10.1.10

kEPENTINGAN SOLAT


Sembahyang atau dikenali juga dengan perkataan “Solat”, adalah kewajipan kita yang mengaku diri sebagai orang Islam. Solat merupakan tiang agama dan merupakan suatu tanggungjawab yang menentukan apakah seseorang itu Islam atau kafir.

Jadi, orang yang meninggalkan solat, ia adalah kafir, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

"Pemisah di antara kita dan mereka (orang kafir) adalah solat. Barangsiapa meninggalkan solat maka sesungguhnya dia telah kafir."

(Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasai dan Ibnu Majah).


Rasulullah SAW, sebelum wafat, meninggalkan wasiat:

“Jagalah solat. Jagalah solat. Jagalah solat…………….”

Sayangnya kita umat Islam hari ini, tidak “menjaga solat” sebagaimana yang diwasiatkan oleh Rasulullah SAW. Kita mengerjakan solat, tetapi jiwa kita tidak pernah “menyentuh” makna solat dengan sebenar-benarnya. Kita tidak “bertemu” dengan Allah. Kita tidak “bercakap-cakap” dengan Allah.


Sabda Rasulullah SAW:

" Ketika melaksanakan solat, seorang hamba bercakap mesra dan akrab dengan Allah" . (Hadis riwayat Imam Bukhari & Muslim).


Rasulullah SAW tahu bahawa di suatu ketika nanti, umatnya akan mensia-siakan solat, umatnya tidak lagi ‘menjaga solat’. Dan ini boleh diperhatikan melalui sabda baginda SAW:

“Akan datang satu masa atas manusia, di mana mereka mengerjakan solat, yang sebenarnya mereka tidak mengerjakan solat!” (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Kata ulama’ besar Imam Ahmad lagi,

“Saya sangat khuatir bahawa zaman yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana hadis ini adalah zaman kita sekarang ini”


Bayangkan zaman tersebut adalah di zaman Imam Ahmad iaitu di tahun 164H hingga 241H. Sekiranya engkau solat di dalam 100 buah masjid, engkau tidak akan melihat satu masjidpun di mana manusia mengerjakan solat dengan betul sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.


Ketahuilah olehmu, sekiranya ada seorang yang benar tatacara solatnya, lalu dia melihat orang lain yang salah dan mensia-siakan solatnya, lantas dia diam, tidak menegurnya atau memperbaiki akan kesalahan orang itu atau tidak menasihatinya, maka dia bersama-sama menanggung dosanya. Jadi orang yang betul tatacara solatnya tadi, samalah dengan orang yang melakukan kesalahan bila dia tidak menegur dan menasihati orang yang salah tadi,” kata Imam Ahmad.


Sabda Rasulullah SAW:

"Ikatan Islam akan terlepas satu persatu. Dan setiap kali terlepas satu ikatan, maka manusia akan bergantung dengan ikatan berikutnya. Yang pertama akan terlepas ialah hukum-hukum Allah dan yang terakhir adalah solat".

(Hadis riwayat Imam Ahmad, Ibnu Hibban dan Hakim)


Dalam Al-Qur’an, jelas diterangkan kepada kita melalui firman Allah SWT yang bermaksud: Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsu, maka kelak mereka akan menemui kesesatan?”

(Surah Maryam: Ayat 59)


Adakah solat kita bertepatan dengan cara solat yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW. Ini kerana solat yang dilakukan tanpa berpandukan tatacara solat yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW, pastinya solat itu akan membawa kepada kecelakaan terhadap diri sendiri. Solat yang dilakukan itu semakin menjauhkan kita dari Allah.


Firman Allah:

Maka celakalah bagi orang-orang yang solat (iaitu) orang-orang yang lalai

daripada solatnya.”

(Surah Al-Ma’un ayat 4–5)


Mengapakah demikian?

Jawapannya sudah pastilah kerana solat yang dilakukan tidak mengikuti apa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW, baik dari mula takbirnya, qiyamnya, rukuknya, i’tidalnya, sujudnya, khusyuknya dan segala perkara yang bersangkutan dengan solat itu sendiri.


Sabda Rasulullah SAW:

Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Ahmad)


Dari Hudzaifah Radhiyallahu 'anhu, bahawa dia melihat seorang lelaki solat yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya. Setelah lelaki itu selesai solat,

Hudzaifah Radhiyallahu 'anhu, berkata kepadanya:

“Sebetulnya engkau tidak solat. Kalau engkau mati

(dengan mengerjakan solat yang sedemikian rupa),

maka engkau mati bukan di dalam agama Muhammad SAW.”

(Hadis riwayat Imam Bukhari)


Dari Abdullah Ibn Qurath Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda:

“Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang lain.”

(Hadis riwayat Imam Thabrani)


Hadis yang mengataakan

“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”. Macam mana kita hendak melihat cara Rasulullah SAW solat? Caranya ialah dengan berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW yang sememangnya wajib kita ambil tahu.


Janganlah kita termasuk dalam golongan yang disabdakan Rasulullah :

“Sebetulnya engkau tidak solat. Kalau engkau mati (dengan mengerjakan solat yang sedemikian rupa), maka engkau mati bukan di dalam agama Muhammad SAW.”


Sebagaimana yang dimaksudkan dengan hadis yang kedua,

golongan ini memang ramai di kalangan kita.

Solat tanpa memerhatikan “thuma’ninah”. Solat hendak cepat selesai.


Maka dengan itu, buruklah segala amalan kita.

Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang lain.”

Ini kerana kita mengerjakan solat tanpa adanya ilmu yang sewajarnya.




Firman Allah Subhanahu wa Taala (SWT)

“Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsu, maka kelak mereka akan menemui kesesatan”
(Surah Maryam: Ayat 59)



Sabda Rasulullah Salallahu ‘Alaihiwassallam (SAW)

“Akan datang satu masa atas manusia, di mana mereka mengerjakan solat, yang sebenarnya mereka tidak mengerjakan solat” (Hadis riwayat Imam Ahmad)



Sabda Rasulullah Salallahu ‘Alaihiwassallam (SAW)

“Dan sesungguhnya Bani Israil telah berpecah menjadi 72 golongan dan umatku akan terpecah menjadi 73 golongan. Semua mereka akan masuk neraka kecuali satu golongan yang selamat. Para sahabat bertanya: “Siapakah mereka yang selamat itu ya Rasulullah?” Rasulullah SAW menjawab: iaitu golongan yang mengikuti aku, ada padanya hari ini dan yang mengikuti para sahabatku.”

Hadis ini diriwayatkan secara lengkap oleh Imam Tirmidzi, diterangkan pula oleh Imam Hakim dalam juz yang pertama, Ibnu Wadhoh, Imam Al-Azurri dalam kitabnya As Syari’ah, Ibnu Nasr Al-Marwaji dalam kitabnya As Sunnah Al Laalikai, Abdul Qahir Al Baghdadi dalam kitabnya Al Faruq bainal Firaq. Hadis ini dikatakan oleh Imam Tirmidzi sebagai hassan gharib.


Sabda Rasulullah Salallahu ‘Alaihiwassallam (SAW)

“Aku wasiatkan padamu agar engkau bertaqwa kepada Allah, patuh dan ta’at, sekalipun yang memerintahmu seorang budak Habsyi. Sebab barangsiapa hidup (lama) di antara kamu, tentu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Kerana itu, berpegang teguhlah pada sunnahku dan sunnah khulafa’ ur Rasyidin yang (mereka itu) mendapat petunjuk. Pegang teguhlah ia sekuat-kuatnya. Dan hati-hatilah terhadap setiap perkara yang diada-adakan, kerana semua perkara yang diada-adakan itu adalah bid’ah. Setiap bid’ah adalah sesat (dan setiap yang sesat itu adalah tempatnya di dalam neraka).”
Hadis riwayat Imam An Nasa’i dan Imam Tirmidzi).
Ia berkata hadis ini hasan sahih.




Tiada ulasan: