10.1.10

KESALAHAN SEMASA MENUNAIKAN SOLAT


1. MELAFAZKAN NIAT


Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan solat. Malah ada yang melafazkannya dengan kuat sehingga mengganggu jema’ah di sebelahnya. Yang menjadi kesalahan ialah menganggap lafaz niat ini adalah salah satu peraturan solat yang tidak boleh ditinggalkan.


Ini bertentangan dengan amalan Rasulullah SAW. Tidak ada nas yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan. Dan tidaklah disebutkan dari Rasulullah SAW dan tidak pula ada petunjuk dari salah seorang sahabat bahwa niat itu dilafazkan.


Maknanya, sesudah kita ambil wudhuk, kita mengadap ke arah kiblat. Boleh saja kita melafazkan niat atau berniat dalam hati bagi membantu kita untuk menumpukan perhatian untuk solat, tetapi jangan kita menganggap lafaz niat itu adalah rukun solat dan tidak sah jika tidak sah solat jika tiada lafaz niat solatnya.


lafaz niat yang dimaksudkan ialah lafaz dalam bahasa arab yang berbunyi :

“USolli fardhu……………….”




2. CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM


Macam-macam cara orang solat mengangkat tangan – takbiratul ihram. Ada yang angkat tangan sampai melepasi kepala. Ada orang angkat takbir ala kadarnya sahaja. Tidak mencontohi tatacara Rasulullah SAW mengangkat takbir.


Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar Radhiyallahu 'anhu , ia berkata: "Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika hendak memulai solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuknya."

(Hadis Muttafaqun 'alaih).



Atau mengangkat kedua tangannya setentang telinga berdasarkan hadis riwayat Malik bin Al-Huwairits Radhiyallahu 'anhu, ia berkata:

"Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang telinga setiap kali bertakbir (di dalam solat)."

(Hadis riwayat Imam Muslim).


Berdasarkan kedua-dua hadis ini, kita disunatkan mengangkat kedua-dua tangan ketika melakukan takbiratul ihram dengan mendedahkan tapak tangan tersebut serta menjarangkan sedikit jari-jarinya. Kedudukan kedua-dua tapak tangan itu sejajar dengan kedua bahunya serta jari-jarinya berada sejajar dengan telinga.

Sunat ketika mengangkat tapak tangan itu sebaya dengan melafazkan takbir.

(Rujuk kitab: I‘anah Ath-Thalibin, bab Ash-Shalah, Fasal Fi Shifat Ash-Shalah: 1/218-219)


Demikian juga disunatkan menundukkan kepala sedikit dan melihat ke tempat sujud sebelum mengangkat takbir.

(Rujuk kitab Fath Al-‘Allam, Fasal Fi Arkan Ash-Shalah, Furu‘ Tata‘allaq Bi At-Takbir: 2/234)


Disyaratkan juga kepada orang yang mengikut imam, mengakhirkan takbirnya sehingga imam sempurna melafazkan takbir. Jika takbir makmum tersebut mengiringi sebahagian takbir imam, maka dikira tidak sah sembahyang makmum itu sebagaimana menurut As-Syarqawi.

(Rujuk kitab Fath Al-‘Allam, Fasal Fi Arkan Ash-Shalah, )

Wajib pula bagi orang yang mengerjakan solat itu mendengar setiap huruf takbir yang dilafazkannya ketika mengangkat tabiratul ihram tersebut.

Sebagaimana dengan rukun qauli yang lainnya seperti membaca surah Al-Fatihah, tahyat dan salam. Hukum wajib mendengar itu adalah bagi orang yang baik pendengarannya. Sementara orang yang tidak baik pendengarannya seperti tuli atau disebabkan ada halangan untuk mendengar seperti riuh rendah tempat itu, maka tidaklah diwajibkan dia mendengarnya, akan tetapi wajib dia melafazkan takbir itu dengan suara yang tinggi atau nyaring dengan kadar apa yang dapat didengarnya jika dalam keadaan dia boleh mendengar.

(Rujuk kitab I‘anah Ath-Thalibin, bab Ash-Shalah, Fasal Fi Shifat Ash-Shalah: 1/217-218)


3. KEDUDUKAN TANGAN DI PERUT ATAU DI DADA?


Mendakapkan tangan di dada ( atas pusat ) adalah perbuatan yang benar menurut sunnah berdasarkan hadis:

"Beliau meletakkan kedua tangannya di atas dadanya."

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, Ibnu Khuzaimah, Ahmad dari Wail bin Hujur).



Rasulullah SAW meletakkan tangan kanan di atas tangan kirinya.

Rasulullah SAW bersabda:

"Kami, para nabi diperintahkan untuk segera berbuka dan mengakhirkan sahur serta meletakkan tangan kanan pada tangan kiri ketika mengerjakan solat."

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban dan Adh Dhiya').


Dalam sebuah riwayat lain pernah Rasulullah SAW melewati seorang yang sedang sembahyang, tetapi orang ini meletakkan tangan kirinya pada tangan kanannya, lalu beliau melepaskannya, kemudian orang itu meletakkan tangan kanannya pada tangan kirinya.

(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud).


Dari Wail bin Hujur Radhiyallahu 'anhu:

"Lalu Rasulullah SAW bertakbir kemudian meletakkan tangan kanannya di atas telapak tangan kiri, pergelangan tangan kiri atau lengan kirinya"

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, Nasa'i, Ibnu Khuzaimah).



4. MATA TIDAK KONSENTRASI KE TEMPAT SUJUD


Ketika sedang solat, janganlah mata kita berkeliaran ke sana sini. Ada setengah orang, matanya memandang orang lalu lalang. Perbuatan ini tidaklah sampai membatalkan solat tetapi bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.


Ketika mengerjakan solat, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan hanya mengarahkan pandangannya ke tempat sujud.


diriwayatkan oleh Ummul Mukminin 'Aisyah Radhiyallahu 'anha :

"Rasulullah SAW tidak mengalihkan pandangannya dari tempat sujud (di dalam solat)."

(Hadis Riwayat Imam Baihaqi)


Dalam Kitab Zaadul Ma'aad (I/248) disebutkan bahwa makruh hukumnya orang yang sedang solat menolehkan kepalanya tanpa ada sebarang keperluan.


Ibnu Abdil Bar berkata,

“Jumhur ulama mengatakan bahawa menoleh yang ringan tidak menyebabkan solatnya menjadi rosak.


Juga dimakruhkan solat di hadapan sesuatu yang boleh merosakkan kekhusyukan solat atau di tempat yang ada gambar-gambarnya, di atas sejadah yang ada lukisan atau ukiran, di hadapan dinding yang bergambar dan sebagainya.

Anehnya, kebanyakan sejadah yang kita gunakan semuanya bergambar! Apalagi di sebahagian besar masjid kita, di karpet utama terdapat gambar bunga atau sebagainya, yang tentunya bertentangan dengan sunnah dan boleh menghilangkan kekhusyukan solat kita. Sebaik-baiknya, hendaklah dilapik dengan kain putih di tempat sujud.


5. MEMBACA FATIHAH DENGAN CEPAT


Ramai di kalangan kita membaca surah Fatihah dan surah-surah lainnya dengan cepat.

Rasulullah SAW membaca surah Al-Fatihah dengan berhenti pada setiap akhir ayat (waqaf), tidak menyambungkan satu ayat dengan ayat berikutnya (washal).

Ummu Salamah Radhiallahu ’anha meriwayatkan ketika menjelaskan cara bacaan


Rasulullah SAW, beliau berkata:

“Sesungguhnya Baginda SAW memutus-mutuskan (mewaqaf) bacaannya (surah al-Fatihah) seayat demi seayat”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Membaca dengan tenang seayat demi seayat mengikut kaedah bacaan Rasulullah SAW ini pada hakikatnya, akan lebih mendatangkan kekhusyukkan, di samping memudahkan kita untuk merenung, menghayati serta memahami maksud ayatnya satu persatu. Ini tidak syak lagi akan menimbulkan rasa kemanisan ibadah terhadap Allah Subhanahuwa Ta‘ala.



Imam Ghazali berkata:

Ketahuilah bahawa sesungguhnya bacaan secara tartil itu disunatkan bukanlah semata-mata untuk merenung maksud ayatnya sahaja, bahkan orang-orang yang tidak memahami makna ayat al-Qur’an pun disunatkan supaya membacanya secara tartil dan tenang,

kerana ini lebih menunjukkan rasa sopan dan hormat terhadap al-Qur’an, dan akan mendatangkan kesan yang lebih mendalam di dalam jiwa daripada membacanya secara tergopoh-gapah dan tergesa-gesa.



6. MAKMUM SIBUK BACA FATIHAH DI BELAKANG IMAM


Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah fatihah. Ini dapat kita perhatikan ketika sembahyang berjemaah subuh, maghrib dan ‘isyak.

Jelas bagi kita kalau sedang sembahyang sendirian maka wajib kita membaca Al-Fatihah, begitu juga ketika sembahyang berjema'ah, ketika imam membacanya secara sirr (tidak diperdengarkan atau perlahan) yakni pada solat Zhuhur, 'Asar, satu raka'at terakhir sembahyang Mahgrib dan dua raka'at terakhir sembahyang 'Isyak, maka para makmum wajib membaca surah Al-Fatihah tersebut secara sendiri-sendiri dengan tidak mengeraskan bacaan tersebut.



Bagaimana kalau imam membaca secara jahar


Tentang hal ini pernah suatu ketika Rasulullah SAW melarang makmum membaca surah di belakang imam kecuali surah Al-Fatihah:

"Betulkah kalian tadi membaca (surah) di belakang imam kalian?"

Kami menjawab:

"Ya, tapi dengan cepat wahai Rasulullah".


Bersabda Rasulullah SAW:

"Kalian tidak boleh melakukannya lagi kecuali membaca Al-Fatihah, kerana tidak ada sembahyang bagi yang tidak membacanya." (

Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Abu Dawud, dan Ahmad)


Mengikut mazhab Syafie, membaca surah Al-Fatihah adalah rukun solat. Bagi Mazhab Maliki dan hambali, ketika solat berjemaah, makmum tidak perlu membacanya.

Mazhab Imam Malik dan Ahmad bin Hanbal berpendapat tentang wajibnya makmum diam bila imam membaca dengan jahar atau mengeraskan bacaannya.


Banyak Hadis-hadis yang diteliti merupakan dalil yang tegas dan kuat tentang wajib diamnya makmum apabila mendengar bacaan imam, baik ketika bacaan surah Al-Fatihahnya mahupun surah yang lain.


firman Allah Ta'ala yang bermaksud "

Dan apabila dibacakan Al-Quran hendaklah kamu dengarkan ia dan diamlah sambil memperhatikan (bacaannya), agar kamu diberi rahmat."

(Surah Al-A'raaf ayat 204).


Oleh yang demikian, bagi kita, hendaklah diam semasa Imam membaca surah Fatihah, dan Imam hendaklah memberi laluan kepada makmum untuk membacanya selepas imam selesai membacanya



7. TIDAK MENGERASKAN BACAAN ‘AMIIN’


Ramai di kalangan jemaah begitu malas untuk mengeraskan bacaan amin sesudah imam selesai membaca surah fatihah.


Ini bertentangan sama sekali dengan sunnah Rasulullah SAW.

"Bila Rasulullah SAW selesai membaca Al-Fatihah (dalam sembahyang), beliau mengucapkan amiin dengan suara keras dan panjang."

(Hadis dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan Abu Dawud)


"Bila imam selesai membacaghoiril maghdhuubi 'alaihim waladhdhooolliin”, ucapkanlah amiin (kerana malaikat juga mengucapkan amiin dan imam pun mengucapkan amiin).


Dalam riwayat lain: "

(Apabila imam mengucapkan amiin, hendaklah kalian mengucapkan amiin) barangsiapa ucapan aminnya bersamaan dengan malaikat, (dalam riwayat lain disebutkan: "bila seseorang di antara kamu mengucapkan amin dalam solat bersamaan dengan malaikat di langit mengucapkannya), dosa-dosanya masa lalu diampuni."

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim, An-Nasa’i dan Ad-Darimi)



8. TIDAK MELAKUKAN THUMA’NINAH DENGAN SEMPURNA


Inilah kesilapan yang paling ramai dilakukan. Ramai di kalangan kita yang mengerjakan solat tidak memberi perhatian yang sewajarnya terhadap “thuma’ninah”. Malah ada di kalangan imam jema’ah juga tidak menyempurnakan “thuma’ninah” ini.


Sebetulnya, " الله أكبر" bergerak ke rukun rukuk. Dah betul-betul confirm rukuk atau tenang dalam rukuk (setidak-tidaknya ambillah nafas dulu), barulah kita baca (sekurang-kurangnya 3 kali bacaan). Tenangkan diri terlebih dahulu di setiap peralihan rukun sebelum membaca tasbih atau zikir rukun berkenaan. Bacalah dengan tartil.

Jangan baca secara kelam kabut. Tenangkan diri di setiap peralihan rukun.


“Thuma’ninah” adalah salah satu rukun sembahyang. Apabila kita tidak mengerjakan rukun solat, maka hukumnya sembahyang kita jadi tidak sah. Solat tanpa “thuma’ninah” tidak akan diterima Allah Ta’ala.


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sabda Rasulullah SAW:


Apabila engkau hendak solat, sempurnakanlah wudhuk, kemudian mengadap kiblat lalu bertakbir. Kemudian bacalah dari ayat Al-Qur’an mana yang kamu dapat, kemudian rukuklah hingga engkau tenang dalam rukuk lalu bangkitlah dari rukuk (Iktidal) hingga kamu tegak lurus berdiri. Kemudian sujudlah hingga engkau tenang dalam sujud dan bangkitlah dari sujud sehingga engkau tenang dalam duduk antara dua sujud. Kemudian sujud lagi sehingga engkau tenang dalam sujud. Berbuatlah dengan cara yang demikian itu pada semua solatmu.”

(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).


Perhatikan amaran ini, dari Abu Mas'ud Al-Badri Radhiyallahu 'anhu, bahwa ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

"Solat seseorang itu tidak sah, sebelum ia meluruskan punggungnya baik ketika rukuk mahupun sujud".

(Hadis riwayat Imam Abu 'Awwanah dan Abu Dawud)


Sewaktu rukuk, pastikan punggung kita benar-benar berada dalam keadaan rukuk, ambil nafas dulu, barulah kita baca bacaan rukuknya.


Bacalah secara tertib. Jangan baca sahaja tetapi tidak tahu apa maknanya.


"Rasulullah SAW bila rukuk, baginda meluruskan dan membentangkan punggungnya sehingga bila air dituangkan di atas punggung baginda, air tersebut tidak akan bergerak."

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Thabrani, Abdullah bin Ahmad dan ibnu Majah)


Antara kepala dan punggung hendaklah lurus,


kepala tidak mendongak dan tidak pula menunduk ke bawah tetapi tengah-tengah antara kedua keadaan tersebut.

"Rasulullah SAW tidak mendongakkan kepalanya dan tidak pula menundukkannya."

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Abu Dawud)



Perhatikan hadis ini.

"Rasulullah SAW menjadikan rukuk, berdiri setelah rukuk (i’tidal) dan sujudnya, juga duduk antara dua sujud hampir sama lamanya."

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).



Begitu juga ketika iktidal. Bangkitlah dari rukuk dengan tenang.

Bacalah dengan tertib. Jangan cepat nak sujud. Tenangkanlah diri terlebih dahulu sebelum bergerak ke rukun sujud.

Pastikan disertai dengan mengangkat kedua tangan sebagaimana waktu takbiratul ihram.


Dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu 'anhu, ia berkata:

"Aku melihat Rasulullah SAW apabila berdiri dalam solat mengangkat kedua tangannya sampai setentang kedua bahunya, hal itu dilakukan ketika bertakbir mahu rukuk dan ketika mengangkat kepalanya apabila bangun (bangkit) dari rukuk sambil mengucapkan

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Malik).


Pastikan iktidal kita benar-benar tegak berdiri sebelum menuju ke rukun sujud. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang bermaksud:"Kemudian angkatlah kepalamu sampai engkau berdiri dengan tegak (sehingga tiap-tiap ruas tulang belakangmu kembali pada tempatnya)."

Ketika sujud, kita hendaklah benar-benar berada dalam posisi sujud. Tenang dulu, tarik nafas dahulu sebelum membaca


Bacalah dengan tertib dan tenang. Pastikan dahulu, dahi dan hidung benar-benar menempel di sejadah/tempat sujud. Ramai di kalangan kita, asal dahi cecah tempat sujud, langsung sahaja membacanya.


Malah ada juga yang " الله أكبر" bersambungan dengan bacaan sujud (senafas sahaja). Langsung tidak ada “thuma’ninah”nya. Begitu juga ketika beralih rukun kepada duduk antara dua sujud. Hendaklah kita tenang dalam setiap pergerakan rukun. Solat secara kelam kabut, boleh membatalkan solat kita.



9. HIDUNG DAN DAHI TIDAK MENYENTUH TEMPAT SUJUD


Adalah satu kesalahan jika sujud, hidung dan dahi tidak tersentuh tempat sujud.

Rasulullah SAW bersabda:

"Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya), dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki."

(Hadis Muttafaqun Alaih).


Pastikan dahi dan hidung benar-benar menempel di tempat sujud. Jangan dahi sahaja.

Sabda Rasulullah SAW:

“Tidak sah solatnya orang yang tidak menyentuhkan hidungnya ke tanah (tempat sujud), sebagaimana ia menyentuhkan dahinya”.

(Hadis riwayat Imam Daraquthni dan Hakim)



10. KEDUDUKAN SIKU DAN KAKI KETIKA SUJUD


Ada juga orang yang solat, merapatkan siku ke lantai. Sepatutnya waktu sujud, tapak tangan hendaklah menekan ke lantai bersetentangan dengan bahu atau boleh juga bersetentangan dengan kedua anak telinga dan sikunya hendaklah diangkat.



Dari Anas bin Malik, dari Rasulullah SAW bersabda

:"…………… dan jangan kamu menghamparkan kedua lenganmu (tangan) seperti anjing menghamparkan kakinya (sebagaimana anjing menghamparkan kaki depannya). "

(Hadis diriwayatkan oleh jama'ah kecuali An-Nasa’i)



"Rasulullah SAW mengangkat kedua lengannya dari lantai (tempat sujud) dan merenggangkannya dari badan sehingga warna putih ketiak baginda jelas kelihatan dari belakang"

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).



Keadaan kaki juga hendaklah diperhatikan. Ramai meremehkan kedudukan kaki ketika sujud. Adakalanya ditegakkan dan yang ada ala kadar sahaja.


Berkata Aisyah Radhiyallahu 'anha:

"Aku kehilangan Rasulullah SAW padahal beliau tadi tidur bersamaku, kemudian aku dapati beliau tengah sujud dengan merapatkan kedua tumit (kaki)nya (dan) menghadapkan hujung-hujung jari kakinya ke kiblat.”

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Hakim dan Ibnu Huzaimah)



11. TIDAK AMBIL KESEMPATAN BERDO’A KETIKA SUJUD


Alangkah ruginya orang yang memendekkan atau mempercepatkan sujudnya. Ini kerana ketika sujud, kita digalakkan berdo’a. Kesempatan berdo’a ketika sujud, adalah ruang berdo’a yang paling afdhal dan segera dimakbulkan Allah Subhanahuwa Ta’ala.


Ini berdasarkan hadis berikut:

“Adapun ketika rukuk maka agungkanlah Rabb-mu, sedangkan ketika sujud bersungguh-sungguhlah dalam berdo’a, nescaya segera dikabulkan untuk kalian”

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim).


Diriwayatkan pula oleh Muslim dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, bahwa Rasulullah SAW bersabda.

Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah do’a (ketika itu)”.

Maka dengan itu hendaklah kita memperlamakan sujud sambil berdoa kepada Allah Ta’ala.



12. TIDAK MENEGAKKAN KAKI KANAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TAHYAT


Ada juga kita lihat orang duduk di atas dua tapak kakinya secara menegakkan kedua kakinya. Ada pula yang duduk di atas kedua tapak kaki. Bukan duduk di atas tapak kaki kiri dan tapak kaki kanan ditegakkan.


Duduk ini dilakukan antara sujud yang pertama dan sujud yang kedua, pada raka'at pertama sampai raka’at terakhir.


Cara duduk antara dua sujud yang disebut juga cara duduk iftirasy ialah dengan duduk dengan meletakkan punggung pada kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan


Hal ini berdasar hadis: Dari 'Aisyah Radhiyallahu 'anha berkata:

"Dan Nabi SAW ketika duduk antara dua sujud, beliau duduk di atas kaki beliau yang kiri dan menegakkan kaki yang kanan, beliau melarang dari duduknya syaitan."

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ahmad)



Dari Rifa'ah bin Rafi' Radhiyallahu 'anhu, bersabda Rasulullah SAW:

"Apabila engkau sujud maka tekankanlah (dahi dan hidung) dalam sujudmu lalu kalau bangun (duduk antara 2 sujud) duduklah di atas pahamu (kaki) yang kiri."

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Dawud)


Waktu duduk antara dua sujud ini, telapak kaki kanan ditegakkan dan jarinya diarahkan ke kiblat: Rasulullah SAW menegakkan kaki kanannya (Hadis riwayat Imam Bukhari)

Menghadapkan jari-jemari kakinya ke kiblat (Hadis riwayat Imam An-Nasa’i)

Dan bacalah dengan tenang.



13. CARA BANGUN MENUJU KE RAKA’AT KEDUA DAN KEEMPAT


Bangun menuju ke rakaat kedua dan keempat dengan Mengabaikan duduk isterehat

Sebaik-baiknya hendaklah kita mencontohi adab Rasulullah SAW ketika bangun sesudah sujud kedua di raka’at pertama (juga diraka’at ketiga solat zohor, asar dan isyak).


Dari Malik bin Huwairits Radhiyallahu 'anhu bahwasanya dia melihat Rasulullah SAW solat, maka bila pada raka'at yang ganjil tidaklah beliau terus bangkit, beliau duduk terlebih dulu dengan lurus (sebelum bangkit ke raka’at seterusnya)."

(Hadis riwayat Imam Bukhari, Abu Dawud dan Termidzi).



14. CARA DUDUK TAHYAT AWAL DAN TAHYAT AKHIR


Ramai di kalangan kita tidak membezakan cara duduk tahyat pertama dengan tahyat terakhir. Mereka duduk tahyat akhir sama sahaja dengan cara duduk tahyat pertama atau tahyat awalnya.


Duduk tahiyat awal terdapat hanya pada sembahyang yang jumlah raka'atnya lebih dari dua raka’at pada sembahyang wajib dan dilakukan pada raka'at yang kedua. Sedang duduk tahiyat akhir dilakukan pada raka'at yang terakhir. Masing-masing dilakukan setelah sujud yang kedua.


Cara Duduk Tahyat Awal Dan Tahyat Akhir


Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak kaki kiri) sedangkan pada tahyat akhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke samping kanan dan duduk di atas lantai, pada masing-masing posisi kaki kanan ditegakkan.




Dari Abi Humaid As-Sa'idiy tentang sifat sembahyang Rasulullah SAW, dia berkata, "Maka apabila Rasulullah SAW duduk dalam dua raka'at (tahyat awal) beliau duduk di atas kaki kirinya dan bila duduk dalam raka'at yang akhir (tahyat akhir) beliau majukan kaki kirinya dan duduk di tempat kedudukannya (lantai)."

(Hadis diriwayatkan oleh Abu Dawud)



15. MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT


Ramai di kalangan kita berasa tidak bersalah apabila melintas di hadapan orang yang sedang solat. Ini termasuk kesalahan yang dianggap remeh oleh kebanyakan orang.


Padahal Rasulullah SAW menegaskan:

“Kalaulah orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu apa dosanya, pasti dia akan memilih (untuk tetap diam) selama 40…….daripada harus melintas di hadapannya. Abu Nadhar berkata: Aku tidak tahu apakah Rasulullah SAW mengatakan 40 hari, 40 bulan atau 40 tahun.”

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)


Atau setidak-tidaknya buatlah sutrah atau pembatas sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Jika salah seorang di antara kamu menancapkan di hadapannya sesuatu yang menyamai hujung pelana unta, maka solatlah dan jangan hiraukan orang yang lalu lalang di balik pembatas tersebut.”

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Tirmidzi)



16. SAF TIDAK LURUS DAN TIDAK RAPAT


Meluruskan dan merapatkan saf amat dititik-beratkan oleh Rasulullah SAW. Imam jemaah bukan sekadar memberitahu makmum supaya meluruskan dan merapatkan semata-mata, malah Rasulullah SAW melihat sendiri merapat dan meluruskan saf jemaah.


Adalah menjadi tanggungjawab Imam memerhatikan betul-betul samada saf sudah benar-benar lurus dan rapat.


Sebahagian sahabat berkata,

Adalah Nabi SAW apabila telah berdiri di tempatnya untuk solat, tidaklah terus beliau bertakbir, sebelum beliau melihat ke kanan dan ke kiri menyuruh makmum merapatkan bahu mereka seraya bersabda: janganlah kamu maju mundur (tidak lurus), yang menyebabkan maju mundurnya jiwa-jiwa kamu

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad)


Tahap merapatkan saf ialah dengan merapatkan antara bahu ke bahu makmum yang bersebelahan dengan kita dan juga merapatkan anak kaki para makmum. Hal ini, ramai di kalangan makmum tidak memberi perhatian yang sewajarnya.



17. TIDAK MENGGERAKKAN BIBIR / MULUT


Ada orang yang tidak menggerakkan bibir atau mulut ketika solat. Baik solat fardhu ataupun solat sunat. Mereka baca dalam hati. Perbuatan ini membatalkan solatnya. Para imam dari keempat-empat mazhab berpendapat bahawa menggerakkan bibir atau mulut dengan bacaan itu hukumnya wajib.


Dari Abdullah bin Sakhbarah Radhiyallahu 'anhu,


“Aku bertanya kepada Khabbab bin Arat, apakah Rasulullah SAW membaca (Al Qur’an dan surah lain) pada solat zhuhur dan asar?

Dia menjawab: “Ya”. Aku bertanya lagi, “Bagaimana kamu tahu?” Dia menjawab: “Dari gerakan janggutnya.”

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Baihaqi)


Seandainya membaca ayat berulang kali namun hanya di dalam hati sudah dianggap cukup di dalam solat - dan itu tidak akan pernah terjadi - Rasulullah SAW tidak akan menjawab pertanyaan orang yang minta diajari solat dengan

“Kemudian bacalah olehmu ayat Al-Qur`an yang kamu anggap mudah”

(Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud),


kerana yang dimaksudkan dengan membaca itu bukan hanya terlintas di dalam hati, akan tetapi yang dimaksudkan dengan membaca - baik dalam pengertian bahasa maupun syariat - adalah menggerakkan lidah seperti yang telah maklum adanya.


Seberapa keras bacaan di dalam solat diucapkan?


Batas minima suara yang perlahan adalah boleh didengar oleh dirinya sendiri jika pendengarannya normal.. Apa yang dia baca tidak dianggap cukup selama masih belum terdengar oleh dirinya sendiri, dengan syarat pendengarannya normal dan tidak diganggu


Para ulama’ mazhab Syafi`i berpendapat bahwa orang yang bisu bukan sejak lahir - mengalami kecelakaan di masa perkembangannya - wajib menggerakkan mulutnya ketika membaca lafaz takbir, ayat-ayat Al-Qur`an, bacaan-bacaan lainnya, tahyat dan sebagainya, kerana dengan melaksanakan demikian, dia dianggap melafazkan dan menggerakkan mulut, sebab perbuatan yang tidak mampu dikerjakan akan dimaafkan. Akan tetapi selagi masih mampu dikerjakan maka hendaklah dilakukan

(Fatwa al Ramli I/140 dan Hasyiyah Qulyubiy I/143)



18. SOLAT BERJEMAAH DUA ORANG: IMAM DI DEPAN


Bila solat berjemaah dua orang iaitu imam dengan makmum, posisi makmum pada kebiasaannya kita lihat makmum berdiri di sebelah kanan imam dan posisinya agak ke belakang sedikit dari imam. Keadaan ini ternyata salah dan bertentangan dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW.


Apabila imam solat berjemaah hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar atau sebaris dengannya), sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas radhiyallahu anhu bahawa beliau pernah solat berjemaah bersama Rasulullah SAW pada suatu malam dan berdiri di sebelah kirinya. Maka Rasulullah SAW memegang kepala Ibnu Abbas dari belakang lalu memindahkannya ke sebelah kanannya. (Hadis riwayat Imam Muslim, No. 763 dan Imam Bukhari, no. 183)


Di dalam kitab Subulus Salam (oleh al-Imam ash-Shan’ani),

Diriwayatkan bahawa Ibnu Juraij pernah bertanya kepada Atha' (seorang tabi'in),


“Seseorang yang menjadi makmum bagi seseorang yang lain, di manakah ia (makmum) harus berdiri?”

Jawab Atha’, Di tepinya”.


Ibnu Juraij bertanya lagi,

"Apakah si Makmum itu harus dekat dengan Imam sehingga ia satu saf dengannya, iaitu tidak ada jarak antara keduanya (makmum dan imam)?"


Jawab Atha’: “Ya!”


Ibnu Juraij bertanya lagi,

“Apakah si makmum tidak berdiri jauh sehingga tidak ada jarak antara mereka (makmum dan imam)?

jawab Atha’: “Ya”.



19. TIDAK FAHAM MAKNA BACAAN


Ramai di kalangan kita yang solat tetapi tidak memahami makna bacaannya, baik dari mula angkat takbir sehinggalah ke akhir solatnya iaitu salam.

Apabila kita memahami makna setiap bacaan dalam solat, lama-kelamaan kita akan dapat merasai betapa manisnya ibadah solat. Marilah kita mengadakan sedikit ‘kerja rumah’ dengan mempelajari makna-makna bacaan solat yang kita kerjakan setiap hari.

Sabda Rasulullah SAW:

“Tiada diperoleh seorang hamba dari solatnya kecuali apa ada dalam fikirannya pada saat melaksanakan solat.”

(Hadis riwayat Imam Abu Dawud dan Nasa’i).



20. TIDAK KHUSYUK KETIKA SOLAT


Sabda Rasulullah SAW:

“Yang pertama-tama diangkat dari umat ini ialah khusyuk sehingga tidak terlihat seorangpun yang khusyuk”.

(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Thabrani)



Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda; "

Adakalanya orang-orang solat, namun tidak diterima darinya setengahnya atau sepertiganya atau seperlimanya atau seperenamnya atau sepersepuluhnya. Sesungguhnya solat yang diperhitungkan bagi seseorang hanyalah sekadar yang dikerjakannya dengan sedar."

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sebaiknya kita kerjakan solat pada saat betul-betul sudah siap mental dan jiwa untuk meninggalkan segala urusan duniawi. Jika sudah disajikan makan, maka makanlah terlebih dahulu. Lebih baik makan sambil ingat solat, daripada solat sambil mengingat makan!

Ketika solat hendaklah disedari bahwa sesungguhnya kita sedang berhadapan dengan Allah, berbicara denganNya. Surah atau ayat-ayat yang kita baca, demikian juga do’a yang kita panjatkan adalah perkataan kita kepada-Nya.


Rasulullah SAW juga bersabda:


“Ramai orang yang melaksanakan solat, tetapi yang diperolehnya tiada lain hanyalah letih dan payah, kerana melaksanakan solat itu sendiri.”

(Hadis riwayat Imam An-Nasa’i).



21. BERWIRID ALA KADAR SESUDAH SOLAT


Ramai di kalangan kita tidak suka berwirid setelah selesai mengerjakan solat fardhu atau kalaupun berwirid, mereka mengerjakannya secara ala kadarnya sahaja.


Perhatikan firman Allah:

Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”

(Surah An Nisa ayat 103)


Di dalam hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Thauban, Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya selalu beristighfar.


Sabda Rasulullah SAW:

Mana-mana hamba Allah yang mengerjakan solat fardhu, lantas dia beristighfar sepuluh kali, tiadalah bangun dia daripada tempat duduknya sehingga Allah mengampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan dan sebesar bukit Tahamah sekalipun.”


Barangsiapa setiap selesai solat membaca Tasbih سُبْحَانَ اللهُ 33 kali, membaca tahmid الحمدُ لِاللهُِ 33 kali, takbir اللهُ أَكبرُ 33 kali hingga jumlahnya 99, lalu mencukupkan dengan Laila haillallahu wahu da hu laa syariikallah. Lahul mulku walahul hamdu yuh yii wayumitu wahua ala kulli syaiin qadir Maka diampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan sekalipun (Hadis riwayat Imam Ahmad)



PETUA KHUSYUK


Syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT.

Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya.


Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang.


Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.


Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik)seorang hamba terhadap Tuhannya.


Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa.


Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata,

"Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti


Firman Allah s.w.t yang bermaksud


“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya

[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].


Firman Allah lagi yang bermaksud :

"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya."

[Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan".


Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk,



Amalan untuk memiliki hati yang khusyuk



1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.


2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.


3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.


4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.


5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi(Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang kita.



6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.


7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.


8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.


9. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.


10. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.


11. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.


12. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.


Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apa saja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat



firman Allah yang bermaksud:


"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Tiada ulasan: