Dari Abu Hamid As-Saidi r.a. katanya ” Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila berdiri untuk mengerjakan sembahyang, Baginda menghadap kiblat, serta ia mengangkat kedua tangannya sambil berkata “Allahuakbar” (Riwayat Ibnu Majah)
Hukum Mengangkat tangan semasa takbir
Hukumnya adalah sunat. Ada 3 cara mengangkat tangan dan bertakbir:-
Takbir dahulu baru angkat tangan (membesarkan Allah terlebih dahulu, kemudian menafikan tuhan selain Allah) Pergerakan tangan dahulu baru lafaz takbir. (konsep “Lailaha illallah” iaitu menafikan dahulu tuhan selain Allah kemudian barulah membesarkan Allah) Serentak lafaz takbir dan pergerakan tangan (Ulama tahkik berpendapat ini cara yang terbaik kerana ini menafikan tuhan selain Allah dan membesarkan Allah pada masa yang sama)
Kenapa angkat tangan masa takbir?
Dalam budaya orang Arab, mereka mengangkat tangan bila menafikan sesuatu. Orang Melayu pula menggeleng kepala. Dalam sembahyang kita mengangkat tangan semasa takbir bagi menafikan tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah.
Berapa kali angkat tangan semasa takbir?
Diakhir hayat nabi cuma angkat tangan ketika takbiratulihram sahaja. Takbir yang lain (perpindahan contohnya rukuk) nabi tidak angkat tangan. Tetapi kalau hendak mengangkat tangan juga dalam takbir yang lain biarlah sampai pada paras bahu atau cuping telinga (sama seperti semasa takbiratulihram)
Takbiratulihram (melafazkan Allahuakbar)
Takbir pertama yang mengharamkan benda yang boleh dibuat diluar solat seperti makan, minum, dsbnya. Keluar dari larangan ini dengan memberi salam. Makruh melambatkan takbiratulihram. Selepas qamat hendaklah terus takbir.
Dari Ali r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda
” Anak kunci sembahyang ialah wuduk(kebersihan dari hadas dan benda najis), dan yang mengharamkan perkara-perkara yang membatalkannya ialah Takbiratulihram, dan (sebaliknya) yang menghalalkan semula (perkara yang terlarang) di dalamnya ialah salam. (Riwayat Abu Daud)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan