30.1.10

kAEDAH TURUN SUJUD dalam solat , TANGAN ATAU LUTUT DAHULU?

Persoalan yang merujuk kepada hadith dan cara 'duduk' unta semasa melakukan perbuatan ketika hendak sujud merupakan satu perkara di diperselisihkan oleh ulama'-ulama'. Hadith yang rujuk tadi tarafnya sahih dikalangan beberapa ulama' hadith dan ia juga digunakan oleh beberapa ulama bagi menjustifikasikan kaedah bagaimana hendak turun melakukan sujud. Sebelum kita melihat penerangan mereka yang berpegang kepada hadith, rasanya eloklah kita lihat hadith dan perbuatan sujud yang dipegang oleh kebanyakkan ulama.


Menurut mazhab Hanafi, Syafie dan satu pandangan yang diriwayatkan dari Ahmad, seseorang yang ingin sujud hendaklah menurunkan lututnya dahulu, kemudian barulah tangannya.

Al-Tirmudzi menganggap walaupun ini adalah amalan kebanyakkan ulama, sebagaimana yang beliau ucapkan didalam Sunannya (2/57) "[Ini adalah] amalan kebanyakkan ulama' " mereka merasakan bahawa seseorang itu harus turun dengan lututnya sebelum meletakkan tangannya dibahawa, dan bila ia bangun ia harus mengangkat tangannya dahulu sebelum lututnya.

Mereka menggunakana hadith Waa'il ibn Hajar yang berkata :
"Aku melihat Nabi saw apabila beliau sujud, dia meletakkan lututnya sebelum tangan, dan bila beliau naik, beliau akan mengangkat tangannya sebelum lutut" (Riwayat Abu Daud, Al-Tirmudzi, Al-Nasaai', Ibn Majah (1/345). Tirmudzi berkata bahawa hanya seorang yang meriwayatkannya ialah Yazid ibnm Harun dari Shurayk. Tiada siapa yang meriwayatkan dari 'Aasim ib Kulab melainkan Shurayk, dan Shurayk bukanlah kuat. Dan berkata Al-Baihaqi didalam Al-Sunan (2/10): Isnad ini dhai'f (lemah). Albani mengkelaskan hadith ini sebagai dhai'f didalam al-Mishkaat (898), al-Irwa' (2/75).

Lain-lain ulama mengkelaskan hadith ini sebagai Sahih, seperti Ibn al-Qayyim (Zaad al-Ma'aad). Mereka yang mendokong bahawa harus turun sujud menggunakan lutut dahulu ialah Sheikh Al-Islam Ibn Taimiyah, Ibn Al-Qayyim, dan juga beberapa ulama zaman ini seperti Sheikh Abdul Aziz bin Baaz, Sheikh Muhammad ibnu Saalih Al-Uthsaimin dan Al-Jibrin.


Kata bin Baaz didalam Majmu' fatwa:

"Yang terbaik : Dua lutut dahulu, kemudian kedua-dua tangan dan kemudiannya muka, dari hadith Waa'il dan apa yang datang dengan maknanya"[4/234][1].

Malik, al-Awzaai dan ulama' hadith yang lain yang berpandangan sujud harus dahulukan tangan berdasarkan oleh hadith Abu Hurairah yang berkata:

"Rasulullah :saw bersabda : 'Apabila seseorang itu sujud, janganlah turun kamu seperti unta, dan letakkanlah tangan sebelum lutut' (Riwayat Ahmad (2/381), Abu Daud, Al-Tirmudzi dan Al-Nasaai'. Al-Nawawi didalam Kitab Al-Maj'mu' (3/241) berkata bahawa Isnaadnya Sahih dan Al-Nassai mengatakan Jayyid Isnaad (Isnad yang baik). Al-Albani didalam al-Irwa' (2/78) telah mengkelaskan hadith ini sebagai Sahih.

Jelas Al-Albani didalam nota kaki didalam buku Sifat Solaat Nabi (ms 141) bahawa :

"Ketahuilah bahawa unta berbeza [dari perbuatan turun seorang yg bersolat] dari meletakkan kedua tangan sebelum lutut! Unta meletakkan lututnya [dahulu], dan kedua-dua tangannya. Sebagaimana didalam buku "Lisanu Al-Arab" dan kitab-kitab bahasa yang lain."[2]

Maka cara turun untuk sujud menurut Al-Albani [Sifat Solat Nabi, 140] dan didalam Talkhis Sifat Solat Nabi ialah :

" kemudian ia harus turun bawah sujud dengan tangannya, meletakkan ia kebawah sebelum lutut. Ini adalah sebagaimana perintah Rasulullah saw dan thabit baginda melakukannya, dan dilarang meniru cara unta duduk, cara duduk dengan lutut dahulu."[3]


KESIMPULAN iBNU tAIMIYAH

Didalam penyelesaian hal ini, Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyah telah mengatakan didalam buku Al-fatawa (22/449) bahawa :

"Jika melakukan Solat meletakkan lutut sebelum tangan, dan jika melakukan Solat meletakkan tangan, kemudiannya lutut, solatnya SAH menurut persetujuan ulama', cuma mereka beselisih antara mana yang afdal"[4]

Rujukan :

1. Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Bazz. Majmu' Fatawa Samaahah Abdul Aziz Bin Baaz - 4 Riyad : Dr Al-Watan, 2000.
2. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Sifat Solaat al-Nabi (saw) Cetakan ke 2. Riyad : Maktab Al-Ma'arif, 1996.
3. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Talkhees Sifat Solaat al-Nabi (saw) min al-Takbeer ila al-Tasleem ka annaka turaahaa url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=pelbagai&Number=10647&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1
4. Abdul Rahman Muhammad bin Qaasim. Majmu' Fatawa Sheikh Ibnu Taimiyyah. Beirut : Resalah.



TAMBAHAN SEBAGAI KESIMPULAN


Secara ringkasnya ada 2 kelompok ulama’ di dalam masalah ini :

KELOMPOK PERTAMA :

Mereka mengatakan bahawa apabila hendak turun sujud , maka hendaklah dengan meletakkan lutut terlebih dahulu kemudian barulah tangan .

Kata mereka lagi , kalau dibuat sebaliknya , maka jadilah turun itu seperti unta dan inilah cara yang dilarang oleh Baginda Rasulullah s.a.w .

Golongan ini juga menggunakan hadis yang diriwayatkan ataupun dipergunakan oleh al-Imam Abu Hanifah rh , al-Imam Muhammad Idris asy-Syafi’e rh , al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh ( menurut salah-satu pandangannya ) , al-Imam at-Tirmidzie ( dengan mengatakan cara ini adalah cara yang dipraktikkan oleh majoriti ulama’ ) , al-Imam Abu Daud rh , al-Imam an-Nasaie rh , al-Imam Ibnu Taimiah rh , al-Imam Ibnul Qaiyim rh dan beberapa ulama’ terkini seperti Syeikh ‘Abdul Aziz Bin Baz rh ( bekas Mufti Arab Saudi ) , Syeikh Muhammad Bin Soleh al-‘Utsaimin rh dan Syeikh Ibnu Jibrin rh .

KELOMPOK KEDUA :

Kelompok ini pula mengatakan bahawa apabila hendak turun sujud , maka hendaklah diletakkan kedua-dua tapak tangan terlebih dahulu , kemudian kedua-dua lutut dan diakhiri dengan muka .

Menurut mereka pula , jika dibuat sebaliknya maka itulah dia cara unta turun sujud dan itulah cara yang dilarang .

Golongan ini diwakili oleh al-Imam Malik Bin Anas rh , al-Imam al-Auza’ie rh dan muhaddis di zaman moden , Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rh serta beberapa orang ulama’ .

Kelompok ini adalah kelompok minoriti .


PANDANGAN : KAEDAH TURUN SUJUD :

( pandangan penulis blog dari soalsolatumum )



Setelah diperhatikan hujah kedua-dua pihak maka yang nyata di sini ialah LARANGAN MENIRU CARA UNTA TURUN merupakan topik yang disepakati bersama di kalangan mereka . Cuma , yang menjadi pertikaiannya sekarang ialah bagaimanakah cara unta turun ( menderum ) ke bumi ? .


Namun setelah saya bertemu semula dengan beberapa rakan saya yang belajar di Pakistan , mereka mengatakan bahawa amalan saya itu tidak betul , yang betul ialah sebagai mana hadis yang dijadikan alasan oleh golongan ulamak kedua itu .

Setelah saya meneliti perbahasan tersebut ( sekitartahun 1990 ) di dalam kitab “ SILSILAH al-AHADITS ad-DHO’IEFAH “ oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rh ( Jilid kedua ) nyatalah bahawa beliau rh telah mentadh’iefkan ( melemahkan ) hadist yang dipegang oleh kelompok ulama’ pertama . Ertinya di sini , cara yang paling tepat dengan cara yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w ialah dengan turun sujud dengan kedua-dua tapak tangan terlebih dahulu , kemudian barulah lututnya . Dan semenjak hari itu , saya telah menukar cara turun sujud saya dengan cara yang dipegang oleh para ulama’ kelompok kedua itu . :smirk:

Kemudian , pada pertengahan tahun 90’an , saya telah ditaqdirkan Allah Ta’ala untuk melanjutkan pengajian di Mesir ini ( alhamdulillah ) dan setelah beberapa sampai saya sendiri telah berkesempatan ke Piramid di Giza dengan beberapa orang teman-teman sepengajian .

Di situ terdapat beberapa ekor unta yang memang dijadikan tunggangan dan disewa untuk tujuan itu oleh para pengunjung Piramid di Giza . Kebetulan di situlah saya telah berkesempatan melihat unta turun dan daripada situlah saya teringat kembali perbahasan ulama’ sekitar masalah itu .

Unta merupakan binatang berkaki empat . Kita anggap sahajalah kedua-dua kaki depannya seperti kedua-dua tangan kita ( sbg manusia ) dan kedua-dua kaki unta pula seperti kedua-dua kaki ini . Ini demi memudahkan kita memahami permasalahan ini .

Apakah yang saya lihat ? . Saya melihat unta tersebut turun ke bumi dengan cara melatakkan kedua-dua kaki hadapannya terlebih dahulu , Maknanya cara sujud yang dilarang kerana menyerupai unta ialah meletakkan kedua-dua tangan terlebih dahulu .

Memang saya terkejut kerana selama ini saya menyangka ( kerana tidak pernah berpeluang memerhatikan cara unta turun ke bumi bagaimana ) unta turun dengan kedua-dua kaki belakangnya terlebih dahulu . Rupa-rupanya yang sebenarnya ialah cara yang berlawanan pula.

Bukan sekali saya perhatikan cara unta turun , kali kedua saya berkesempatan melihat unta turun ke bumi ketika ke Semenanjung Sinai ( sempadan Palestin ) pada tahun 1997 . Sah dan confirm ….memang unta turun dengan cara meletakkan kaki hadapannya terlebih dahulu . Bukan setakat cara unta turun , saya sendiri berpeluang juga melihat bagaimanakah unta bangun pula ( iaitu dengan cara mengangkat kaki belakang ) terlebih dahulu .

Semenjak itu ( semenjak peristiwa di Piramid lagi ) , saya rujuk semula kepada amalan lama saya iaitu meletakkan kedua-dua lutut terlebih dahulu , kemudian tangan apabila hendak turun sujud .

Menurut pandangan saya ( berdasarkan ilmu yang sedikit ini dan pengalaman tersebut ) cara yang paling sesuai dan paling tepat dengan sunnah yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w sendiri ialah cara yang dipegang oleh majoriti ulama’ rh ( kelompok pertama ) dan itulah sebenarnya kaedah yang dituntut iaitu “ tidak boleh menyerupai cara unta turun dan bangun “ .

Bukan itu sahaja , malahan akal yang waras juga akan mengatakan bahawa cara yang cantik dilihat dan indah dipandang ialah meletakkan kedua-dua lutut terlebih dahulu , kemudian barulah kedua-dua tangan ke bumi apabila hendak sujud . Dan apabila hendak bangun ke rakaat berikutnya ialah dengan mengangkat kedua-dua lutut terlebih dahulu , bukannya sebaliknya.



Ustazah : Kalau dalam kamus dewan, unta disebutkan ada 4 kaki, tidak pula disebutkan ada dua tangan dan dua kaki.


Tiada ulasan: