22.3.10

SUJUD TERHALANG DALAM PERILAKU RUKUN SOLAT


Sujud Dahi Berlapik Tudung,Telekung, Serban dll.


Ada pendapat yang mengatakan ketika kita sujud dalam perilaku solat, barang-barang yang mengikut pergerakan kita (contohnya : kopiah, serban, telekung) didalam solat, jika ia menghalang dahi dari mencecah tempat sujud, maka batal sujud tersebut. Pengecualian ini diberikan kepada pihak perempuan yang dahinya kemungkinan besar akan sujud diatas telekung masing-masing.



Pandangan ini wujud didalam setengah-setengah pandangan Mazhab Syafie. Menurut Markas fatwa pemimpinan Dr Abdullah Al-Faqih yang bermaksud :-


"Al-Syafie mewajibkan singkap (terbuka) atas apa yang dinamakan dahi mengambil tempat sujud, maka sujud diatas pelapik serban, atau dihujung lengan baju (sleeve) atau diekor serban, dimana ia bergerak sama semasa berdiri (qiam) dan duduk atau selain kedua-duanya, akan menyebabkan solat tidak sah, akan tetapi jika kita dapat pisahkan (asingkan) sesuatu dari sujud maka sahlah solat tersebut, dan perhatian yang lebih harus diberikan kepada keterbukaan dahi."



Terdapat khilaf didalam permasalahan ini.


Ada terdapat beberapa hadith yang menunjukkan para sahabat semasa sedang bersolat dicuaca yang sangat panas, menyampaikan kain pakaiannya untuk melapis sujudnya agar boleh menahan kepanasan permukaan bumi. Salah satu syarat didalam sujud ialah, dahi mestilah menekan dipermukaan bumi secara padat (firm) dan bukannya sikit-sikit, maka para sahabat pun melapikkan permukaan yang panas dengan kainnya dengan bersujud dengan sempurna.


Dari Anas ib Malik ra berkata :


" Kami pernah bersolat dengan nabi saw ketika didalam cuaca yang sangat panas, dan jika salah seorang dari kami tidak dapat meletakkan dahinya mampat ke bumi, dia akan meluaskan kain pakaiannya dan sujud diatasnya
" - [Hadith riwayat al-Bukhaari dan Muslim ]

Dari hadith ini juga kita dapat lihat bahawa pakaian yang dipakai juga bergerak mengikut pergerakan solat kita. Namun demikan, Rasulullah sallallahu alaihi wassallam tidak melarang mereka dari menggunakan pakaian tersebut melapik dahi ketika solat. Terdapat juga hadith-hadith lain yang membenar perbuatan ini.


Hadis 01 : Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wassallam :


أمرت أن أسجد على سبع و لا أكفت الشعر و لا الثياب الجبهة و الأنف و اليدين و الركبتين و القدمين


Ertinya : Aku telah diperintahkan agar sujud dengan 7 anggota iaitu (1) Dahi (2) Hidung (3) Kedua-dua tangan (4) Kedua-dua lutut dan (5) Kedua-dua kaki serta aku juga dilarang menyelak / menepis rambut dari muka dan pakaian ( Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim rh ).

Hadis 02 : Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wassallam :


أمرنا أن نسجد على سبعة أعظم و لا نكف ثوبا و لا شعرا


Ertinya : Kita semua telah diperintahkan sujud di atas 7 anggota, dan jangan kita menepis baju dan jangan pula kita menyelak rambut . ( Hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari rh, Lihat juga di dalam Fathul Bari { 2 } : 200 , Nailul Autor { 2 } : 286 )


Keterangan hadith diatas


Kedua dua hadith diatas berkaitan dengan larangan melipat lengan baju atau mengikat rambut dalam sembahyang supaya tidak terkena lantai. Oleh yang demikian boleh membiarkan saja pakaian dan rambut terkena lantai.

dan hadith diatas juga tidak berkaitan dengan pendapat yg mewajibkan sujud tanpa berlapik dengan pakaian, (mazhab syafie). mereka menggunakan dalil lain yg menunjukkan hukum tersebut, seperti hadis Khabbab bin Arat:
"Kami mengadu pada Rasulullah SAW bahang cuaca yang panas pada dahi-dahi dan lengan-lengan kami. tetapi baginda tidak menjawab aduan kami". -riwayat Baihaqi. (tetapi dalam hadith riwayat muslim: tiada perkataan dahi dan tangan).



Hadith yang menyokong tidak mengapa sujud diatas pakaian


Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
Kami pernah salat bersama Rasulullah saw. di hari yang sangat panas. Jika salah seorang kami tidak tahan meletakkan dahinya pada tanah, maka ia menggelar pakaiannya dan sujud di atasnya . Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 983 , hadis ini riwayat Bukhari dan Muslim


sebab hadis ini lah, dilihat pandangan yang lebih kuat ialah: harus berlapik dengan pakaian seperti lengan baju, atau lain-lain ketika sujud, sebagaimana pendapat Abu Hanifah, Malik, Ahmad dalam satu riwayat, dan Imam Baghawi menisbahkan kepada pendapat kebanayakan ulama.

Bagi yang mengamalkan Mazhab hanbali dibolehkan sujud dengan berlapik, maka tak ada masalah lah. sebab kalau terlindung dengan rambut sekalipun, sah sujudnya dan solatnya. dan mazhab Hanbali ini pula berdalilkan kepada hadis yg kuat, iaitu: para sahabat bersujud di atas pakaian mereka ketika waktu panas.



Pandangan Mazhab Shafi’e


Mengikut pandangan mazhab syafie pula, yang mewajibkan kulit dahi mengenai lantai, yang diwajibkan mengenai lantai ialah sebahagian dahi sahaja. Bukan keseluruhan. jadi kalau ada sebahagian dahi terlindung dengan rambut, masih sah sujudnya.
Lainlah kalau rambutnya tebal dan panjang sangat sampai menutup keseluruhan dahi. maka mengikut mazhab syafie, wajib diselak sedikit rambutnya agar dpt sujud atas dahi. sebab larangan selak rambut adalah makruh, dan suruhan sujud kena dahi adalah wajib. Maka didahulukan yang wajib atas yg makruh.



Tapak Tangan terlapik telekung ?


Larangan yang ada dalam mazhab Syafie adalah tentang menutup dahi sepenuhnya ketika sujud. Oleh itu, sepatutnya tidak timbul isu tentang menyelak telekung supaya telapak tangan tidak terlapik. Larangan ini tidak ada asal dan asasnya.



Kesimpulan – kesempurnaan sujud


Apa yang paling penting disini ialah kesempurnaan sujud, pastikan dahi sujud mampat ke mukabumi. Bagi kaum lelaki, untuk mengelakkan khilaf ini, jika semasa sujud didapati kopiah menghalang sujud, cubalah alihkan sedikit agar membenarkan dahi mencecah tempat sujud tersebut.


Namun demikian, tidaklah perkara ini sampai membatalkan solat sebagaimana yang dikhabarkan oleh hadith diatas. Jumhur ulama' termasuk Maliki, Hanbali, hanafi kumpulan Salaf, Al-Sya'abi, Al-Auzaahi, mengatakan sujud diatas pakaian solatnya sah, dan Imam Syawkani mengatakan didalam bukunya Nailul Authar bahawa hadith yang melarang sujud yang sedemikian yang disandarkan oleh mazhab Syafie adalah dhaif.




1 ulasan:

Unknown berkata...

Sahkah jika jari kaki terlapik kain sembahyang sewaktu solat ?