30.1.10

RUKUN SOLAT : DUDUK DAN MEMBACA TASYAHHUD AKHIR

Apa yang dimaksudkan duduk Tahiyyat/Tasyahhud akhir ?

Duduk Tahiyyat/Tasyahhud akhir bermakna duduk di hujung rakaat akhir solat.


Apa hukum duduk Tahiyyat/Tasyahhud Akhir?

Hukum duduk tahiyyat akhir adalah wajib dan merupakan rukun solat. Jika ditinggalkan batallah solat. Cara duduk ini dinamakan duduk tawaruk. Manakala duduk semasa membaca tahiyyah awal dan duduk antara dua sujud dinamakan duduk iftirasy.



Perbezaan duduk iftirasy dengan duduk tawaruk


Perbezaan antara dua jenis duduk tersebut berdalilkan hadis dari Abu Humaid r.a. yang menceritakan sifat solat Nabi s.a.w.;

“Apabila baginda duduk sesudah dua rakaat, baginda duduk di atas kakinya yang kiri dan menegakkan tapak kakinya yang kanan. Apabila baginda duduk pada rakaat yang akhir, baginda mengulurkan tapak kakinya yang kiri (ke bawah betis kanan) dan menegakkan tapak kakinya yang kanan dan baginda duduk di atas punggungnya” (Riwayat Imam Bukhari).


Duduk semasa membaca tasyahhud akhir ialah dengan meletakkan punggung di lantai. telapak kaki kiri menempel ke lantai, hujung kaki kiri dan kaki kanan berada pada satu sisi. Sehingga menjadikan kaki kiri berada di bawah paha dan punggung betis kaki kanan.

Juga dengan menegakkan telapak kaki kanannya tetapi kadang mendatarkannya.

Beliau SAW menahan tubuhnya pada lutut kirinya dengan telapak tangan kirinya.


Pandangan lain berkaitan cara duduk ini


Sebahagian ulamak yang lain (antaranya Imam Abu Hanifah) berpandangan;
cara duduk semasa Tahiyyat Akhir adalah sama seperti cara duduk semasa Tahiyyat Awal iaitu Iftiraysh.
Mereka berdalilkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan sifat solat Nabi s.a.w.; “…Nabi membaca tahiyyat setiap selesai dua rakaat. Baginda (duduk tahiyyat dengan) menghampar kakinya yang kiri dan menegakkan kakinya yang kanan…”
(Riwayat Imam Muslim).

Dalam hadis ini ‘Aisyah r.a. hanya menyebutkan satu jenis duduk sahaja bagi Tahiyyat/Tasyahhud iaitu duduk Itiraysh.


Ikut fatwa dari Imam Syafie
yang paling menepati sunnah iaitu duduk 'tawaruk'
(duduk tahyat akhir yang banyak orang kita buat di Malaysia ni).




Apakah yang dibaca semasa duduk Tahiyyat akhir ?

1. Bacaan Tahiyyat
2. Bacaan Selawat

Bacaan tahiyyat ialah;


التَّحِيَّاتُ المُبارَكاتُ الصَّلَواتُ الطَّيِّباتُ لِلَّهِ،
السَّلامُ عَلَيْكَ أيُّهَا النَّبيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ،

السَّلامُ عَلَيْنا وعلى عِبادِ اللّه الصَّالِحينَ،
أشْهَدُ أنْ لا إلهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَأشْهَدُ أنَّ مُحَمَّداً رَسُولُ اللَّهِ


Maksudnya : “Segala kerajaan/kekuasaan, limpahan barakah, selawat dan kalimah-kalimah yang baik adalah milik Allah. Selamat sejahtera ke atas engkau wahai Nabi serta rahmat Allah dan juga keberkatan-keberkatanNya. Selamat sejahtera juga ke atas kami serta ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Rasul Allah”.

(Riwayat Imam Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)


Bacaan Selawat pula ialah;

اللَّهم صلِّ عَلَى مُحمَّدٍ وعَلَى آلِ مُحمَّدٍ كما صلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وعَلَى آل إِبْرَاهِيْمَ
وباركْ عَلَى مُحمَّد وعَلَى آلِ مُحمَّدٍ كما باركتَ عَلَى إِبْرَاهِيْم وعَلَى آل إِبْرَاهِيْم في العالمينَ إنَّكَ حميدٌ مجيدٌ


Maksudnya : “Ya Allah, kurniakanlah selawat ke atas Muhammad dan ke atas ahli Muhammad sebagaimana kamu mengurniakan selawat ke atas Ibrahim dan ke atas ahli Ibrahim. Serta kurniakanlah barakah ke atas Muhammad dan ke atas ahli Muhammad sebagaimana engkau kurniakan barakah ke atas Ibrahim dan ahli Ibrahim dalam seluruh alam. Sesungguhnya Engkau maha terpuji lagi maha mulia”.
(Riwayat Imam Muslim dari Ibnu Mas’ud)


Bagaimana kedudukan jari-jari tangan kita semasa Tahiyyat/Tasyahhud itu?

Ketika duduk tahiyyat, kita meletakkan tangan kanan di atas paha kanan
dalam keadaan jari hujung (yakni kelingking), jari manis dan jari tengah digenggam, sementara jari telunjuk dilepaskan dan diangkat serta diisyaratkan (menghala ke arah kiblat)
ketika menyebutkan (إلا الله) sambil meniatkan di dalam hati tauhid dan ikhlas di mana ia terus diluruskan tanpa meletak atau menjatuhkannya sehingga salam. Ibu jari diletakkan pada jari tengah. Adapun tangan kiri, hendaklah diletakkan di atas paha kiri.



Cara kedudukan tangan di atas adalah berdalilkan hadis-hadis berikut;

Hadis Ibnu ‘Umar r.a. yang menceritakan;
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila duduk di dalam solat, baginda meletakkan tapak tangannya yang kanan di atas paha kanannya dan baginda menggenggam semua jarinya dan memberi isyarat dengan jarinya bersebelahan ibu jari (yakni jari telunjuk). Adapun tapak tangan kirinya, baginda letakkan di atas paha kirinya”
. (Riwayat Imam Muslim)


Diriwayatkan dari Abdullah bin az-Zubair r.a. yang menceritakan;
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila duduk berdoa (semasa tasyahhud) baginda meletakkan tangannya yang kanan di atas pahanya yang kanan dan tangannya yang kiri di atas pahanya yang kiri. Baginda melakukan isyarat dengan jari telunjuknya, sementara ibu jari baginda letakkan pada jari tengahnya. Adapun tangan kiri, maka baginda meratakannya di atas lutut kirinya”.
(Riwayat Imam Muslim)



Kewajiban Membaca Shalawat Nabi pada Tasyahhud Akhir

Nabi SAW pernah mendengar seseorang mengucapkan do’a dalam solatnya tetapi tanpa
mengucapkan pujian kepada Allah dan shalawat kepada Nabi SAW,
lalu Beliau SAW bersabda kepadanya, : “Orang ini tergesa-gesa”.
Kemudian Beliau SAW memanggil orang itu lalu bersabda
: kepadanya dan orang yang lainnya, “Bila seseorang solat, hendaklah ia memulainya dengan bacaan tahmid dan pujian kepada Allah ‘azza wa jalla. Kemudian mengucapkan shalawat Nabi lalu memanjatkan do’a yang diinginkannya.” (HR. Ahmad, Abu Daud dan Hakim).

Rasulullah SAW melihat seseorang sedang solat. Kemudian ia membaca hamdalah dan memuji
Allah lalu mengucapkan shalawat Nabi. Beliau SAW bersabda kepadanya ”Memohonlah niscaya
akan dikabulkan dan mintalah niscara akan diberi.” (HR. Nasa’i).


Bacaan doa selepas selesai membaca tahyiyyat/ tasyahhud akhir

Kewajiban Memohon Perlindungan dari 4 Macam Hal

Nabi SAW bersabda, ”Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah dari 4 perkaraiaitu :
" Allahumma innii a’uudzubika min ’adzaabi jahannam wamin ’adzaabil qobri,
wamin fitnatil mahyaa wal mamaat, wamin syarri fitnatil masiihid dajjaal "

Maksudnya : (Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari siksa neraka Jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dari fitnah Dajjal’. Selanjutnya hendaklah ia berdo’a memohon kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya”.
(HR. Muslim, Abu Uwanah, dan Nasa’i).

Menurut Abu Daud dan Ahmad, Nabi SAW biasa membaca do’a tersebut dalam tasyahhudnya.
Nabi SAW mengajarkan do’a tersebut kepada para sahabatnya seperti Beliau SAW mengajarkan
surah Al-Qur’an kepada mereka.

Tiada ulasan: