Bidaah ialah perkara yang baru yang tiada dalam syariat .
Jika ia berkaitan dengan akidah , amal ibadat dan kepercayaan ,
ia akan menjadikan pengamalnya kufur .
Jika ia berkaitan dengan al-marsalih al-mursalah , ia tidak dinamakan bidaah .
Urusan-urusan adat yang tiada ketentuannya dari syarak adalah satu kebebasan kepada manusia untuk mengurus mengikut kebijaksanaan mereka .Bidang-bidang ini termasuklah pertanian , perladangan , perburuan penternakan, perlombongan dan sebagainya .
Mewujudkan jentera , kilang mesin dan sebagainya adalah tidak dinamakan bidaah walaupun menurut bahasa ia dinamakan bidaah .
Bidaah adalah satu perbuatan yang tercela dan dosa serta melibatkan penolakan amalan oleh Allah . Besar atau kecilnya dosa bidaah yang dilakukan dan berdasarkan motif apa bidaah itu dilakukan .
Allah telah berfirman :
ام لهم شركؤا شرعوا لهم من الدين مالم يادن به الله
Ertinya :
" Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka dari urusan agama yang tidak diizinkan Allah ?"
Masyarakat Melayu perlulah lebih berfikiran terbuka dan lebih banyak membaca serta berguru . Mereka tidak boleh hanya mengharapkan satu sumber pengetahuan sahaja . Lebih-lebih lagi pada zaman moden yang memasuki era globlisasi ini . Mereka perlu melihat dunia dengan mata burung dan bukan dengan mata tempurung .
Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita telah mengamalkan bidaah yang tercela dan boleh membawa kepada kekufuran . Sesungguhnya batu sempadan kekufuran itu tidak kelihatan . Jika kita tersilap langkah , kita akan berada di sebelah kiri batu sempadan keimanan dan menjerumuskan diri ke dalam neraka Allah .
Dengan mendalami Tauhid Uluhiyah ,
Tauhid Rububiyah dan Tauhid Asma' dan Tauhid al-Sifat ,
kita akan lebih tenteram kerana kita berada dalam lingkungan kefahaman yang boleh menyelamatkan diri kita
daripada perkara-perjara syirik , khurafat dan bidaah dan Insya Allah kita tergolong dalam golongan yang dinamakan golongan Al-sabiqun dan golongan ashabul Yamin .
Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah dan kita terhindar daripada sebarang anasir bidaah , syirik dan khurafat .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan