Mengenai masalah ini maka ada beberapa keadaan iaitu yang pertama jika orang yang bersolat itu tahu akan wujudnya najis maka ittifaq (sepakat) ulama' dia wajib berhenti solat dan segera membersihkan najis di badan atau pakaiannya sekalipun dia baru menyedarinya di waktu hendak memberi salam atau sebelum dari itu. Kedua, jika dia tidak menyedarinya sehingga telah selesai solatnya maka di sini ada beberapa pendapat ulama'
Pendapat pertama
– Jika belum tamat waktu solat, misalnya katakanlah dia solat subuh lalu jika belum tamat waktu solat subuh tersebut maka dia wajib mengulangi solatnya semula dan ini pendapat dari Rabiah dan Malik dan Hasan Al-Basri kerana soatnya dikira batal dan jika sudah tamat maka tidak perlu ulang lagi kerana tempoh solat sudah tamat (lihat Al-Mudawanah m/s 22 Jilid 1 dan Al-Ausath m/s 164 Jilid 2).
Pendapat kedua
– Dia perlu mengulangi solatnya walaupun waktu solat tersebut sudah tamat dan perlu mengulangi solatnya sesegera yang mungkin dan ini pendapat dari mazhab Syafie dan riwayat dari Ahmad ra (lihat Al-Umm m/s 55 Jilid 1 dan Al-Mughni m/s 65 Jilid 2).
Pendapat ketiga
– Solatnya ialah sah dan tidak perlu lagi mengulanginya kerana dia bukannya sengaja dan ini ialah pendapat dari Ibn Umar ra, Atho dan Ibn Musayyib dan Mujahid dan Ishaq serta Sya'bi, Nakha'ie dan Au'zaie juga riwayat dari Ahmad ra (lihat Al-Ausath M/s 163 Jilid 2, Al-Mughni m/s 65 Jilid 2 dan Al-Majmuk An-Nawawi m/s 163 Jilid 3).
Pendapat ini berdalilkan bahawa orang yang melakukan solat tersebut tidak bersalah dan dimaafkan kerana lupa dan tidak mengetahuinya sebagaimana firman Allah swt :
رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا
" Wahai tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami andai kiranya kami terlupa atau tersilap" (Surah Al-Baqarah : 286).
Pandangan : saya lebih kuat kepada pendapat kedua mengikut mahzab imam syafie.
wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan