7.12.09

Nasihat Luqman Al Hakim

Wahai anakku
Dunia ini ibarat lautan dalam.
Oleh itu, kita hendaklah bijak untuk melayari atau melalui
perjalanannya supaya tidak tenggelam.


Wahai anakku!
Sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang dalam.
Ramai manusia yang telah tenggelam dalamnya.
Oleh itu, jadikanlah ketakwaan kepada Allah itu sebagai kapalmu,
keimanan itu sebagai muatannya dan tawakal itu pula sebagai layarnya.
Mudah-mudahan, engkau akan terselamat.
Aku tidak sanggup melihatmu melainkan dalam keadaan yang selamat


Wahai anakku!
Sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang terbentang luas.
Ramai manusia yang karam dalamnya.
Oleh itu, sekiranya engkau mampu menjadikan kapalmu itu daripada keimanan terhadap Allah, persediaanmu itu melalui tawakal dan muatanmu itu pula adalah daripada ketakwaan.


Wahai anakku
Dan sekiranya engkau terselamat, maka ia kerana rahmat Allah dan sekiranya engkau karam,
maka ia adalah kerana dosa-dosamu


Wahai anakku.
Aku pernah memikul batu-bata, besi dan setiap benda yang berat,
sedangkan aku tidak pernah memikul suatu pun yang lebih berat daripada jiran tetangga yang jahat. "Aku telah merasakan pelbagai kepahitan, sedangkan aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit daripada kefakiran.


Wahai anakku!
Janganlah engkau menghantar seorang yang bodoh sebagai utusanmu.
Sekiranya engkau tidak memperoleh orang bijaksana, maka engkau sendirilah yang menjadi utusan itu. Apakah perbezaan antara majlis pengembumian jenazah dan perkahwinan?


Wahai anakku!
Hadirilah majlis pengebumian jenazah, tetapi janganlah engkau menghadiri majlis
perkahwinan. "Hal itu kerana pengebumian jenazah itu, akan mengingatkanmu terhadap hari
akhirat, manakala majlis perkahwinan itu pula, akan menjadikanmu sukakan dunia."


Wahai anakku!
Janganlah engkau bersikap terlalu manis, nescaya engkau akan ditelan dan janganlah pula engkau bersikap terlalu pahit, nescaya engkau akan diluahkan keluar."


Wahai anakku!
Apabila engkau ingin mempersaudarakan seseorang, maka buatlah dia marah terlebih dulu. Sekiranya dia memaafkanmu sewaktu marahnya, maka ambillah dia sebagai saudaramu. Jika tidak, maka berhati-hatilah terhadapnya."


Wahai anakku!
Bagaimanakah engkau boleh melambat-lambatkan manusia dengan apa yang mereka janjikan, sedangkan mereka bersegera pergi kepada apa yang tidak mereka janjikan?"


Wahai anakku!
Turunkanlah dirimu pada tingkatan yang sesiapa saja tidak berhajatkan pertolongan daripadamu, sedangkan engkau amat memerlukan daripadanya.


Wahai anakku!
Jadilah engkau seorang yang tidak berhajatkan pujian manusia dan tidak juga celaan
daripada mereka. "Nescaya, tenanglah diri daripada kejahatan manusia dan manusia pula akan
tenang dari kejahatannya (pujian)."


Wahai anakku!
Halanglah sesuatu yang keluar dari mulutmu. Kerana sesungguhnya engkau tidak dapat mendiamkan orang yang selamat. Engkau hanya mesti mengatakan sesuatu yang mendatangkan manfaat kepadamu.


Wahai anakku!
Janganlah engkau melewat-lewatkan taubat. Kerana sesungguhnya, kematian itu datang dengan sekelip mata.


Wahai anakku!
Berduyun-duyun datang kepada ulama dengan kedua-dua belah lututmu (berjalan
kaki) dan janganlah engkau bertengkar dengan mereka (ulama), nescaya mereka akan
membencimu.


Wahai anakku
"Ambillah daripada dunia untuk keperluanmu dan berbelanjalah dengan pencarianmu yang terbaik untuk akhiratmu.


Wahai anakku
"Janganlah engkau berbelanja sekali gus kerana engkau mempunyai tanggungan.
Sebenarnya, di atas leher lelaki itu terletaknya segala bebanan."

Tiada ulasan: