Amalan Bidaah Dalam Masyarakat Melayu
Asal-usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam .
Beberapa teori telah mengatakan bahawa orang Melayu adalah daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia .
Ia datang dari daerah Yunan dan telah turun menduduki wilayah Asia Tenggara .
Ini berlaku sejak tahun 2 500 sebelum Masehi dengan golongan pertama dikenali sebagai Melayu Proto dan kemudian diikuti oleh Melayu Deutro .
Masyarakat Melayu Nusantara mula menerima Islam pada abad ke-13 masehi dengan dimulai oleh Pasai .
Para pedagang Arab atau India telah membawa Islam kepada mereka .
Ini berikutan kepada catatan pelayaran Marco Polo ,
yang menulis bahawa ketika beliau singgah di Pasai pada tahun 1292 ,
penduduk Pasai telah memeluk Islam.
Proses Islamisasi mulai pesat pada abad ke -15 kerana Melaka telah memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Nusantara .
Puncak kepesatan penyebaran Islam ialah pada abad ke - 16 dan 17.
Walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis pada waktu itu tetapi Aceh dapat mengambil alih peranan Melaka dengan keadaan lebih gigih lagi .
Oleh kerana Islam berkembang dengan pesat di nusantara dan ramai pula yang ingin mendalami agama tanpa mengenali dengan lebih dekat siapakah guru mereka ,
ditambah pula mereka terlalu ghairah untuk mengejar pahala dan mengejar banyak fadhilat , maka masyarakat Melayu terjebak ke kancah bidaah .
Ini jelas dapat dilihat daripada beberapa amalan yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu yang kononnya ajaran Islam tetapi setelah diselidiki , ia adalah satu bidaah .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan