19.1.10

Musibah - Bagaimana Untuk Mengurangkannya ::


Menurut Ibn Qayyim dalam kitab Zad al-M’ad, musibah yang berlaku boleh diringankan dengan cara-cara di bawah:

1) Mengikut petunjuk ALLAH dan mengikhlaskan ibadah kepada-NYA.

2) Mencari ilmu yang syar’i. Hendaklah berdamping dengan program-program ilmu

3) Bertaubat daripada dosa-dosa, mempersembahkan diri dengan sebenar-benarnya kepada ALLAH.

4) Mengamalkan zikir secara berterusan dalam semua kondisi kerana zikir ini mempunyai kesan yang sangat menakjubkan, menghilangkan kedukaan dan perasaan bimbang.

5) Berbuat baik kepada semua makhluk kerana berbuat baik menyebabkan dada kita lapang.

6) Melakukan mujahadah untuk mengikis sifat-sifat negatif.

Tiada ulasan: