30.1.10

SOLAT : Menggerakkan jari telunjuk ketika tasyahud


Menggerak-gerakkan jari telunjuk



Menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud sudah menjadi sunnah matrukah (sunnah
yang ditinggalkan). Sedangkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengamalkannya:


“Nabi menggerak-gerakkan jari telunjuknya sambil membaca doa”. (Hadith Abu Daud, Nasaii, Ibnu Jarud dalam Al-Muntaqa (208), Ibnu Khuzaimah (1/86/1-2), Ibnu Hibban dalam Sahihnya (485)

Hadis menggerak-gerakkan telunjuk ini mempunyai syahid pada rawi Ibnu Adi (287/1).
(Rujuk: Sifat Solat Nabi. Hlm. 196. al-Albani)


Menurut Nasruddin al-Albani: “Mengikut sunnah telah menunjukkan bahawa menggerak-gerakkan jari telunjuk berlangsung sampai dengan salam. Inilah pendapat Imam Malik dan lain-lain”.


Beliau menjelaskan lagi: “Menggerak-gerakkan jari telunjuk dalam tasyahhud merupakan perbuatan yang sah dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam”.


Dilakukan oleh Imam Ahmad dan Imam-imam ahli hadis lainnya. Oleh kerana itu, hendaklah
takut kepada Allah orang yang beranggapan bahawa perbuatan ini sia-sia, tidak patut
dilakukan dalam solat. Kerana anggapan itu mereka tidak mahu menggerakkan telunjuknya
dalam solat, padahal mereka tahu riwayatnya sah. Mereka mencari-cari alasan untuk
mentakwilnya dengan menyalahi ketentuan bahasa Arab dan pengertian yang difahami oleh
para imam.


Hal yang aneh sebahagian dari mereka biasanya membela pendirian imamnya dalam masalah
yang lain sekalipun pendapat imam tersebut bertentangan dengan sunah Nabi. Alasannya
ialah menyalahkan imam sama ertinya dengan mencela dan tidak menghormatinya.


Akan tetapi, mereka kemudian melupakan masalah ini dan mereka menolak hadis yang sudah sahih serta mencela orang-orang yang melaksanakan perbuatan ini. Padahal dia tahu bahawa
mencela perbuatan tersebut bererti pula mencela para imam mereka yang biasanya mereka
bela mati-matian walaupun membelanya batil. Padahal para imam tersebut perbuatannya
sejalan dengan sunnah, bahkan celaan yang mereka lakukan itu mengenai Nabi sallallahu
‘alaihi wa-sallam. Kerana Nabilah yang mengajarkan hal itu kepada kita.


Oleh kerana itu, mencela perbuatan menggerak-gerakkan jari telunjuk sama halnya dengan
mencela Nabi sallallahu ‘alaihui wa-sallam.


Adapun mengacukan telunjuk sebentar, lalu berhenti atau mengacukannya pada waktu
tertentu sahaja, semuanya itu tidak mempunyai dasar dari hadis, bahkan menyalahi hadis
sahih.


Beliau menjelaskan bahawa hadis yang menyatakan: “Nabi tidak menggerakkan jari telunjuknya”. Sanad hadis tidak sah. Jika hadis ini sah, isinya menyangkal (membatalkan) adanya mengacukan telunjuk. Dalam kaedah “Ditetapkan” maka menetapkan didahulukan dari
menyangkal, seperti yang dikenal oleh para ahli fikh, maka hujjah untuk menyangkal
menggerak-gerakkan jari telunjuk tidak dapat dijadikan hujjah”. (Rujuk: Sifat Solat Nabi. Hlm.
197. Nota kaki. Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)


PANDANGAN JUMHUR ULAMAK :
memberi isyarat jari tanpa digerak2kannya lebih kuat dan lebih ramai yang meriwayatkan


Kedua dua cara pergerakan jari telunjuk semasa membaca tasyahud akhir adalah sunat dan bukan bidaah. Cuma perselisihan dikalangan ulamak hanyalah perihal yang mana lebih afdal sahaja.

Pandangan jumhur ulamak ialah sunat memberi isyarat dengan jari telunjuk ketika mengucap kalimah syahadah dan tidak menggerak-kannya kerana hadith yang menyatakan Nabi saw memberi isyarat jari saja tanpa digerak2kannya lebih kuat dan lebih ramai yang meriwayatkan



Tiada ulasan: