10.1.10

PERINCIAN SOLAT


Rukun solat ada 13 perkara. Pastikan melakukan kesemua rukun solat
dengan sempurna.
Sebelum menunaikan solat berwudhuk lah terlebih dahulu dengan sempurna tanpa membazir air. Jangan lupa baca do’a sesudah berwudhuk.





1. Niat
( Mengikut panduan Mazhab Imam Syafie )

Lafaz niat jangan dilafazkan. Rasulullah SAW tidak pernah melafazkan niat. Manakala Imam Shafi’e pula melarang hal yang sama. Sebelum angkat tabiratul ihram, Tenangkan diri sebelum takbiratul ihram.

Lafaz yang disebut oleh mulut itu tidaklah dipanggil sebagai niat. Niat solat berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratul-ihram iaitu tatkala ia mengata “ Allahu-Akbar”
Umpamanya, untuk solat Zuhur, maka seseorang itu akan bertakbiratul-ihram dan lalu hati nya berkata: “ Sahaja aku solat Fardhu Zuhur, empat rakaat, tunai, kerana Allah Taala.”

 Nota: tidak semua perkara dalam niat seperti contoh di atas adalah perkara yang dituntut dalam perbuatan niat.


Perkara yang dituntut dalam niat ada 3, iaitu

1. Qasad
( menyengsahajakan solah : Sahaja aku solat )

2. Ta’arrudh
( Menentukan jenis solat : Contoh Fardhu )

3. Ta’yin
( Menentukan waktu solat : Zuhur, sebagainya).

Oleh itu, niat “Sahaja aku solat Fardhu Zuhur” sudah mencukupi syarat sebagai niat.
Niat “Empat Rakaat”, “Tunai” atau “Kerana Allah Ta’ala” adalah tidak disyaratkan, bahkan hanya sunat hukumnya. Namun begitu adalah lebih baik untuk menghadirkan kesemuanya di dalam hati.

 Jika seseorang makmum tidak berniat menjadi makmum ketika takbiratul-ihram dalam sembahyang (selain daripada fardhu Jumaat), dia masih lagi dibolehkan berniat mengikut imam pada mana-mana rukun sembahyang, contohnya ketika rukuk.
Namun begitu, adalah makruh hukumnya jika seseorang itu berterusan dengan sengaja mengikuti imam dengan tanpa berniat menjadi makmum.

 Imam yang tidak berniat menjadi imam ketika takbiratul-ihram, atau ketika mana-mana rukun yang lain, tidaklah terbatal sembahyangnya ataupun sembahyang makmumnya.

 Bagi sembahyang Qasar (memendekkan solat fardhu yang empat rakaat menjadi dua rakaat), perkara-perkara yang manjadi tuntutan ketika takbiratul-ihram selain Qasad, Ta’arrudh dan Ta’yin ialah niat Qasar.
Maka bagi seseorang yang hendak solat Qasar perlulah berniat sekurang-kurangnya: “Sahaja aku sembahyang Fardhu Zuhur Qasar.”

 Bagi sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sembahyang sunat yang mempunyai sebab, maka wajiblah disertakan di dalam niat hanya dua perkara, iaitu Qasad (”Sahaja aku sembahyang”) dan Ta’yin (sunat Hari Raya Adha, sunat gerhana bulan, dan sebagainya).

 Dituntut juga dalam perkara niat ini ialah menentukan qabliyah (sebelum) dan ba’diyah (selepas) dalam sembahyang sunat Rawatib.
Ini tertentu kepada sembahyang sunat Zuhur, Maghrib dan Isya’ sahaja, seperti dinyatakan dalam niat: “Sahaja aku solat Sunat Zuhur qabliyah/ba’diyah” atau “Sahaja aku solat Sunat Sebelum/Selepas Zuhur.”

 Adapun sembahyang sunat Subuh dan Asar tidaklah disyaratkan niat qabliyah, kerana kedua-dua sembahyang tersebut hanya ada qabliyah sahaja dan tiada ba’diyah (iaitu tidak ada solat sunat Rawatib selepas Subuh dan Asar).

 Bagi sembahyang sunat mutlak pula wajib disertakan di dalam niat semasa takbiratul-ihram satu perkara sahaja iaitu Qasad.

 Umpamanya seseorang hanya perlu berniat: “Sahaja aku sembahyang”.



2. Berdiri bagi orang yang berkuasa.

Berdirilah dengan betul. Sekiranya seseorang itu berdiri tetapi condong ke hadapan, ke belakang, ke kanan atau ke kiri hingga tidak dapat dinamakan sebagai berdiri maka hukum solat itu tidak sah.
Sekiranya tidak mampu berdiri maka bolehlah dilakukan solat secara duduk, baring mengiring, menelentang atau secara mana yang termampu.
Untuk solat sunat dibolehkan sembahyang secara duduk, namun tidak digalakkan.


3. Takbiratul-Ihram


iaitu mengucapkan Allahu-Akbar untuk memulakan solat. Perkataan Allahu-Akbar itu tidak boleh ditukar dengan lafaz lain. Sebutan kalimah Allahu-Akbar itu diwajarkan agar tidak melebihi daripada empat belas harakat (tujuh alif), dan pergerakan tangannya tidak melebihi tiga kali pergerakan, kerana semua ini akan menjejaskan kesahihan dan kesempurnaan solat.

Nota: sebutan Allahu-Akbar yang teramat panjang ketika niat, dan pergerakan tangan yang berkali-kali, adalah disebabkan oleh was-was atau berterusan tidak kepastian sama ada apa yang dilakukanya itu telah sempurna atau belum.
Was-was adalah berpunca dari bisikan syaitan, dan seseorang yang ditimpa was-was ini perlulah banyak berzikir, sebaiknya zikir “Laa-Ilaha-Illallah.”

Angkat takbir. " الله أكبر"
Tapak tangan setentang dengan bahu atau anak telinga. Tapak tangan hendaklah mengadap arah kiblat. Jari jemari jangan terlalu rapat dan jangan pula terlalu direnggangkan.

Tangan hendaklah diletakkan di dada di atas pusat atau di perut tetapi jangan di bawah pusat. Tangan kanan hendaklah di atas tangan kiri.

Selepas tangan sudah diletakkan di dada, ambil nafas dulu (dapatkan ketenangan) sebelum membaca do’a iftitah.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan bacaan do’a iftitah di setiap solat baginda. Dapatkan ketenangan dahulu sebelum membaca do’a iftitah.
Bacalah do’a iftitah dengan tartil dan jangan membacanya dengan kelam kabut.

Sesudah membaca do’a iftitah, ambil nafas dulu (dapatkan ketenangan), sebelum membaca Fatihah.



4. Membaca al-Fatihah

Bacalah Fatihah dengan tartil (fahami maksud setiap ayat-ayat Fatihah).
Sesudah membaca Fatihah, ambil nafas dulu (dapatkan ketenangan), sebelum mula membaca surah pilihan. Bacalah dengan tartil dan cuba fahami setiap makna yang dibaca.
Ini akan membuat solat kita penuh dengan kekhusyukan apabila kita dapat memahami setiap makna bacaan solat kita.

Pada tiap-tiap rakaat dengan memelihara segala makhraj dan tajwid fatihah.
Mazhab Syafi’e mewajibkan rukun membaca surah al-Fatihah untuk makmum dalam solat berjemaah.


Makna surah Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



5. Rukuk ( + Tama'ninah )



 Sesudah selesai membaca surah pilihan, cuba tenangkan diri terlebih dahulu sebelum bergerak ke rukuk.
Angkat takbir : “ Allahu Akbar “ terus bergerak ke rukuk.
Dapatkan
ketenangan terlebih dahulu dengan mengambil nafas sebentar (sekadar bacaan Subhanallah),

 Sekurang-kurangnya rukuk ialah membongkokkan belakangnya sampai dua tangan di atas dua kepala lutut, disertai dengan tama’ninah iaitu berhenti sebentar sekadar lama bacaan Subhanallah, dan anggota-anggota berat kemudian berhenti.

pastikan kita benar-benar berada di posisi rukuk, barulah kita baca zikir rukuknya.
Bacalah sekurang-kurangnya 3 kali dengan tenang. Jangan baca secara kelam kabut. Ambil nafas dulu sebelum bangkit i’tidal.

 Makna Doa tasbih ketika rukuk ialah: “Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat kepujian-Nya.”



6. Iktidal ( + Tama'ninah )

 Ertinya berdiri tegak semula selepas rukuk, berserta tama’ninah. bangkit berdiri tegak.
Dan baca tasbihnya : .

Bacalah dengan tenang. Sertakan tumakninah ( berhenti sebentar ) ambil nafas dahulu, barulah bergerak ke rukun sujud. dapatkan ketenangan terlebih dahulu (ambil nafas).
Jangan langsung hendak menerkam sujud

Doa tasbih ketika iktidal ialah: “Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.”
Kemudian disambung pula dengan bacaan: “Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji.”



7. Sujud ( + Tama'ninah )

 Sujud ialah meletakkan dahi di atas tempat sujud, dan dahi itu mestilah tidak berlapik dengan sesuatu. Sekiranya terpaksa seperti dahi dibalut kerana luka dan sebagainya, maka tidaklah wajib dibuka.
Dahi yang berlapik dengan songkok dengan sengaja tanpa sebab adalah tidak sah solatnya.


Anggota sujud ada 7:

1. Dahi
2. Dua tapak tangan
3. Dua lutut
4. Dua perut jari kaki

Sujudlah dengan benar, dahi dan hidung wajib menyentuh sejadah (tempat sujud), keadaan kaki dirapatkan dan jari-jemari kaki mengadap kiblat. Kedudukan tangan setentang dengan bahu atau anak telinga.

Siku hendaklah diangkat dan jauhkan dari perut, jangan menempel di perut.
Pastikan terlebih dahulu posisi sujud kita benar, dan ketenangan sujud sudah kita perolehi, barulah kita baca zikir sujudnya sekurang-kurangnya 3 kali.
Jangan baca secara gopoh- gapah. Fahami makna bacaan sujudnya.
Bangkit untuk duduk antara dua sujud.


Tenang dulu. Jangan langsung baca zikirnya. Ambil nafasnya terlebih dahulu.
Pastikan cara duduk antara dua sujud, benar-benar berada di posisi yang tepat. Punggung duduk di atas kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan. Manakala jari-jemari kaki kanan mengadap ke arah kiblat.
Barulah kita baca zikirnya dengan tartil sekurang- kurangnya 3 kali sambil menyelami makna zikirnya. Ambil nafas terlebih dahulu sebelum bergerak ke sujud selanjutnya.

Makna Doa ketika sujud ialah:
“Maha suci Allah yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya”.

Sujudlah dengan betul, dahi dan hidung wajib menyentuh sejadah (tempat sujud), keadaan kaki dirapatkan dan jari-jemari kaki mengadap kiblat. Kedudukan tangan setentang dengan bahu atau anak telinga. Siku hendaklah diangkat dan dijauhkan dari perut, jangan menempel di perut. Pastikan terlebih dahulu posisi sujud kita benar, dan ketenangan sujud sudah kita perolehi, barulah kita baca zikir sujudnya sekurang-kurangnya 3 kali. Jangan kelam kabut. Fahami makna bacaan sujudnya. Di waktu sujud ini, hendaklah kita banyak berdo’a, kerana do’a kita di waktu sujud didengar dan dikabulkan oleh Allah Ta’ala. Kalau kita tahu betapa mustajabnya do’a di waktu sujud, pasti kita tidak akan meninggalkannya di setiap kesempatan sujud.



8. Duduk di antara dua sujud berserta tama’ninah.

Mengangkat kepala dan badan untuk duduk di antara dua sujud ini mestilah mengandungi tujuan. Oleh itu, sekiranya seseorang itu mengangkat dari sujud kerana tujuan lain, umpamanya mengelakkan daripada binatang, maka hendaklah ia kembali sujud semula. Duduk antara dua sujud merupakan rukun pendek maka tidak wajar dilama lama kan.
Makna Doa tasbih ketika sujud ialah:
“Ya Allah ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikanlah aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.”

Cara duduk antara dua sujud yang disebut juga cara duduk iftirasy ialah
dengan duduk dengan meletakkan punggung pada kaki kiri dan kaki
kanan ditegakkan Cara duduk rukun tahyat awal sama sebagaimana duduk antara dua sujud.


Duduk isterehat sebelum ke rakaat seterusnya

Sebelum bangkit ke rakaat berikutnya, hendaklah kita tidak terus bangkit. Kita dikehendaki duduk istirehat sebentar (sekadar beberapa saat) sebelum bangkit. Cara duduk isterehat sama peperti duduk antara dua sujud



9. Membaca Tahiyyat/Tasyahud akhir.

Membaca tahiyyat akhir juga hendaklah dipelihara segala bacaan di dalamnya.
Makna Bacaan tahiyyat akhir adalah seperti berikut:

“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga baginda yang mulia, sebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim.
Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga Muhammad seperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim.
Sesungguhnya Engkau yang amat terpuji lagi amat mulia.”

 Nota: tiada ungkapan “sayyidina” di dalam bacaan tasyahud .
Bacalah bacaan tahyat dengan tartil.



10. Duduk ketika membaca tahiyyat akhir.

Cara duduk ketika membaca tahiyyat akhir ialah dengan Kaki kiri dilunjurkan di bawah kaki kanan. Punggung duduk di lantai, kaki kanan tetap ditegakkan dengan jari-jemarinya di arahkan ke kiblat. Tangan kiri di atas peha kiri dan tangan kanan dikepalkan di atas peha kanan dengan jari telunjuk di arah ke kiblat



11. Membaca Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

12. Mengucapkan Salam pertama

13. Tertib. Solat yang tertinggal ketertiban rukun-rukunnya dikira tidak sah.


Tiada ulasan: