30.1.10

CARA DUDUK & BACAAN TASYAHHUD AWAL



CARA DUDUK TASYAHHUD AWAL



Apa yang dimaksudkan duduk Tahiyyat/Tasyahhud awal ?

Duduk Tahiyyat/Tasyahhud awal bermakna duduk di hujung rakaat kedua .

Tujuan duduk ialah untuk membaca tasyahhud atau tahiyyat awal dan juga selawat. Duduk tahiyyat awal; iaitu duduk di hujung rakaat kedua solat.



Apa hukum duduk Tahiyyat/Tasyahhud Awal?


Para ulamak berbeza pandangan;

Pandangan yang mengatakan duduk tahiyyat awal adalah sunat

Pandangan Imam Abu Hanifah, Malik dan Syafi’ie; duduk Tahiyyat/Tasyahhud dan juga membaca Tahiyyat/Tasyahhud semasa duduk itu hukumnya sunat sahaja (tidak wajib).

Jika ditinggalkan tidak membatalkan solat, namun hukumnya makruh dan disunatkan sujud sahwi.

Dalil mereka ialah dalam hadis Musi’ as-Solah yakni hadis berkenaan seorang lelaki yang salah dalam menunaikan solat, lalu diajar oleh Nabi, Nabi s.a.w. tidak menyebutkan tentang tahiyyat/tasyahhud awal tatkala menerangkan kaifiyat solat.

Selian itu, ada hadis menceritakan bahawa Nabi pernah tertinggal tasyahhud awal, namun baginda tidak mengulanginya, akan tetapi menggantinya dengan sujud sahwi sahaja.



Pandangan yang mengatakan duduk tahiyyat awal adalah wajib

Pandangan Imam Ahmad; ia adalah wajib.

Dalil mereka arahan Nabi s.a.w.; “Apabila kamu duduk pada setiap dua rakaat, bacalah; “at-Tahiyyatul lillahi was-Solawati wat-Thaiyyibati…” (Riwayat Imam Ahmad, an-Nasai dan at-Thabrani dengan sanad yang soheh).

Selain itu, ia tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi s.a.w.. (al-Mughni, 1/373)



Apakah cara duduk yang disunatkan ketika duduk Tahiyyat/Tasyahhud?

Ketika tahiyyat awal duduk secara iftriraysh . Berikut ialah cara duduk tahiyyat awal mengikut pandangan sebahagian ulamak termasuk mazhab Syafi’ie.

Duduk iftiraysh ialah dengan menghamparkan kaki kiri sebagai hamparan bagi punggung dan memacakkan kaki kanan. Adapun duduk tawarruk pula ialah dengan mengeluar/menghulurkan kaki kiri ke bawah kaki kanan dan pangkal paha (yakni punggung) diletakkan di atas lantai, adapun kaki kanan dipacakkan/ ditegakkan, jari kaki dilenturkan mengadap kiblat.


hadis dari Abu Humaid r.a. yang menceritakan sifat solat Nabi s.a.w.;
“Apabila baginda duduk sesudah dua rakaat, baginda duduk di atas kakinya yang kiri dan menegakkan tapak kakinya yang kanan. Apabila baginda duduk pada rakaat yang akhir, baginda mengulurkan tapak kakinya yang kiri (ke bawah betis kanan) dan menegakkan tapak kakinya yang kanan dan baginda duduk di atas punggungnya” (Riwayat Imam Bukhari).


Muslim dan Abu Uwanah meriwayatkan bahwa apabila duduk tasyahhud, Nabi SAW meletakkan tangan kanan diatas paha kanannya dan meletakkan telapak tangan kirinya pada paha kiri ( dalam riwayat lain disebutkan meletakkan tangan kanan pada pada lutut kanannya dan meletakkan tangan kiri pada lutut kirinya )


Merenggangkan telapak tangannya diatas lutut.


Menurut Nasa’i, Nabi SAW meletakkan siku kanan diatas paha kanannya. Nabi SAW melarang
bertumpu pada tangan kirinya pada waktu duduk tasyahud dalam sholat sebagaimana sabdanya
”Cara semacam itu adalah cara sholat orang Yahudi.” (HR Baihaqi dan Hakim).

Dalam hadits lain disebutkan ”Janganlah engkau duduk seperti itu karena duduk seperti tiu adalah duduknya orang yang sedang diazab.” (HR Ahmad dan Abu Daud).

Dalam hadits lain disebutkan ”Duduk seperti itu adalah cara duduk orang-orang yang dimurkai Allah.” (HR Abdur Razzaq).



Apakah yang dibaca semasa duduk Tahiyyat awal ?

Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabatnya berbagai macam bacaan tasyahhud.
ada yang dikenali sebagai Tasyahhud Ibnu Mas’ud, Tasyahhud Ibnu Abbas, Tasyahhud Ibnu Umar dan lain lain.

Cara bacaan tahiyyat awal yang diamalkan oleh masyarakat kita :


التَّحِيَّاتُ المُبارَكاتُ الصَّلَواتُ الطَّيِّباتُ لِلَّهِ، السَّلامُ عَلَيْكَ أيُّهَا النَّبيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلامُ عَلَيْنا وعلى عِبادِ اللّه الصَّالِحينَ،
أشْهَدُ أنْ لا إلهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَأشْهَدُ أنَّ مُحَمَّداً رَسُولُ اللَّهِ

“Segala kerajaan/kekuasaan, limpahan barakah, selawat dan kalimah-kalimah yang baik adalah milik Allah. Selamat sejahtera ke atas engkau wahai Nabi serta rahmat Allah dan juga keberkatan-keberkatanNya. Selamat sejahtera juga ke atas kami serta ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Rasul Allah”. (Riwayat Imam Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

di sambung dengan bacaan Selawat pula ialah;

اللَّهم صلِّ عَلَى مُحمَّدٍ وعَلَى آلِ مُحمَّدٍ
“Ya Allah, kurniakanlah selawat ke atas Muhammad dan ke atas ahli Muhammad
(Riwayat Imam Muslim dari Ibnu Mas’ud)


Bagaimana kedudukan jari-jari tangan kita semasa Tahiyyat/Tasyahhud itu?

Ketika duduk tahiyyat, sunat kita meletakkan tangan kanan di atas paha kanan dalam keadaan jari hujung (yakni kelingking), jari manis dan jari tengah digenggam, sementara jari telunjuk dilepaskan dan diangkat serta diisyaratkan (menghala ke arah kiblat) ketika menyebutkan (إلا الله) sambil meniatkan di dalam hati tauhid dan ikhlas di mana ia terus diluruskan tanpa meletak atau menjatuhkannya. Ibu jari diletakkan pada jari tengah. Adapun tangan kiri, hendaklah diletakkan di atas paha kiri.


Cara kedudukan tangan di atas adalah berdalilkan hadis-hadis berikut;


1. Hadis Ibnu ‘Umar r.a. yang menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila duduk di dalam solat, baginda meletakkan tapak tangannya yang kanan di atas paha kanannya dan baginda menggenggam semua jarinya dan memberi isyarat dengan jarinya bersebelahan ibu jari (yakni jari telunjuk). Adapun tapak tangan kirinya, baginda letakkan di atas paha kirinya”. (Riwayat Imam Muslim)


2. Dari Ali bin Abdirrahman al-Maghafiri yang menceritakan dari Abdullah bin ‘Umar r.a. yang melihat seorang lelaki mengerak-gerakkan batu dengan tangannya ketika ia sedang solat. Apabila lelaki selesai solat, Abdullah berkata kepadanya; “Jangan mengerak-gerakkan batu semasa kamu berada dalam solat kerana itu adalah dari Syaitan. Akan tetapi lakukanlah sebagaimana yang dilakukan Rasulullah s.a.w.. Lelaki itu bertanya; “Bagaimana yang dilakukan baginda?”. Abdullah menjelaskan kepadanya; “Baginda meletakkan tangannya yang kanan di atas paha kanannya, mengisyaratkan jarinya yang bersebelahan ibu jari ke arah kiblat dan melontarkan pandangan matanya ke arah jari tersebut. Begitulah yang aku lihat dilakukan Rasulullah s.a.w.”. (HR Imam an-Nasai).

3. Diriwayatkan dari Abdullah bin az-Zubair r.a. yang menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila duduk berdoa (semasa tasyahhud) baginda meletakkan tangannya yang kanan di atas pahanya yang kanan dan tangannya yang kiri di atas pahanya yang kiri. Baginda melakukan isyarat dengan jari telunjuknya, sementara ibu jari baginda letakkan pada jari tengahnya. Adapun tangan kiri, maka baginda meratakannya di atas lutut kirinya”. (Riwayat Imam Muslim)

4. Dalam hadis riwayat Abu Daud dan an-Nasai, seorang sahabat bernama Wail bin Hujrin r.a. tatkala menceritakan sifat solat Nabi s.a.w., beliau memberitahu; “…Semasa Tahiyyat, Rasulullah s.a.w. meletakkan tangan kanannya (bermula dari siku) di atas paha kanannya, kemudian baginda menggenggam dua jari dari jari-jari tangannya (iaitu jari kelingking dan jari hantu) dan membentuk gelungan (dengan jari tengah/telunjuk dan ibu jarinya), kemudian mengangkat jari (telunjuk)nya. Aku melihat beliau menggerak-gerakkan jari telunjuknya itu sambil berdoa dengannya” (HR Imam an-Nasai dan Abu Daud).

Di dalam hadis Abdullah bin az-Zubair tadi, diceritakan bahawa Nabi s.a.w. hanya meletakkan sahaja ibu jarinya pada jari tengahnya. Sedang di dalam hadis ini, baginda membentuk gelungan dengan dua jari tersebut.


Perlukah jari telunjuk kanan tadi digerak-gerakkan ketika mengangkat dan mengisyaratkannya tadi?

Hal ini terdapat khilaf di kalangan ulamak;

a) Pandangan pertama;
tidak perlu digerak-gerakkan kerana Nabi s.a.w. tidak melakukannya sebagaimana hadis riwayat Abu Daud dari Abdullah bin az-Zubair r.a. yang menceritakan; “Nabi s.a.w. memberi isyarat dengan jarinya (yakni jari telunjukkan) tatkala berdoa (semasa tasyahhud) dan baginda tidak menggerak-gerakkannya”.

b) Pandangan kedua;
perlu menggerak-gerakkannya berdalilkan hadis dari Wail bin Hujrin r.a. yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan an-Nasai tadi yang menceritakan; “…Aku melihat beliau (yakni Nabi s.a.w.) menggerak-gerakkan jari telunjuknya itu (semasa Tasyahhud) sambil berdoa dengannya”.

Menurut Imam al-Baihaqi; kedua-dua hadis tersebut adalah soheh. (Lihat; Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 240).


Dalil perlunya menggerakkan Jari Telunjuk Ketika Duduk Tasyahhud.

Dalam hadits riwayat Muslim dan Abu Uwanah disebutkan bahwa Nabi SAW merenggangkan
telapak tangan kiri diatas lutut kirinya. Tetapi Beliau SAW menggenggam semua jari tangan
kanannya dan mengacungkan telunjuknya ke kiblat. Lalu mengarahkan pandangan mata ke
telunjuknya.

Pada riwayat yang sama disebutkan bahwa ketika Beliau SAW mengacungkan telunjuknya ibu
jarinya memegang jari tengah.

Terkadang ibu jari dan jari tengahnya membentuk lingkaran.

Abu Daud dan Nasa’i meriwayatkan bahwa Nabi SAW menggerak-gerakkan jari telunjuknya
sembil berdoa.

Beliau bersabda : ”(Gerakan jari telunjuk) lebih ditakuti syaitan daripada pukulan
besi.” (HR Ahmad dan Bukhari).

Sebahagian sahabat Nabi SAW telah mengambil suatu perbuatan atau meniru perbuatan sahabat yang lain iaitu menggerakkan telunjuknya sambil berdoa. Beliau SAW melakukan ini dalam dua tasyahhudnya (tasyahhud awal dan akhir).

Dalam hadits riwayat Ibnu Abi Syaibah dan Nasa’i disebutkan bahwa Nabi SAW pernah melihat
seorang sahabat berdoa sambil mengacungkan dua jarinya. Lalu Beliau SAW bersabda sambil
mengacungkan telunjuknya kepada orang itu ”Satu saja! Satu saja!.”


PANDANGAN JUMHUR ULAMAK :
memberi isyarat jari tanpa digerak2kannya lebih kuat dan lebih ramai yang meriwayatkan


Kedua dua cara pergerakan jari telunjuk semasa membaca tasyahud akhir adalah sunat dan bukan bidaah. Cuma perselisihan dikalangan ulamak hanyalah perihal yang mana lebih afdal sahaja.

Pandangan jumhur ulamak ialah sunat memberi isyarat dengan jari telunjuk ketika mengucap kalimah syahadah dan tidak menggerak-kannya kerana hadith yang menyatakan Nabi saw memberi isyarat jari saja tanpa digerak2kannya lebih kuat dan lebih ramai yang meriwayatkan


Bangkit Ke Rakaat Ketiga Dan Keempat

Dalam hadits riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan bahwa Nabi SAW bangkit ke rakaat ketiga
seraya mengucapkan takbir. Beliau SAW bersabda:, ”Kemudian lakukanlah seperti itu pada setiap rakaat dan sujud”.

Nabi SAW mengucapkan takbir ketika bangkit dari duduk, kemudian Beliau SAW berdiri. Beliau
SAW kadang mengangkat kedua tangannya bersamaan dengan mengucapkan takbir.
( di riwayatkan oleh Bukhari dan Abu Daud )


Apabila Beliau SAW hendak bangkit ke rakaat keempat, Beliau SAW mengucapkan ”Allahu
akbar”. Beliau SAW mengangkat kedua tangnnya bersamaan saat takbir. Kemudian Beliau SAW duduk tegak diatas kaki kirinya sampai ruas tulang punggungnya mapan (lurus). Lalu, Beliau SAW bangkit seraya bertumpu dengan tangannya ke tanah. ( diriwayatkan Bukhari dan Abu Daud)

Tiada ulasan: