25.12.09

ketawa... jangan ketawa

Abu Laits berkata

Awaslah kamu dari ketawa berlebih lebihan kerana ketawa mengandung 8 bahaya.



· Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal.

· Memberanikan orang bodoh kepadamu

· Jika engkau bodoh nescaya betambah kebodohanmu dan bila engkau alim berkurang ilmumu sebab ada riwayat: Seorang alim jika ketawa beerti telah memuntahkan ilmunya.

· Melupakan dosa-dosa yang lampau

· Memberanikan membuat dosa di masa depan, sebab bila ketawa terbahak membekukan hatimu.

· Melupakan mati dan akhirat

· Engkau menanggung dosa orang yang ketawa kerana ketawamu

· Ketawa terbahak-bahak itu menyebabkan banyak menangis di akhirat.

Tiada ulasan: