10.1.10

WUDUK YANG SEMPURNA





MENYEMPURNAKAN WUDHUK



FARDHU WUDHUK

Wudhuk memiliki beberapa fardhu dan rukun yang ditertibkan secara berurutan. Jika ada salah satu di antara fardhu tersebut yang tertinggal, maka wudhuknya tidak sah menurut syariat. Fardhu wudhuk tersebut adalah sebagai berikut:


1. Niat

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung pada niatnya”

(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Niat adalah kemahuan dan keinginan hati untuk berwudhuk. Juga pada apa yang disebutkan pada hadis, bahwa niat itu bermuara pada hati, sedangkan melafazkannya bukanlah merupakan sesuatu yang disyariatkan.


2. Membasuh Muka

Kewajiban membasuh wajah atau muka di dalam berwudhuk itu hanya sekali. Iaitu dari bahagian atas dahi sampai bahagian dagu yang bawah dan dari bagian satu telinga ke bahagian bawah telinga yang lain.

Sebagaimana difirmankan oleh Allah Azza wa Jalla:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian hendak mengerjakan solat maka basuhlah muka.”

(Surah Al-Maidah: ayat 6)

Air wudhuk itu harus mengalir pada wajah atau muka, kerana mengalir di sini bererti mengalirkan airnya ke serata wajah atau muka.


3. Membasuh kedua tangan sampai ke siku

Iaitu sampai ke siku dan yang diwajibkan hanya satu kali saja, sebagaimana firman Allah Ta’ala: “Kemudian tangan kalian sampai ke siku”

(Surah Al-Maidah : ayat 6)


4. Membasahi Kepala

Pengertian mengusap kepala adalah membasahi kepala dengan air.

Firmankan Allah Ta’ala :

“Dan usaplah kepala kalian

(Surah Al-Maidah: ayat 6).

Dari Ali bin Abi Thalib Radhyiallahu anhu diriwayatkan mengenai sifat wudhuk Nabi SAW, beliau mengatakan:

“Beliau mengusap kepalanya satu kali”

(Hadis riwayat Imam Abu Dawud, At-Tirmidzi dan An-Nasa’i dengan isnad sahih).

Bahkan Imam At-Termidzi mengatakan bahwa yang lebih rajih (benar) mengenai usapan kepala adalah sebanyak satu kali saja. Selanjutnya, ada tiga cara yang diperoleh dari Rasulullah SAW, iaitu:

Mengusap Seluruh Kepala

Berdasarkan pada riwayat: Dari Abdullah bin Zaid bin Ashim Radiallahuanhu, beliau berkata : “Rasulullah SAW mengusap kepalanya dengan kedua tangan, dari arah depan ke belakang dan dari arah belakang ke depan

(Hadis Muttafaq ‘Alaih)

Dalam lafaz yang lain menurut riwayat keduanya (Imam Bukhari dan Muslim),

“Beliau memulai dari bahagian depan kepalanya hingga menjalankan kedua tangannya ke tengkuknya kemudian mengembalikan ke tempat semula”

Jika rambut seorang wanita muslimah dikepang, maka tidaklah cukup hanya dengan mengusap kepangan rambutnya saja. Kerana yang menjadi hukum pokok dalam hal ini adalah mengusap kepala.


Diperbolehkan juga membasuh bahagian depan kepala

dari Anas bin Malik Radiyallahu anhu, di mana ia menceritakan :

Aku pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk sedang beliau memakai serban dari Qatar. Maka beliau menyelipkan tangannya dari bawah serban untuk menyapu kepala bahagian depan, tanpa melepas surban itu.

(Hadis riwayat Imam Abu Dawud)


5. Membasuh Kedua Kaki

Iaitu membasuh kaki hingga mencapai kedua mata kaki.

Firman Allah Azza wa Jalla:

“Basuhlah kedua kaki kalian sampai kedua mata kaki”

(Surah Al-Maidah : ayat 6)

Demikian itulah yang senantiasa dilakukan oleh Rasulullah SAW,

sebagaimana diriwayatkan oleh Umar Radhiyallahu anhu :

“Rasulullah SAW pernah tertinggal di belakang kami dalam suatu perjalanan. Pada saat itu kami mengetahui datangnya waktu ‘asyar. Kemudian kami berwudhuk dan membasuh kedua kaki kami. Sembari melihat ke arah kami, beliau berseru dengan suara keras mengatakan: “dua atau tiga kali!”

Celaka bagi tumit-tumit (yang tidak kena air) dari siksaan api neraka”.

(Hadis Muttafaq ‘Alaih)

Para sahabat Rasulullah SAW telah bersepakat untuk membasuh kedua tumit hingga mata kaki.


6. Tertib

Sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Maidah: ayat 6:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian hendak mengerjakan solat, maka basuhlah muka dan tangan kalian sampai ke siku. Kemudian sapulah kepala kalian serta basuhlah kaki kalian sampai kedua mata kaki”


SUNAT WUDHUK


Gosok gigi sebelum memulakan wudhuk.

Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah ra.: Dari Nabi saw., beliau bersabda:

“Seandainya aku tidak khuatir akan memberatkan orang-orang beriman (dalam hadis riwayat Zuhair, umatku), nescaya aku perintahkan mereka bersiwak (membasuh/memberus gigi) setiap kali sebelum solat”.

(Hadis riwayat Imam Muslim No.370)


Dari Aisyah radhiyallahu anha bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

"Menggosok gigi itu dapat membersihkan mulut dan mendapat keredhaan Allah Ta’ala.”

(Hadis riwayat Imam Baihaqi dan Nasa’i).




1. Membaca Bismillah di permulaan wudhuk


Membaca Bismillah pada permulaan wudhuk -

"Tidak sah (tidak sempurna) wudhuk bagi siapa yang tidak menyebutkan nama Allah padanya"

[Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah 399, At-Tirmidzi 25,26. Abu Dawud 101,

Menurut Syaikh Al-Albani : "Hadis ini sahih" Lihat Shahih Al-Jami'ish Shaghiir no. 7444.


Sebahagian ulama’ mengatakan hukumnya wajib membaca Bismillah di permulaan wudhuk. Manakala sebahagian ulama’ pula mengatakan hukumnya sunnah sahaja. Adalah disyorkan supaya kita mengambil jalan selamat iaitu membaca Bismillah di permulaan wudhuk.



2. Membasuh kedua tangan hingga ke pergelangannya.


Humran, bekas hamba sahaya Utsman, mengatakan bahwa ia melihat Utsman bin Affan minta dibawakan bejana (air). (Dan dalam satu riwayat darinya, ia berkata,

"Aku membawakan Utsman air untuk bersuci, sedang dia duduk di atas tempat duduk, lalu dia berwudhu dengan baik). Lalu ia menuangkan air pada kedua belah tangannya tiga kali, lalu ia membasuh kedua nya. Kemudian ia memasukkan tangan kanannya di bejana, lalu ia berkumur, menghirup air ke hidung [dan mengeluarkannya]. Kemudian membasuh wajahnya tiga kali, dan membasuh kedua tangannya sampai ke siku tiga kali, lalu mengusap kepalanya, lalu membasuh kedua kakinya sampai ke dua mata kakinya tiga kali.

Setelah itu ia berkata,

"Aku melihat Nabi saw. berwudhu di tempat ini dengan baik, kemudian] beliau bersabda, 'Barangsiapa yang berwudhuk seperti wudhukku ini, kemudian [datang ke masjid, lalu] solat dua rakaat, yang antara kedua solat itu ia tidak berbicara kepada dirinya [tentang sesuatu], [kemudian duduk,] maka diampunilah dosanya yang telah lampau.'"

(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)



3. Berkumur dan menghirup air ke hidung


Sebelum membasuh muka, disunnahkan berkumur-kumur (Madhmadhoh) dan Istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung lalu menghirupnya dan mengeluarkannya)

Berdasarkan hadis:"Ertinya : ...

Lalu Nabi membasuh kedua telapak tangan tiga kali kemudian berkumur-kumur dan istinsyaq (menghirup air ke hidung), lalu istintsaar (mengeluarkan air dari hidung) lalu membasuh muka tiga kali…"

(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)




4. Meratakan air ke seluruh kepala dan telinga sekaligus.


Hadis riwayat Imam Ahmad pula: “Bahawasanya Ibnu Abbas pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dan menyapu kepala dan telinganya dengan sekali sapu”.

 
 

5. Mendahulukan anggota kanan, kemudian anggota yang kiri.


“Adalah Rasulullah SAW menyukai dalam mendahulukan yang kanan ketika memakai sandalnya, menyisir, bersuci dan dalam semua urusannya”. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


6. Membaca doa selepas wudhuk


Do'a Selepas Mengangkat Wuduk


Maksudnya:

Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah , jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.



Telah Sabda Rasullullah SAW:


"Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin


maksudnya:

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.

(Hadis Riwayat Al-Tarmizi)





7. Berjimat Dalam Menggunakan Air


"Barangsiapa mencuci lebih (dari tiga kali) maka ia telah berbuat kesalahan dan kezaliman." (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Irwa')

Rasulullah Saw melihat Sa'ad yang sedang berwudhuk, lalu baginda berkata, "Pemborosan apa itu, hai Sa'ad?" Sa'ad bertanya, "Apakah dalam wudhuk ada pemborosan?" Rasulullah SAW menjawab, "Ya, meskipun kamu (berwudhu) di sungai yang mengalir." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Kesempurnaan wudhuk ialah dengan meratakan air ke anggota-anggota rukun wuduk sebagaimana yang disebutkan di atas. Rasulullah SAW pernah menegur sahabat yang tidak menyempurnakan wudhuk.


Tiada ulasan: