16.1.10

Perkara penting Sebelum Solat


KESILAPAN SEBELUM MENUNAIKAN SOLAT



Berikut merupakan beberapa contoh kesilapan yang seringkali dilakukan oleh mereka sebelum menunaikan solat:


1. SOLAT TANPA ILMU

Orang yang mengerjakan solat tanpa ilmu tergolong dalam golongan orang yang tidak dapat dimaafkan kerana “kebodohan beragamanya”. Islam menitik-beratkan ilmu.

Ilmu itu wajib didahulukan atas amal, kerana ilmu merupakan petunjuk dan pemberi arah amal yang akan dilakukan.

Ilmu itu Mendahului Perkataan dan Perbuatan. Ini menjelaskan bahawa ilmu yang dimaksudkan itu hendaklah menjadi syarat bagi keshahihan perkataan dan perbuatan seseorang.

Kedua hal itu tidak dianggap shahih kecuali dengan ilmu; sehingga ilmu itu didahulukan atas keduanya. Ilmulah yang membenarkan niat dan membetulkan perbuatan yang akan dilakukan.

Ilmu itu tidak bermanfaat kecuali disertai dengan amal
Ilmu tanpa amal - jahil
Amal tanpa Ilmu - sesat

Maka solatlah dengan ilmu. Bukan solat sekadar budaya atau Islam keturunan.



2. TIDAK MEMERHATIKAN KESEMPURNAAN WUDHUK

Ramai di kalangan kita tidak memerhatikan kesempurnaan wudhuk. Malah ramai di kalangan kita tidak mengetahui ilmu berwudhuk dengan sebenar-benarnya. Apa yang fardhu dan apa pula yang menjadi sunnahnya. Kesempurnaan solat bermula daripada kesempurnaan wudhuk.

Kesempurnaan wudhuk dikembalikan kepada syarat ibadah secara mutlak sebagaimana sabda Rasulullah saw : dari Utsman Radhiyallahu anhu, ia berkata :

“Aku pernah melihat Rasulullah berwudhuk seperti wudhukku ini, lalu Rasulullah SAW bersabda: ‘Barangsiapa berwudhuk seperti wudhukku ini, nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni, sementara solat sunnahnya dan perjalanan menuju masjid menjadi penyempurna bagi dihapuskan dosa-dosanya”
( Hadis riwayat Muslim )

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia berkata bahwa ia pernah mendengar Rasulullah bersabda :
“Sungguh umatku kelak akan datang pada hari kiamat dalam keadaan (muka dan kedua tangannya) kemilau bercahaya kerana bekas wudhuk. Kerananya, barangsiapa dari kalian yang mampu memperbanyak kemilau cahayanya, hendaklah dia melakukannya (dengan memperlebar basuhan wudhuknya)”
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).



MENYEMPURNAKAN WUDHUK


FARDHU WUDHUK
Wudhuk memiliki beberapa fardhu dan rukun yang ditertibkan secara berurutan. Jika ada salah satu di antara fardhu tersebut yang tertinggal, maka wudhuknya tidak sah menurut syariat. Fardhu wudhuk tersebut adalah sebagai berikut:
1. Niat
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung pada niatnya” (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Niat adalah kemahuan dan keinginan hati untuk berwudhuk. Juga pada apa yang disebutkan pada hadis, bahwa niat itu bermuara pada hati, sedangkan melafazkannya bukanlah merupakan sesuatu yang disyariatkan.

2. Membasuh Muka
Kewajiban membasuh wajah atau muka di dalam berwudhuk itu hanya sekali. Yaitu dari bahagian atas dahi sampai bahagian dagu yang bawah dan dari bagian satu telinga ke bahagian bawah telinga yang lain.
Firmankan oleh Allah Azza wa Jalla: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian hendak mengerjakan solat maka basuhlah muka.” (Surah Al-Maidah: ayat 6)
Air wudhuk itu harus mengalir pada wajah atau muka, kerana mengalir di sini bererti mengalirkan airnya ke serata wajah atau muka.

3. Membasuh kedua tangan sampai ke siku
Iaitu sampai ke siku dan yang diwajibkan hanya satu kali saja,
Firman Allah Ta’ala: “Kemudian tangan kalian sampai ke siku” (Surah Al-Maidah : ayat 6)

4. Membasahi Kepala
Pengertian mengusap kepala adalah membasahi kepala dengan air.
Firman Allah Ta’ala : “Dan usaplah kepala kalian” (Surah Al-Maidah: ayat 6).
Dari Ali bin Abi Thalib Radhyiallahu anhu diriwayatkan mengenai sifat wudhuk Nabi SAW, beliau mengatakan: “Beliau mengusap kepalanya satu kali” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud).


Mengusap Seluruh Kepala
Bahkan Imam At-Termidzi mengatakan bahwa yang lebih rajih (benar) mengenai usapan kepala adalah sebanyak satu kali saja. Selanjutnya, ada tiga cara yang diperoleh dari Rasulullah SAW, iaitu:

Dari Abdullah bin Zaid bin Ashim Radiallahuanhu, beliau berkata “Rasulullah SAW mengusap kepalanya dengan kedua tangan, dari arah depan ke belakang dan dari arah belakang ke depan (Hadis Muttafaq ‘Alaih)
Hadis (Imam Bukhari dan Muslim) : “Baginda memulai dari bahagian depan kepalanya hingga menjalankan kedua tangannya ke tengkuknya kemudian mengembalikan ke tempat semula”

5. Membasuh Kedua Kaki
Iaitu membasuh kaki hingga mencapai kedua mata kaki.
Firman Allah Azza wa Jalla: “Basuhlah kedua kaki kalian sampai kedua mata kaki” ( Surah Al-Maidah : ayat 6)
Demikian itulah yang senantiasa dilakukan oleh Rasulullah SAW, sebagaimana diriwayatkan oleh Umar Radhiyallahu anhu :
“Rasulullah SAW pernah tertinggal di belakang kami dalam suatu perjalanan. Pada saat itu kami mengetahui datangnya waktu ‘asar. Kemudian kami berwudhuk dan membasuh kedua kaki kami.
Sambil melihat ke arah kami, baginda berseru dengan suara keras mengatakan: “dua atau tiga kali!” Celaka bagi tumit-tumit (yang tidak kena air) dari siksaan api neraka”. (Hadis Muttafaq ‘Alaih)
Para sahabat Rasulullah SAW telah bersepakat untuk membasuh kedua tumit hingga mata kaki.


6. Tertib
Firman Allah swt : “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian hendak mengerjakan solat, maka basuhlah muka dan tangan kalian sampai ke siku. Kemudian sapulah kepala kalian serta basuhlah kaki kalian sampai kedua mata kaki” ( surah Al-Maidah: ayat 6 )


SUNAT WUDHUK

Gosok gigi sebelum memulakan wudhuk.
Hadis riwayat Imam Muslim Nabi saw bersabda: “Seandainya aku tidak khuatir akan memberatkan orang-orang beriman nescaya aku perintahkan mereka bersiwak (membasuh/memberus gigi) setiap kali sebelum solat”. (Hadis riwayat Imam Muslim No.370)

Dari Aisyah radhiyallahu anha bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Menggosok gigi itu dapat membersihkan mulut dan mendapat keredhaan Allah Ta’ala.” (Hadis riwayat Imam Baihaqi dan Nasa’i).



1. Membaca Bismillah di permulaan wudhuk

Membaca Bismillah pada permulaan wudhuk - "Tidak sah (tidak sempurna) wudhuk bagi siapa yang tidak menyebutkan nama Allah padanya" (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)

Sebahagian ulama’ mengatakan hukumnya wajib membaca Bismillah di permulaan wudhuk. Manakala sebahagian ulama’ pula mengatakan hukumnya sunnah sahaja. Adalah disyorkan supaya kita mengambil jalan selamat iaitu membaca Bismillah di permulaan wudhuk.




2. Membasuh kedua tangan hingga ke pergelangannya.

Humran, bekas hamba sahaya Utsman, mengatakan bahwa ia melihat Utsman bin Affan minta dibawakan bekas air. ia berkata, "Aku membawakan Utsman air untuk bersuci, sedang dia duduk di atas tempat duduk, lalu dia berwudhu dengan baik. Lalu ia menuangkan air pada kedua belah tangannya tiga kali, lalu ia membasuh kedua nya…”.



3. Berkumur dan menghirup air ke hidung

Sebelum membasuh muka, disunnahkan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung lalu menghirupnya dan mengeluarkannya

Berdasarkan hadis:"Ertinya : ...Lalu Nabi membasuh kedua telapak tangan tiga kali kemudian berkumur-kumur dan menghirup air ke hidung, lalu mengeluarkan air dari hidung lalu membasuh muka tiga kali…" (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)



4. Meratakan air ke seluruh kepala dan telinga sekaligus.

Hadis riwayat Imam Ahmad pula: “Bahawasanya Ibnu Abbas pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dan menyapu kepala dan telinganya dengan sekali sapu”.



5. Mendahulukan anggota kanan, kemudian anggota yang kiri.

“Adalah Rasulullah SAW menyukai dalam mendahulukan yang kanan ketika memakai sandalnya, menyisir, bersuci dan dalam semua urusannya”. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)



6. Membaca doa selepas wudhuk



Maksudnya:

Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah , jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Telah Sabda Rasullullah SAW:
"Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi)



7. Berjimat Dalam Menggunakan Air

"Barangsiapa mencuci lebih (dari tiga kali) maka ia telah berbuat kesalahan dan kezaliman." (Hadis riwayat Imam Abu Daud)

Rasulullah Saw melihat Sa'ad yang sedang berwudhuk, lalu baginda berkata, "Pemborosan apa itu, hai Sa'ad?" Sa'ad bertanya, "Apakah dalam wudhuk ada pemborosan?" Rasulullah SAW menjawab, "Ya, meskipun kamu (berwudhu) di sungai yang mengalir." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Kesempurnaan wudhuk ialah dengan meratakan air ke anggota-anggota rukun wuduk sebagaimana yang disebutkan di atas. Rasulullah SAW pernah menegur sahabat yang tidak menyempurnakan wudhuk.



TELEKUNG BAGI WANITA

Seterusnya perlu diingatkan bahawa kain yang digunakan untuk solat juga perlu menepati cirri ciri yg tertentu. Antaranya:

1. Tidak jarang. Kebanyakkan telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

2. Pastikan telekung menutupi bahagian bawah dagu. Carilah telekung yang sesuai dengan bentuk muka.

3. Sekiranya memakai stokin pastikan stokin yang dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik baiknya pakai stokin yang tebal

4. Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang lubang sehingga di belakang telekung. Ada juga teelekung yang berat dan terlalu panjang, kalau sujud hampir menutupi sejadah dan dikhuatiri sujud dahi terlapik telekung.

5. Carilah telekung yang sederhana, selesa dan sesuai. Jangan terlalu panjang atau terlalu pendek

6. Pastikan telekung dalam keadaan bersih, pastikan telekung sering di basuh dan jangan sampai berbau yang kurang enak. Begitu juga dengan sejadah.




PERKARA SUNAT SEBELUM SOLAT

1. AZAN
2. QOMAT


SEBELUM TAKBIRATUL IHRAM

1. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita ambil 2 minit untuk “menyediakan diri” sebelum menghadap allah swt.

2 Ambil dua minit sebelum melafazkan takbiratul ihram :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dalam diri kita. Kenangkan kembali dosa kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap Allah swt.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh Allah swt utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sebagai seorg Islam. Bacalah dua kalimah shahadah

Setelah dilakukan kedua dua perkara tersebut, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul betulkan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita yang selayak nya adab untuk menghadap Allah swt.

Tiada ulasan: