23.1.10

Bila telinga berdengung, bersin dan menguap

Bacaan bila telinga berdengung

Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila berdengung telinga seorang kamu, maka hendaklah ia mengingati Allah dan berselawat kepadaKu. Setelah itu hendaklah ia ucapkan pula: “Dzakarallahu man dzakaranii bi khair” (Allah akan mengingati seseorang yang mengingati Rasul secara baik) [Hadith Riwayat Ibnu Sunny]


Bacaan ketika bersin

Selepas bersin hendaklah mengucapkan “alhamdulillah (segala puji bagi Allah) ” dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan “yarhamukallah”(semoga Allah merahmati kamu) sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu, serta dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan “Yahdiinaa wayahdiikumullah”.(Semoga allah rahmati kita semua dan diberi hidayah olehnya)

Bersin yang terlalu kerap melebihi 3 kali menandakan seseorang itu kemungkinan diserang selsema.


Islam suka bersin, tak suka menguap

Bersin adalah cetusan dari kecergasan akal manakala menguap adalah cetusan dari kemalasan.

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. ” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah S.W.T sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah S.W.T, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan “(Yarhamukallah)”. Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya


Adab ketika menguap

.”Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka.” Hadith Riwayat Imam Muslim.

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Tiada ulasan: