16.1.10

Khazanah ilmu - hujah dan dalil niat solat tidak dilafazkan


MASALAH KHILAFIYAH
- MELAFAZKAN NIAT, BAGAIMANA SIKAP KITA?

Dalam bermasyarakat, sering kita temui perbedaan pendapat hal mensabitkan ketentuan hukum. . Misalnya dalam soalat, menjaharkan basmalah atau tidak, memakai qunut atau tidak, dan lain-lain. Kadang masalah ini bisa menjadi masalah yang besar jika tidak secara arif menanggapi. Masing-masing pihak saling mempertahankan pendapatnya sendiri-sendiri. Karena masing-masing mempunyai dalil sendiri-sendiri yang sama-sama kuat. Sering saya dengar bahwa ini adalah masalah khilafiyah, tidak perlu dibesar-besarkan.

Sepatutnya sebelum merungkai persoalan khilafiyah ini kita harus tahu Apa yang dimaksud dengan khilafiyah? Apa saja yang termasuk masalah-masalah khilafiyah ini? Apa hujah hujah di kedua dua pihak? dan akhir sekali Bagaimana sikap kita dalam menghadapi masalah-masalah khilafiyah yang ada?

Melafazkan niat sebelum solat adalah masalah khilafiyah.

Melafazkan niat sebelum solat adalah masalah khilafiyah. Masalah khilafiyah adalah masalah yang hukumnya tidak disepakati para ulama. Terkadang ketidaksepakatan itu hanya pada tataran yang sempit, bahkan seringkali hanya perbedaan penggunaan istilah.

perbedaannya tidak serius mana, bukan beza antara halal dan haram.


Munculnya perbedaan pendapat tentang hukum suatu masalah sebenarnya hak para ulama saja. Sebab mereka itulah yang punya alat dan otoritas untuk menyimpulkan sebuah hukum agama. Kita sebagai orang awam, tentu tidak punya perangkat dan alatnya, juga tidak punya spesifikasi yang minimal untuk melakukan pengambilan kesimpulan hukum.

Sebagai orang awam sebelum kita menyokong mana mana pihak kita haruslah mengetahui perkara yang dihujahkan. Tidak adil kalau kita mendengar sebelah pihak sahaja.

Catatan saya di sini bukan untuk mengelirukan atau untuk melaga lagakan. Cukup sebagai pertambahan khazanah ilmu kita berkenaan persoalan, hujah dan dalil yang di perkatakan ada golongan yang menentang dan ada golongan yang mempertahankan.


HUJAH DAN DALIL NIAT ITU TIDAK DILAFAZKAN. MALAH ADA YANG MENGATAKAN BIDAAH JIKA DILAFAZKAN

Niat adalah salah satu daripada rukun sembahyang. Rukun bererti tiang. Rukun sembahyang bererti asas sembahyang, di mana ia merangkumi amalan, juga perkataan yang dimulakan dengan takbir, iaitu Allahuakbar dan disudahi dengan salam, iaitu assalamualaikum. Sekiranya rukun ini ditinggalkan, maka sembahyang yang dilakukan itu tidak sah.

Niat ialah azam atau tekad melakukan sesuatu disertakan dengan tindakan.
Dalam sebuah hadis daripada Umar bin Al-Khattab r.a, beliau berkata, aku telah mendengar

Rasulullah bersabda:

"Segala amalan ibadah itu hanya sah dengan niat dan bagi setiap manusia diberi ganjaran menurut apa yang diniatkan."
-
(hadis riwayat Bukahari dan Muslim.)

HUJAH :

Tempat niat ialah dalam hati. Tidak wajib menyebut niat dengan lidah. Menurut kitab al-Qaul Al-Mubin Fi Akhtai `l-Musallin, menyebut niat dengan kuat tidak wajib, juga tidak dihukumkan sunat, bahkan amalan menguatkan suara ketika berniat adalah bid'ah menyalahi syarak. Menurut Al-Qadi Abu Ar-Rabi Sulayman bin Umar Asy-Syafie, berniat dengan suara kuat di belakang imam bukan daripada amalan sunah, bahkan makruh. Sekiranya apa yang dilakukan itu menyebabkan gangguan kepada orang lain, maka perbuatan itu adalah haram.

Menurut Abu Abdullah Muhammad bin al-Qasim, At-Tunisiyi Al-Maliki,
niat adalah amalan hati. Menguatkan suara ketika berniat adalah bid'ah.

Amalan ini akan menyebabkan berlaku waswas di kepala orang lain.


Hukum Mulai Sembahyang Dengan Takbir

Ali bin Abi Thalib memberitakan: Bahawa telah bersabda Rasulullah saw

“ Anak kunci sembahyang itu suci, pentahrimnya takbir dan pentahlilnya taslim.”

(Riwayat Ahmad,Abu Daud,Tarmidzi,Syafie dan Ibnu Majah)

Hadis ini menyatakan bahawa suci itu ialah suci dari hadas, sebagai syarat sah sembahyang. Takbiratul-ikhram, permulaan sembahyang mesti dibuka dengan takbir, "Allahu-Akbar” dan penutupnya dengan "salam". Jelas dan tegas hadis ini menyatakan bahawa sembahyang tidak boleh dibuka dengan lain-lain bacaan.

Pendapat Para Fuqaha

Imam Bukhari mewajibkan takbir di kala sembahyang kerana mengingat hadis yang disampaikan oleh Aisyah r.a.

“ Adalah Nabi s.a.w. mulai sembahyang dengan takbir.” Juga hadis yang disampaikan Ibnu Umar iaitu: “Aku lihat Nabi mulai sembahyang dengan takbir.”


Banyak hujah-hujah jamhur ulama yang menegaskan ketiadaan boleh kita mulai sembahyang selain takbir, “ Allahu-Akbar".

Takbir itu menurut pendapat yang banyak ialah hukum atau sendi sembahyang.

Menurut pendapat ulama Hanafiah ialah merupakan satu syarat. Menurut Mazhab Syafie, Ahmad dan Malik berpendapat bahawa tidak sah sembahyang dengan ketiadaan takbir. Belum dipandang masuk ke dalam sembahyang jika belum bertakbir. Dan takbir itu pula wajib dengan ucapan ‘Allahu-Akbar’, tidak boleh dengan lainnya.

Terang dan jelas hadis yang diterangkan itu, iaitu dimulai sembahyang dengan ucapan "Allahu-Akbar.” Perlu diketahui bahawa Rasulullah saw menyuruh kita membaca apa yang beliau baca.

Sebagaimana yang disabdanya:

Sembahyanglah kamu sebagimana kamu lihat aku sembahyang".


Allah berfirman bermaksud:

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

"Apa jua yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah ia, dan apa jua yang dilarang kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya."

(Surah Al-Hasyr: 7)

Dalam masyarakat Melayu, persoalan lain yang sering timbul ialah tentang sebutan ``usalli'', yang juga disebut sebagai ``talaffuz bi `n-niyyat'', iaitu sebutan niat dengan lisan. Seperti yang diketahui, lafaz ini bukan niat kerana niat itu terletak pada hati, bukan di lidah.

Nabi s.a.w. tidak pernah membaca ‘naiwaitu usalli’ atau ‘usalli fardu…’.Yakni Nabi tiada membaca lafaz niat dan nabi tidak menyuruh para sahabat membacanya.

Oleh itu kita berhak minta dalil kepada mereka yang mendakwa Nabi ada membaca ‘usalli..’


Dari manakah warta berita itu datang ?

Selama mereka tiada membaca dalil-dalil yang terang maka kita tetap menolak amalan melafaz niat kerana asal permulaan syariat Solat, malaikat jibril datang menunjukkan batas waktu awal dan akhir tanpa mengajar lafaz niat.

Dalam Al Umm As Syafie tidak menulis seperti dalam kitab perukunan, ini ialah lafaz niat fardu Zohor…ini ialah lafaz niat fardu Asar….dan pelbagai jenis lagi sehingga hendak shalat mayat yang paling mudah pun ramai tidak mahu shalat kerana tidak ingat lafaz niat.

Niat urusan hati manusia, Allah Maha Mendengar apa yang tersurat dalam hati manusia. Berilmulah dahulu sebelum beribadat. Ada ilmu mudahlah kita meluruskan niat kita kepada Allah.


Erti Niat

Erti niat sepanjang bahasa adalah dari kata kerja yang ertinya sengaja, kehendak, cita-cita atau ketetapan di hati. Erti kata niat sepanjang syariat menurut sebagaimana yang biasa dikemukakan oleh kebanyakan ulama Syafieyah, ialah niat itu disengajakan atau bermaksud kepada sesuatu berserta dengan pekerjaannya.

Tentang tempat pelaksanaan niat sepanjang penjelasan para ulama Ahli Fiqih, terutama dari ulama yang bermazhab Syafie sendiri, antara lain ialah:

Dan tempat niat itu di hati, jika ia berniat dengan hatinya, tidak dengan lidahnya telah memadai dan dari sebahagian para sahabat kami (ulama syafieah) ada yang berkata berniat dengan hati dan melafazkan dengan lidah itu tidaklah sesuatu dalam kebenaran, kerana niat itu ialah kehendak hati.

Di dalam kitab ‘Al-Umm” karangan Imam As Syafie sendiri, tidaklah ada beliau berkata bahawa melafaz niat dengan lidah itu Sunah atau Mustahab atau Nadab.

Para ulama Hanafiah sebagaimana tersebut dalam kitab “Al-Fiqu Allal Mazahibil Arbaa’ (Fiqih empat mazhab) berkata bahawasanya melafazkan niat itu bid’ah, kerana tidak terbit dari Rasulullah saw dan tidak pula dari sahabat-sahabat.

Pendapat Para Fuqaha

Para ulama Hanafiyah, Malikiyah, Hanbaliyah, berpendapat bahawa niat itu dilakukan sebelum pekerjaan dimulai.

Pendapat para ulama Syafieah: Niat itu harus dilakukan berserta dengan pekerjaannya.

Sahabat Ibnu Mas’ud pernah berkata:

Allah tidak akan menerima sesuatu perkataan melainkan dengan amal perbuatan dan ia tidak akan menerima sesuatu perkataan dan perbuatan melainkan dengan niat. Dan ia tidak akan menerima sesuatu perkataan amalan dan niat melainkan dengan apa yang disetujui dengan kitab dan sunah (Quran dan Hadis).


Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa mengamalkan sesuatu pekerjaan yang tidak kami kerjakan, maka amalan itu tertolak”.

(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Aisyah)

Tempat niat itu di hati. Melafaz adalah Bid'ah. Lidah menolong hati batil sebab ucapan lidah mesti dimulai diingat dihati.

Wallahu 'alam bis-shawab. Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Tiada ulasan: