut tidak mempunyai asas/landasan dari syara’ dan tiada nas yang boleh dijadikan hujjah/sandaran, kerana semua hadis-hadis yang menunjukkan menyapu muka setelah selesai berdoa keseluruhannya lemah/dhaif belaka. Antara hadis-hadis tersebut ialah:

Kelompok Hadis pertama:

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ كَعَبِ الْقَرْظِيِّ عَنِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا سَاَلْتُمْ بِاللهِ فَسَلُوْهُ بِبُطُوْنِ اَكُفِّكُمْ ، وَلاَ تَسْاَلُوْهُ بِظُهُوْرِهَا ، وَامْسَحُوْا بِهَا وُجُوْهَكُمْ

“Dari Muhammad bin Ka’ab al-Qurdzi dari Ibnu Abbas berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Apabila kamu meminta (berdoa) kepada Allah, maka mintalah dengan telapak tangan kamu, jangan memintanya dengan belakangnya. Dan sapulah dengannya muka kamu”. (Hadis Riwayat At-Thabrani dalam المعجم الكبير 10/10779. az-Zahabi dalam المستدرك 1/536. Al-Baihaqi. السنن الكبرى2/212)


(1). عَنْ صَالِحِ بْنِ حَسَّانَ اْلاَنْصَارِيِّ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ كَعَبِ الْقَرْظِيِّ عَنِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا دَعَوْتَ اللهَ فَادْعُ بِبَاطِنِ كَفَّيْكَ ، وَلاَ تَدْعُ بِظُهُوْرِهَا ، فَاِذَا فَرَغْتَ فَامْسَحْ بِهِمَا وَجَهَكَ.

(1). “Dari Soleh bin Hassan al-Ansari, dari Muhammad bin Ka’ab al-Qardzi dari Ibn Abbas, beliau berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Jika engkau berdoa kepada Allah, maka berdoalah dengan telapak tanganmu, janganlah berdoa dengan kedua-dua belakangnya. Maka setelah selesai, sapulah wajahmu dengan kedua tanganmu”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dalam Sunan. 1/373. Hadis No. 1181)

Kedua-dua hadis di atas ini adalah lemah kerana pada sanadnya terdapat perawi yang lemah sebagaimana dapat diketahui dari penjelasan di bawah ini:

Dalam az-Zawaid dinyatakan: Isnad hadis ini lemah. Ia dilemahkan kerana terdapat perawi bernama Soleh bin Hassan. (Lihat: Sunan Ibn Majah. 1/373)

Menurut Imam Bukhari rahimahullah: Hadis yang dari Soleh bin Hassan al-Ansari dari Muhammad bin Ka’ab al-Qurdzi adalah hadis mungkar. Dan beliau berkata lagi: Setiap seseorang yang telah aku katakan hadisnya mungkar, maka tidak halal untuk meriwayatkan hadis darinya. (Lihat: ميزان الاعتدال 1/6. Az-Zahabi)

Menurut Ibnu Hibban: Semua hadis yang diriwayatkan oleh (Soleh bin Hassan al-Ansari) adalah hadis-hadis palsu. (Lihat: al-Irwa al-Ghalil. 2/180. al-Albani)

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah: Soleh bin Hassan (متروك) “Ditinggalkan”. (Lihat: المعجم الكبير 10/319)

Tambahan وَامْسَحُوْا بِهَا وُجُوْهَكُمْ فَهِيَ زِيَادَةٌ مُنْكَرَة “Dan sapulah muka kamu dengan telapak tangan kamu (setelah selesai berdoa), maka ia adalah tambahan yang mungkar”. (Lihat: المعجم الكبير 10/319)

Berkata Abu Daud: Dia (soleh bin Hassan) seorang yang lemah. (Lihat: المعجم الكبير 10/319)

Hadis Kedua:


(2). حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ عِيْسَى الْجُهَنِيُّ عَنْ حَنْظَلَةَ بْنَ اَبِيْ سُفْيَانَ الْجُمَحِيِّ عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللهِ عَنْ اَبِيْهِ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا رَفَعَ يَدَيْهِ فِى الدُّعَاءِ لَمْ يَحُطُّهُمَا حَتَّى يَمْسَحَ بِهَمَا وَجْهَهُ . قَالَ مَحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى فَى حَدَيْثِهِ : لَمْ يَرُدُّهُمَا حَتَّى يَمْسَحَ بِهَمَا وَجْهَهُ

(2). “Berkata Hammad bin Isa al-Juhani dari Handhalah bin Abi Sufyan al-Jumahi dari Salim bin Abdullah dari bapanya dari Umar bin al-Khattab radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengangkat tangannya dalam berdoa. Baginda tidak mengembalikan kedua tangannya sehingga mengusap wajahnya. Berkata Muhammad bin al-Muthannah dalam hadisnya: Baginda tidak mengembalikannya keduanya sehingga mengusap dengan kedua tangannya wajahnya”. (Hadis Riwayat Tirmizi. 5/3386)

Hadis di atas ini adalah hadis lemah kerana sanad hadis ini berasal dari Hammad bin Isa al-Juhani. Nama penuh beliau ialah: Hammad bin Isa bin Ubaid bin at-Thufail al-Juhani al-Wasiti al-Basri. Dia seorang perawi yang sangat lemah.

Berkata Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah: Perawi seperti dia adalah lemah sekali. Maka hadisnya tidak boleh dihasankan, dengan demikian sama sekali tidak boleh disahihkan. (Lihat: Irwa al-Ghalil fii Takhrij Ahadis Manaris Sabil. 2/433)

Menurut al-Hafiz az-Zahabi: Hammad bin Isa al-Juhani adalah perawi yang lemah. (Lihat: سير اعلام النبلاء 16/67. Az-Zahabi)

Abu Zur’ah ar-Razi rahimahullah berkata: Hadis (Hammad) ini adalah hadis mungkar yang diyakini tidak ada asalnya. (Lihat: العلل 2/351. Ibnu Abi Hatim ar-Razi)

Hadis di atas ini juga dilemahkan oleh para ulama hadis. Antaranya ialah: Ibnu Hajar al-Asqalani, Imam Ahmad dan Abu Hatim ar-Razi. Berkata Ibnu Makula: Para ulama hadis telah melemahkan hadis-hadis Hammad. (Lihat: تهذيب التهذيب oleh Ibnu Hajar. Lihat:العلل المتنهية 2/841. Ibnu al-Jauzi)

Hadis Ketiga:

(3). عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ تَسْتُرُوْا الْجُدُرَ مَنْ نَظَرَ فِى كَتَابِ اَخِيْهِ بِغَيْرِ اِذْنِهِ فَاِنَّمَا يَنْظُرُ فِى النَّارِ ، سَلُوْ اللهَ بِبُطُوْنِ اَكُفِّكُمْ وَلاَ تَسْاَلُوْهُ بِظُهُوْرِهَا ، فَاِذَا فَرَغْتُمْ فَامْسَحُوْا بِهَا وُجُوْهَكُمْ

(3). “Dari Abdullah bin Abbas radiallahu ‘anhu, sesungguhnya Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Janganlah kamu menutupi dinding-dinding (dengan kain), sesiapa melihat kitab saudaranya tanpa izinnya, maka sesungguhnya dia telah melihat dalam neraka. Mintalah kepada Allah dengan telapak-telapak tangan kamu dan janganlah meminta dengan belakangnya. Jika kamu telah selesai berdoa, maka usaplah wajah kamu dengan telapak tangan kamu”. (Hadis Riwayat Ibn Majah dan Abu Daud)

Menurut para ulama hadis, hadis ini sangat lemah kerana mempunyai beberapa illah (penyakit) iaitu :

Berkata Abul Hasan bin al-Qatthan dan Al-Hafiz Iban Hajar:

“Perawi hadis ini (Abdul Malik bin Muhammad bin Aiman al-Hijazi) هو مجهول “Dia tidak diketahui/tidak dikenali”. (Lihat: تقريب التهذيب - Ibnu Hajar)

Berkata Abu Daud:


روي هذا الحديث من غير وجه عن محمد بن كعب كلها واهية وهذا الطريق امثلها وهو ضعيف ايضا

“Hadis ini telah diriwayatkan dari berbagai jalan dari Muhammad bin Ka’ab, yang semuanya sangat lemah. Walaupun sanad ini adalah yang terbaik, namun hadis ini juga adalah lemah”. (Lihat: مختصر سنن ابي داود 2/1432)

Dengan penjelasan di atas, ternyata bahawa hadis-hadis tentang menyapu muka setelah selesai berdoa tidak ada yang sahih, oleh itu ia adalah sesuatu yang bid’ah, kerana perbuatan tersebut tidak pernah dilakukan dan tidak ada contohnya dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, para sahabat, para tabi’in, tabi’ut at-tabi’in dan dari para ulama Salaf as-Soleh yang mengikut jejak mereka.


PANDANGAN ULAMA DALAM HAL INI (MENYAPU MUKA SETELAH BERDOA):

1 – AL-Mawarzi di dalam kitab al-Witr (hal. 236) berkata, “Imam Malik bin anas al-Ashbahi Rahimahullah (w. 179H) ditanya tentang seseorang yang mengusap mukanya dengan kedua telapak tangannya ketika berdoa, ia mengingkari hal itu dan berkata, “Aku tidak mengetahuinya.”

2 – Dari apa yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi (2/212), “Aku bertanya kepada Abdullah (Imam Abdullah Bin al-Mubarak Rahimahullah (w. 181H)/Ibnul Mubarak) berkenaan dengan orang yang jika berdoa mengusap mukanya, ia berkata, “Aku tidak menyaksikannya melakukan hal itu.” Ia berkata, “Abdullah berdoa qunut setelah ruku’ di dalam solat witr dengan mengangkat kedua tangannya.”

3 – al-Baihaqi (w.458H), penulis kitab al-Sunan al-Kubra, di dalam kitabnya (2/212) ia berkata, “Berkenaan masalah mengusap muka dengan dua telapak tangan selepas selesai berdoa adalah sesuatu yang tidak ku hafal dari walau seseorang salaf (generasi awal) dalam hal doa qunut, sekalipun diriwayatkan dari sebahagian mereka hal itu dalam doa di luar solat.

Telah diriwayatkan dari Nabi s.a.w. sebuah hadis yang di dalamnya terdapat kelemahan yang menurut sebahagian mereka hadis itu diamalkan di luar solat, sedangkan di dalam solat hal itu adalah amalan yang tidak berlaku. Maka, yang lebih utama adalah tidak melakukannya dan membatasi diri dengan mengamalkan apa yang diamalkan oleh para salaf Rahimahullah berupa mengangkat kedua tangan (ketika berdoa) tanpa mengusap muka di dalam solat.

4 – Imam al-Nawawi Rahimahullah (w. 676H) turut tidak memandub-kan (menyarankan/mengharuskan) mengusap muka setelah berdoa, sekalipun di luar solat, sebagaimana yang disebutkannya di dalam kitab al-Majmu’. Hal itu disebutkan pula oleh Ibnu ‘Alan di dalam kitab Syarh al-Adzkar (2/311).

Di dalam kitab ar-Raudhah (1/255), beliau Rahimahullah berkata, “Aku telah katakan bahawa tidak mustahab secara mutlak mengusap walau selain muka sama sekali, bahkanjama’ah dari kalangan para ahli ilmu berpendapat bahawa hal itu makruh hukumnya.

Ini adalah cabang dari salah satu aspek menurut kalangan pengikut syafi’i berkenaan dengan mengusap muka setelah berdoa.

5 - Menurut Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah (w. 728H) menyatakan di dalam al-Fatawa (22/519), dalam persoalan ini: “Berkenaan dengan Nabi s.a.w. mengangkat tangan ketika berdoa telah ada sejumlah hadis sahih berkenaan dengannya, sedangkan berkenaan dengan mengusap muka dengan kedua tangan, tidak ada hadis berkenaan dalam hal itu, melainkan satu atau dua buah hadis sahaja yang tidak boleh dijadikan hujjah dengan keduanya.


6 – Al-Fairuz Abadi Rahimahullah (w. 817H) di dalam kitab Safar as-Sa’adah ia berkata, “Mengenai masalah mengusap muka dengan dua telapak tangan setelah berdoa tidak ada hadis yang sahih berkenaan dengannya.” Maka, beliau juga turut menyatakan bahawa hal menyapu muka selepas berdoa adalah tidak disunnahkan.

7 – Ibnu ‘Alan ash-Shadiqi (w. 1057H), di dalam kitab syarh al-Adzkar (2/311) menyatakan bahawa, “Terdapat faktor yang memperkuat aspek pertama dari mazhab syafi’i bahawa ia menjadikan mustahab (disarankan) mengangkat tangan (ketika berdoa), dan tidak mengusap.

Wallahu a’lam.

29.3.10

Mengenali isteri -isteri Rasulullah sallallahu alaihi wasallam

Berikut ini kita tampilkan nama-nama Istri Nabi Muhammad SAW beserta sekilas penjelasannya:


1. KHADIJAH : Nabi mengawini Khadijah ketika Nabi masih berumur 25 tahun, sedangkan Khadijah sudah berumur 40 tahun. Khadijah sebelumnya sudah menikah 2 kali sebelum menikah dengan Nabi SAW. Suami pertama Khadijah adalah Aby Haleh Al Tamimy dan suami keduanya adalah Oteaq Almakzomy, keduanya sudah meninggal sehingga menyebabkan Khadijah menjadi janda. Lima belas tahun setelah menikah dengan Khadijah, Nabi Muhammad SAW pun diangkat menjadi Nabi, yaitu pada umur 40 tahun. Khadijah meninggal pada tahun 621 A.D, dimana tahun itu bertepatan dengan Mi’raj nya Nabi Muhammad SAW ke Surga. Nabi SAW sangatlah mencintai Khadija. Sehingga hanya setelah sepeninggalnya Khadijah lah Nabi SAW baru mau menikahi wanita lain.


2. SAWDA BINT ZAM’A: Suami pertamanya adalah Al Sakran Ibn Omro Ibn Abed Shamz, yang meninggal beberapa hari setelah kembali dari Ethiophia. Umur Sawda Bint Zam’a sudah 65 tahun, tua, miskin dan tidak ada yang mengurusinya. Inilah sebabnya kenapa Nabi SAW menikahinya.


3. AISHA SIDDIQA: Seorang perempuan bernama Kholeah Bint Hakeem menyarankan agar Nabi SAW mengawini Aisha, putri dari Aby Bakrs, dengan tujuan agar mendekatkan hubungan dengan keluarga Aby Bakr. Waktu itu Aishah sudah bertunangan dengan Jober Ibn Al Moteam Ibn Oday, yang pada saat itu adalah seorang Non-Muslim. Orang-orang di Makkah tidaklah keberatan dengan perkawinan Aishah, karena walaupun masih muda, tapi sudah cukup dewasa untuk mengerti tentang tanggung jawab didalam sebuah perkawinan. Nabi Muhammad SAW bertunangan dulu selama 2 tahun dengan Aishah sebelum kemduian mengawininya. Dan bapaknya Aishah, Abu Bakr pun kemudian menjadi khalifah pertama setelah Nabi SAW meninggal.


4. HAFSAH BINT U’MAR: Hafsah adalah putri dari Umar, khalifah ke dua. Pada mulanya, Umar meminta Usman mengawini anaknya, Hafsah. Tapi Usman menolak karena istrinya baru saja meninggal dan dia belum mau kawin lagi. Umar pun pergi menemui Abu Bakar yang juga menolak untuk mengawini Hafsah. Akhirnya Umar pun mengadu kepada nabi bahwa Usman dan Abu Bakar tidak mau menikahi anaknya. Nabi SAW pun berkata pada Umar bahwa anaknya akan menikah demikian juga Usman akan kawin lagi. Akhirnya, Usman mengawini putri Nabi SAW yiatu Umi Kaltsum, dan Hafsah sendiri kawin dengan Nabi SAW. Hal ini membuat Usman dan Umar gembira.


5.
ZAINAB BINT KHUZAYMA: Suaminya meninggal pada perang UHUD, meninggalkan dia yang miskin dengan beberapa orang anak. Dia sudah tua ketika nabi SAW mengawininya. Dia meninggal 3 bulan setelah perkawinan yaitu pada tahun 625 A.D.


6. SALAMA BINT UMAYYA: Suaminya, Abud Allah Abud Al Assad Ibn Al Mogherab, meninggal dunia, sehingga meninggalkan dia dan anak-anaknya dalam keadaan miskin. Dia saat itu berumur 65 tahun. Abu Bakar dan beberapa sahabat lainnya meminta dia mengawini nya, tapi karena sangat cintanya dia pada suaminya, dia menolak. Baru setelah Nabi Muhammad SAW mengawininya dan merawat anak-anaknya, dia bersedia.


7. ZAYNAB BINT JAHSH:
Dia adalah putri Bibinya Nabi Muhammad SAW, Umamah binti Abdul Muthalib. Pada awalnya Nabi Muhammad SAW sudah mengatur agar Zaynab mengawini Zayed Ibn Hereathah Al Kalby. Tapi perkawinan ini kandas ndak lama, dan Nabi menerima wahyu bahwa jika mereka bercerai nabi mesti mengawini Zaynab (surat 33:37).



8. JUAYRIYA BINT AL-HARITH: Suami pertamanya adalah Masafeah Ibn Safuan. Nabi Muhammad SAW menghendaki agar kelompok dari Juayreah (Bani Al Mostalaq) masuk Islam. Juayreah menjadi tahanan ketika Islam menang pada perang Al-Mustalaq (Battle of Al-Mustalaq) . Bapak Juayreyah datang pada Nabi SAW dan memberikan uang sebagai penebus anaknya, Juayreyah. Nabi SAW pun meminta sang Bapak agar membiarkan Juayreayah untuk memilih. Ketika diberi hak untuk memilih, Juayreyah menyatakan ingin masuk islam dan menyatakan bahwa Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah yang terakhir. Akhirnya Nabi pun mengawininya, dan Bani Almustalaq pun masuk islam.


9. SAFIYYA BINT HUYAYY: Dia adalah dari kelompok Jahudi Bani Nadir. Dia sudah menikah dua kali sebelumnya, dan kemudian menikahi Nabi SAW. Cerita nya cukup menarik, mungkin Insha Allah disampaikan terpisah.


10. UMMU HABIBA BINT SUFYAN: Suami pertamanya adalah Aubed Allah Jahish. Dia adalah anak dari Bibi Rasulullah SAW. Aubed Allah meninggak di Ethiopia. Raja Ethiopia pun mengatur perkawinan dengan Nabi SAW. Dia sebenarnya menikah dengan nabi SAW pada 1 AH, tapi baru pada 7 A.H pindah dan tinggal bersama Nabi SAW di Madina, ketika nabi 60 tahun dan dia 35 tahun.


11. MAYMUNA BINT AL-HARITH: Dia masih berumur 36 tahun ketika menikah dengan Nabi Muhammad SAW yang sudah 60 tahun. Suami pertamanya adalah Abu Rahma Ibn Abed Alzey. Ketika Nabi SAW membuka Makkah di tahun 630 A.D, dia datang menemui Nabi SAW, masuk Islam dan meminta agar Rasullullah mengawininya. Akibatnya, banyaklah orang Makkah merasa terdorong untuk merima Islam dan nabi SAW.


12. MARIA AL-QABTIYYA: Dia awalnya adalah orang yang membantu menangani permasalahan dirumah Rasullullah yang dikirim oleh Raja Mesir. Dia sempat melahirkan seorang anak yang diberi nama Ibrahim. Ibrahim akhirnya meninggal pada umur 18 bulan. Tiga tahun setelah menikah, Nabi SAW meninggal dunia, dan akhirnya meninggal 5 tahun kemudian, tahun 16 A.H. Waktu itu, Umar bin Khatab yang menjadi Iman sholat Jenazahnya, dan kemudian dimakamkan di Al-Baqi.

28.3.10

Kelas bacaan Al-Quran Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur

Kelas Bacaan Al-Quran

Kelas Bacaan Al-Quran Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (ATPN ) diadakan setiap hari Selasa Rabu dan Khamis Kelas ini di adakan di Surau ATPN selepas solat subuh berjemaah.
Pelajar dikehendaki membaca 3 mukasurat Al-Quran pada hari hari berkenaan



Foto-foto Peninggalan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam


Foto-foto Eksklusif Peninggalan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:
Menggetarkan, Menyentuh Qalbu Menambah Cinta!!

Bila kita berjauh jarak dengan sang terkasih Muhammad Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang berbentang waktu 1.400 tahun…
bila kita belum pernah melihat wajah sucinya, sementara kita menyebut namanya setiap hari, kita menghantarkan salam kepadanya setiap hari melalui shalat,
shalawat-shalawat dan do’a-do’a yang kita lantunkan,
kita memohon syafa’atnya untuk keselamatan kita di akhirat dari pedihnya adzab neraka,

foto-foto berikut ini mengobati kerinduan kita yang sangat dalam kepada Sang Tercinta Nabi Agung, Kekasih Allah dan sang pribadi mulia panutan alam?? Titik air mataku begitu melihat langsung baju beliau yang bersahaja dan sudah robek, sandal beliau, keranda beliau yang tak terhalang apapun.


Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Museum Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya.

Allahumma shalli ‘ala sayyidina wa maulana Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassallam …


The Blessed Shirt of Prophet Muhammad sallallahu alaihi wasallam (Baju gamis Nabi sallallahu alaihi wasallam yang lusuh dan robek-robek. Yaa Allah … betapa sederhananya baju sang pemimpin dunia yang suci nan agung ..!!)


The Blessed Shirt of Prophet Muhammad sallallahu alaihi wasallam (sebagian dari baju gamis Nabi sallallahu alaihi wasallam yang sudah sobek)


Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam


The Blessed Seal of Rasulullah Ssallallahu alaihi wasallam (Cap surat Nabi )


Mangkuk tempat minum Rasulullah sallallahu alaihi wasallam


Kunci Ka’bah Masa Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam



Jejak Kaki Rasulullah sallallahu alaihi wasallam



Beberapa helai rambut Rasulullah sallallahu alaihi wasallam


Peninggalan gigi dan rambut Nabi


Wadah Kotak Gigi Rasulullah SAW





Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya yang digunakan untuk menegakkan ajaran tauhid, ketika orang-orang kafir memerangi Nabi dan dakwahnya sehingga harus mengangkat pedang.


Gagang Pedang “Hatf” Nabi sallallahu alaihi wasallam tampak lebih jelas


Busur Panah Nabi sallallahu alaihi wasallam


Bendera Rasululullah Ssallallahu alaihi wasallam


Sorban-sorban yang pernah dimiliki Rasulullah Ssallallahu alaihi wasallam


Topi Besi Rasulullah sallallahu alaihi wasallam


Baju dan barang-barang Rasulullah sallallahu alaihi wasallam




Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tercinta …


Surat Nabi sallallahu alaihi wasallam kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah


Surat Nabi sallallahu alaihi wasallam kepada rakyat Oman, Arab Selatan


Surat Nabi sallallahu alaihi wasallam kepada Kaisar Romawi abad ke- 7


Surat Rasulullah Ssallallahu alaihi wasallam pada Raja Heraclius


Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir


Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah sallallahu alaihi wasallam


Kotak milik putri tercinta Nabi sallallahu alaihi wasallam, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.


PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD sallallahu alaihi wasallam

The blessed dust from the tomb of the Prophet Muhammad PUBH (Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam )


Keranda dan makam Nabi panutan alam, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam



Mudah2 an kita boleh berjumpa dengan baginda di surga nanti beserta para keluarganya serta para pengikutnya Amin Ya Rabbal Alamin