13.1.10

SIHIR DARI PANDANGAN AGAMA ISLAM

Firman Allah s.w.t. :

“Dan Kami turunkan dari Al Qur’an suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (QS. Al Israa’:82)

Ulama mengatakan bahawa maksud 'syifa' (penawar) di sini ialah syifa' maknawi (obat spiritual) seperti keraguan, unsur syirik, kefasikan dan kejahatan. Ada juga mengatakan syifa' maknawi sekaligus sebagai syifa' hissi (ubat fisik).

Dalam hadis yang diriwayatkan dari A'isyah r.ha. bahawa Rasulullah s.a.w. masuk kepadanya ketika ada seorang wanita yang sedang dirawat dan dibacakan ruqyah, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:" Obatilah dengan kitab Allah.'

Dari hadis di atas dapat diperhatikan Rasulullah s.a.w. menyebutkan secara umum dan baginda tidak menyebutkan ayat-ayat tertentu atau surah-surah tertentu. Dengan itu jelas sekali bahawa al-Quran seluruhnya adalah syifa' (penawar/ubat).

Pengertian Ruqyah:

Ruqyah biasa dikenali sebagai jampi-jampi atau mantera. Ruqyah secara syar'i (Ruqyah Syar'iyah) adalah jampi-jampi yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya dengan HANYA menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.

Jenis-jenis Sihir:

1.Sihir Pemisah
Takrif: Sihir pemisah ialah sihir yang digunakan untuk memisahkan pasangan suami-isteri atau untuk menimbukan kebencian dan permusuhan antara dua sahabat atau antara dua rakan kongsi.

Jenis-jenis Sihir Pemisah:

*Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ibunya.
*Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ayahnya.
*Memutuskan hubungan antara seseorang dengan saudaranya.
*Memutuskan hubungan antara seseorang dengan kawannya.
*Memutuskan hubungan antara seseorang dengan rakan kongsinya dalam perniagaan
*Memisahkan hubungan antara seorang suami dengan isterinya. Inilah jenis yang paling bahaya dan paling banyak berlaku di dalam masyarakat.


Tanda-tanda Sihir Pemisahan:

*Perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci.
*Berlaku keraguan antara suami-isteri.
*Enggan meminta maaf.
*Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebabnya amat kecil.
*Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya. sehingga seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh, walalupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan.
*Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakkan oleh isterinya atau suaminya.
*Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah, misalnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci.


Al-Hafiz Ibnu Kathir menjelaskan:

Sebab perceraian antara suami isteri akibat sihir ialah bayangan suami atau isteri terhadap pasangannya dalam rupa atau perilaku yang buruk atau sebab-sebab lainnya yang boleh menimbulkan perceraian.


2.Memperdaya Pandangan (Hipnotis)
Tanda-tanda sihir hipnotis:
*Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
*Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
*Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s.

Melawan sihir hipnotis:
*Azan
*Membaca ayat al-Kursi
*Zikir-zikir yang disyariatkan tentang mengusir syaitan.
*Membaca isti'azah dan basmalah.

Baca dalam keadaan berwudhu'. Sekiranya setelah dilakukan seperti yang di atas, sihir tersebut tidak hilang maka bermakna dia tukang silap mata yang bersandar pada kecekapan tangan, bukan tukang sihir.

3. Sihir Membuat Orang Jadi Gila
Tanda-tanda sihir gila:
*Jadi bingung/bodoh dan pelupa.
*Cakap merapu
*Mata layu
*Tidak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah dan bergerak kesana-sini. Tidak boleh diam setempat.
*Tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu.
*Pakaian selekeh. Tidak pedulikan penampilan diri.
*Berjalan tidak tentu arah. tiada tujuan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi.

4. Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya
Tanda-tandanya:
*Suka berseorangan.
*Mentup diri sepenuhnya.
*Diam berterusan.
*Tidak suka bertemu orang.
*Fikiran melayang.
*Selalu pening.
*Lesu dan tidak bermaya

5. Sihir Mendengar Panggilan
Tanda-tandanya:
*Selalu mengalami mimpi ngeri.
*Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orannya.
*Selalu was-was.
*Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.
*Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.
*Mimpi melihat haiwan mengejarnya.

6. Sihir Membuat Penyakit
Tanda-tandanya:
*Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
*Saraf tersumbat.
*Lumpuh salah satu anggota tubuh
*Lumpuh menyeluruh.
*Tidak berfungsi salah satu pancaindera.

Perhatian: Sebahagian tanda ini sama dengan tanda-tanda penyakit medik tetapi ianya dapat dibezakan dengan membacakan ruqyah kepada pesakit. Pesakit ini selalunya disahkan tiada penyakit oleh doktor perubatan walaupun beliau mengadu sakit. Pesakit akan merasa pening, gementar atau berlaku perubahan pada tubuhnya waktu dibacakan ruqyah, maka penyakit itu adalah akibat dari gangguan atau sihir.

7. Sihir Pendarahan
Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya. Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah".

Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah.


Fakta Penting Tentang Sihir:
*Kemungkinan ada kesamaan antara tanda-tanda sihir dan tanda-tanda kerasukan/kesurupan.
*Rasa sakit terus menerus di perut orang yang disihir petanda sihir tersebut berupa makanan atau minuman.

Syarat2 rawatan secara Islam
i. Istiqamah orang yang merawat melaksanakan perintah Allah.
ii. Keyakinan pesakit akan kemujaraban rawatan al-quran.

*Hampir semua jenis sihir memiliki tanda ini:
"Merasa sesak di dada terutama pada waktu malam."

*Anda dapat mengetahui tempat sihir dengan 2 perkara:

*Pemberitahuan jin yang diberi tugas melakukan sihir itu, tetapi jangan terus percaya sebelum anda mencari sihir di tempat yang disebutkan. Sekiranya anda jumpa bermakna dia jujur tetapi jika tidak maka ketahuilah bahawa jin suka berbohong.

*Pesakit atau perawat solat 2 rakaat dengan sungguh-sungguh, ikhlas, tenang dan khuyuk pada sepertiga malam lalu berdoa kepada Allah supaya Allah berkenan menunjukkan tempat sihir. Setelah itu mungkin dapat mimpi melihatnya atau datang perasaan tertentu kepada perawat atau pesakit. Mungkin juga akan rasa keyakinan yang kuat tentang tempat sihir tersebut.

*Anda boleh membaca ruqyah di minyak habbatus sauda' dan gosokkan minyak tersebut setiap hari pagi dan petang di tempat yang sakit.


CATATAN DIATAS HANYALAH SATU PANDANGAN

WALLAHUALAM

Tiada ulasan: