bidaah kenapa ia berlaku
Puncanya ialah , orang Melayu merestui dan mengikuti amalan-amalan bidaah setengah-setengah orang alim kerana berkeyakinan bahawa apa yang diamalkan orang alim itu adalah benar .
Selain itu , adat tradisi orang-orang Melayu sebelum kedatangan Islam masih dilakukan sebagai satu amalan agama seperti berkaitan dengan wanita mengandung , urusan kematian , perkahwinan dan perkara ini direstui oleh sesetengah guru dan mendiamkannya . Perbuatan ini ( mendiamkan diri ) dianggap membenarkan perbuatan bidaah .
Ada juga orang yang cuba menegakkan sunnah dan menafikan bidaah tetapi dianggap mengajar ilmu sesat yang kononnya bertentangan dengan ajaran mazhab Syafi'i . Tidak kurang juga yang menganggap bidaah adalah masalah remeh-temeh dan tidak perlu diberi perhatian .
Selain itu apabila perasaan cintakan kedudukan dan ingin mempertahankannya berkumpul di dalam jiwa mula bermaharajalela , ada juga pemimpin tarikat atau pemimpin jamaah yang buta agama , untuk menjaga kedudukannya , sedangkan mereka bukan ahlinya , telah mencipta wirid , amalan zikir doa dan sebagainya untuk diberikan kepada murid-muridnya . Inilah sebabnya mengapa bidaah bertambah banyak sehingga tidak terhitung .
Bidaah Yang Menjadikan Pengamalnya kufur
Ada beberapa kepercayaan di kalangan masyarakat Melayu yang jika diamalkan boleh membawa kepada kufur . Bidaah ini ialah yang berkaitan dengan prinsip-prinsip agama seperti dalam masalah aqidah .
Contohnya ialah seperti berikut :
1. Berfikiran dan berkeyakinan bahawa para wali di dalam kubur boleh melakukan perkara-perkara seperti di dalam dunia , boleh mengarahkan manusia yang hidup serta menjadi penyebab dalam mendapatkan sesutau ataupun tidak .
2. Berkeyakinan bahawa para wali lebih mulia daripada nabi SAW .
Berkeyakinan bahawa ada di antara para wali yang dipanggil untuk mendengar dan mengabulkan permohonan peminta seperti diselamatkan dari kesusahan atau kecelakaan .
3. Berkeyakinan bahawa ada ayat-ayat yang bertentangan di dalam al-quran .
4. Berfikiran bahawa siksa dan nikmat kubur itu tidak ada kerana bertentangan dengan akal .
Al-Masalihul Mursalah bukan bidaah
Al-Masalihul Mursalah adalah bukan bidaah . Ia adalah tindakan lanjut dari kaedah prinsip "Suatu kewajipan yang tidak boleh sempurna kecuali dengan sesuatu maka sesuatu tersebut menjadi wajib. "
Perkara-perkara tersebut termasuklah :-
1. Mengumpulkan catatan-catatan Al-Quran sehiggga menjadi sebuah kitab.
2. Mengenakan denda dengan harta yang telah ditetapkan .
3. Memanfaatkan harta haram sementara tidak ditemukan harta halal .
4. Membuat mihrab di dalam masjid .
5. Membuat menara-menara dan tempat azan yang tinggi di masjid.
6. Meninggikan mimbar dengan bertingkat-tingkat agar jemaah yang besar dapat mendengar khutbah dengan lebih jelas.
7. Membuat pembesar suara agar dapat didengar oleh orang ramai .
8. Membukukan penemuan-penemuan baru seperti ilmu hadis , ilmu fiqh , nahu saraf dan lain-lain .
9. Membuat mesin-mesin berteknologi tinggi untuk menumbuk bji-bijian .
10. Menaiki kederaan seperti kapal terbang dan helikopter .
11. Membuat alat percetakan moden untuk mencetak buku .
Kesemua ini tidak ada dalam al-quran dan hadis , mahupun ijma' . Kesemuanya termasuk dalam al-marsalihulmursalah . Ia adalah bukan bidaah .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan