Ada juga terdapat perkara-perkara yang menghalang dari do'a diterima atau di makbulkan. Perkara-perkara ini yang harus dibuang dari seseorang yang ingin melakukan do'a. Apabila kesemua syarat-syarat ini dipenuhi, maka insyaallah akan dikabulkan do'anya.
SYARA SYARAT BERDOA :
1. Ikhlas didalam melakukan do'a.
Ini adalah syarat utama. Allah telah memerintahkan kita supaya ikhlas didalam melakukan do'a.
Firman Allah swt :
"Mohonlah kepada Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya", [Ghaafir 40:14].
Ikhlas didalam berdo'a ialah mempunyai keimanan yang kukuh kepada dia yang kita minta darinya; iaitu Allah, hanya dia sahaja yang dapat menunaikan permintaan kita, dan juga bermakna mengelak dari melakukan apa-apa sifat membesarkan diri didalam do'a.
2. Taubat dan kembali kepada Allah.
Dosa adalah sebab utama kenapa do'a tidak terjawab, maka sesiapa yang melakukan do'a harus segera bertaubat dan memohan keampunannya sebelum melakukan doa'.
Firman Allah swt :
"Maka aku berkata kepada nereka : Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun. Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kamu kebun-kebun dan mengadakan (didalamnya) sungai-sungai" [Nuh 71:10-12]
3. Merendah diri dan berharapkan ganjaran Allah dan takutlah kepad azabnya.
ini merupakan roh, pati dan tujuan berdo'a.
Firman Allah swt:
"Berdo'alah kepada Allah dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak suka mereka yang melampau batas" [al-A’raaf 7:55].
4. Bersegera mengulangi do'a,
Berdoa secara istiqamah tanpa merasa jemu dan berputus asa; dicapai dengan mengulangi do'a, dua atau tiga kali. Menghadkan mengulangi 3 kali adalah yang disukai (afdal)
Dari Ibnu Mas'ood (r.a), meriwayatkan Nabi saw suka mengulangi sesuatu do'a dan memohon ampun 3 kali. Ini di riwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Nassa'i.
5. Melakukan do'a di masa senang dan sibuk.
Nabi saw bersabda ;"Ingat Allah semasa kamu senang dan dia akan mengingati kamu semasa kamu susah" - riwayat Ahmad.
6. Menggunakan asmaul husna
Mohon agar dekat kepada Allah dengan berdo'a menggunakan asma' al-husna atau nama-nama Allah pada permulaan do'a atau diakhirnya.
Firmah Allah swt :
"Hanya milik Allah asma' al-husna, maka mohonlah kepadanya dengan menyebut asma' al-husna itu" [al-A’raaf 7:180].
7. Memilih perkataan yang jelas dan pada dan do'a yang terbaik.
Sebaik-baik do'a ialah do'a dari Nabi saw, tetapi dibenarkan berdo'a dengan perkataan sendiri bagi kehendak yang tertentu.
ADAB SEBELUM BERDOA
1. Dalam keadaan sudah berwudhu
2. menutup aurat
3. Mengadap Qiblat
4. Menunaikan solat sunat terlebih dahulu seperti solat sunat hajat
5. memulakan do'a dengan memuji Allah dan Nabi saw.
6. Mengangkat tangan semasa berdo'a.
WAKTU MUSTAJAB BERDOA
1. 1/3 akhir malam, sebelum masuk subuh,
2. Hari Jumaat terutama waktu-waktu akhir Jumaat
3. Semasa hujan turun
4. Diantara azan dan iqaamah.
5. Do'a orang Islam kepada saudaranya yg tidak hadir
6. Do'a ketika sakit,
7. Doa ketika bermusafir
8. Orang yang dizalimi atau ditekan
9. Apabila seseorang didalam keadaan yang amat memerlukan
10.Semasa seseorang sedang berpuasa
11.Apabila seseorang itu melakukan do'a kepada saudaranya tanpa kehadirannya.
12.Dimalam Lailatul Qadar
13. Hari Arafah
14. Bulan Ramadan
15. Waktu sahur dan waktu sebelum berbuka puasa
16. Semasa sujud
17. Semasa takut dan semasa merendah diri khusyuk.
TERHALANGNYA DOA
Sumber yang tidak halal atau diragui halal :- makanan, pakaian dan harta yang halal bagi sipembaca do'a
CARA BERDOA
1. Tangan diangkat diparas bahu.
2. Memuji Allah swt dan Rasulullah saw.
3. Menghadirkan hari dan membaca do'a dengan merendahkan suara.
4. Berdo'a tanpa melibatkan dosa dan tidak memutuskan rahmat Allah swt (kecewa)
5. Tidak meminta agar dipercepat-cepatkan dikabulkan do'a.
6. Berdo'a dengan tekad yang Allah akan menjawabnya.
7. Berdo'a dengan perkataan yang pendik dan padat.
8. Mengulangi do'a sebanyak 3 kali.
9. Berdo'a pada hari Jumaat.
DOA TERBAIK
Do'a mempertingkat Iman dan Ihsan kepada Tuhannya.
wallahu'alam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan