20.1.10

Persoalan Muzik dan Nyayian ( I )




MEMBINCANGKAN mengenai hukum muzik dan nyanyian ianya akan memenatkan kita kerana persoalan ini ialah ibarat satu persoalan fitrah yang berlawanan dengan hukum.

Permasalahan muzik dan nyanyian ini termasuk perkara syubhat yang tidak diketahui akan hukum sebenarnya secara jelas lantaran ianya secara fitrah berlaku dan terjadi dengan meluas dan secara hukum tidak menyebut keharaman dan larangan secara terang.

Dalam hadith baginda Rasulullah saw pernah bersabda :
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas dan di antaranya ialah perkara musytabihat (syubhat-syubhat) yang tidaklah diketahui oleh ramai orang”
(hadith sahih riwayat Bukhari no. 19).


Fitrah manusia memerlukan hiburan dan muzik serta nyanyian menjadi salah satu hiburan semulajadi yang disukai fitrah manusia. Siapa yang tidak senang dengan muzik dan nyanyian.


muzik ialah seni bunyi, dan nyanyian ialah seni suara iaitu secara mudah, muzik ialah bunyi-bunyian yang menghiburkan dan terhasil dari alatan atau dari satu komponan yang diatur menghasilkan irama yang merdu.


Dalam bahasa arab, muzik disebut sebagai al-ma'azif iaitu ialah jamak dari mi’zaf. Dalam Al Muhieth halaman 753, kata ini diertikan sebagai al malahi (alat-alat muzik dan permainan-permainan), contohnya al ‘ud (sejenis kecapi), ath thanbur (gitar atau rebab). Sedangkan dalam An Nihayah diartikan dengan duf-duf.


Ibnul Qayyim dalam Mawaridul Aman halaman 330 menyatakan bahwa al ma’azif adalah seluruh alat musik atau permainan. Dan ini tidak diperselisihkan lagi oleh ahli-ahli bahasa.
Imam Adz Dzahabi dalam As Siyar 21/158 dan At Tadzkirah 2/1337 memperjelas definisi ini dengan mengatakan bahwa al ma’azif mencakup seluruh alat musik maupun permainan yang digunakan untuk mengiringi sebuah lagu atau syair. Contohnya : Seruling, rebab, simpal, terompet, dan lain-lain. (Lihat Tahrim ‘alath Tharb oleh Syaikh Al Albani halaman 79).

Nyanyian pula ialah dari seni suara manusia yang keluar dari mulut dengan mempunyai pengertian dan kata-kata baik sajak, syair atau lagu yang membawa mesej tertentu disamping dipersembahkan dengan mengawal irama suara dan nada tinggi rendah supaya menghasilkan tidak hanya lagu itu dinyanyikan untuk menyampaikan maksudnya sebaliknya juga turut mengutamakan kesedapan dan kemerduan penyampaian sesuatu lagu itu.

Dalam bahasa arab, nyanyian itu disebut sebagai "al- ghina"
Imam Ahmad Al Qurthubi menyatakan dalam Kasyful Qina’ halaman 47 : “Al ghina’ secara bahasa adalah meninggikan suara ketika bersyair atau yang semisal dengannya (seperti rajaz secara khusus).Di dalam Al Qamus (halaman 1187), al ghina’ dikatakan sebagai suara yang diperindah.”

Imam Ahmad Al Qurthubi melanjutkan bahawa sebagian dari imam-imam kita ada yang menceritakan tentang nyanyian orang Arab berupa suara yang teratur tinggi rendah atau panjang pendeknya, seperti al hida’, yaitu nyanyian pengiring unta dan dinamakan juga dengan an nashab (lebih halus dari al hida’). (Lihat Kasyful Qina’ oleh Imam Ahmad Al Qurthubi 47 dan Al Qamus halaman 127)

Bentuk-Bentuk Dan Jenis Al Ghina’ (nyanyian)
Dengan definisi yang telah disebutkan ini, para ulama mentakrifkaan al ghina’ sebagai
Nyanyian seperti yang sering kita temukan dalam berbagai aktiviti manusia sehari-hari, dalam perjalanan, pekerjaan dan sebagainya. Sebagian di antara mereka ada yang menghibur dirinya dengan bernyanyi untuk menambah gairah dan semangat (kerajinan), menghilangkan kejenuhan, dan rasa sepi.


Imam Al Mawardi berkata bahawa syair-syair yang diungkapkan oleh orang-orang Arab lebih disukai apabila syair itu mampu menumbuhkan rasa waspada terhadap tipuan atau rayuan dunia, cinta kepada akhirat, dan mendorong kepada akhlak yang mulia. Kesimpulannya, syair seperti ini boleh jika selamat atau bebas dari kekejian dan kebohongan.
(Kaffur Ri’a’ halaman 50)



Secara kesimpulan penegertian muzik dan nyanyian
baik muzik yang merupakan bunyi-bunyian yang terhasil dari alatan ciptaan manusia seperti gitar, kecapi, serunai, seruling atau lain-lain atau pun bunyi yang terhasil dari semulajadi tetapi disusun oleh manusia seperti bunyi air yang mengalir di sunyai tetapi di atur batu-batu dan pengaliran air dalam lubang-lubang kayu supaya menghasilkan bunyian merdu atau di susun lubang-lubang pokok di tengah padang bagi menghasilkan bunyian merdu apabila di tiup angin semuanya merupakan satu kesedapan dan fitrah manusia menyukai hal ini.



Begitu juga penyanyi, mereka sudah bijak menghasilkan lagu yang mempunyai makna-makna indah dan kemudian menyanyikan bagi menghiburkan. Seperti ibu yang menyanyikan anaknya, seperti bapa yang mengendong anak kecilnya lalu mengiburkannya dengan bacaan nasyid, qasidah atau zikir dengan nada merdu dan nyaring maka demikianlah nyanyian.

Nyanyian hukumnya tidak haram secara mutlak, dan secara segi hukum baik nyanyian, muzik tidaklah haram namun akibat dari beberapa keadaan maka jadilah muzik atau nyanyian itu haram.


Ini kerana, muzik atau nyanyian merupakan fitrah manusia yang terlahir dari kehidupan.


Bermula dari ibu menyanyikan anak dengan zikir-zikir seperti : lailahaillallah x 20 ketika menghayunkan buaian anaknya…bukankah sang ibu itu melantunkan zikir itu dengan nada enak merdu supaya anaknya tidur ?

Termasuk perbuatan ibu itu dalam kategori nyanyian secara umum jadi kesimpulannya hukum muzik itu atau nyanyian bergantung kepada keadaan dan syarat tertentu yang membuatkan ianya haram atau halal dan ini akan kita bincangkan.

Demikianlah ketika di bilik air, ramai manusia menyanyi ketika mandi atau seorang yang kesedihan , atau seorang yang sedang bercinta sekalipun dirinya tidak menyanyi maka dirinya tetap akan tersentuh dengan lagu dan nyanyian dari orang lain terutamanya apabila nyanyian dan muzik (bunyian) itu sangat menyedihkan dan sayu sehingga mampu membuatkan seseorang itu menangis.


Bukankah lagu dan muzik itu menandakan fitrah manusia dan dekatnya dengan hati manusia ?


Kembali kepada persoalan apakah hukum muzik dan lagu

Maka setelah difahami bahawa lagu dan muzik merupakan fitrah maka dengan ini wajarlah kita memegang kepada suatu kaedah usul fiqh iaitu : Asal hokum sesuatu itu ialah harus
(lihat Qawaid fiqhiyah m/s 179 oleh Dr Abd Karim Zaidan).


Firman Allah swt :
"Belum tahukah kamu, bahawa sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi; dan Dia telah sempurnakan buat kamu nikmat-nikmat-Nya yang terlihat mahupun yang tidak kelihatan." (Luqman: 20).

Islam telah pun sempurna dan syariat Islam yang di bawa oleh rasulullah telah pun selesai menentukan segala persoalan hukum tanpa perlu-perlu di tambah oleh sesiapa pun walau oleh para ulamak.

Allah swt berfirman :

"Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahwa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas (nama) Allah, sesungguhnya orang-orang yang berani berbuat dusta atas (nama) Allah tidak akan dapat bahagia."
(an-Nahl: 116)



Menghalalkan apa yang diharamkan dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah merupakan suatu dosa besar yang hampir menyamai syirik oleh yang demikian maka dalam penentuan hukum para ustaz dan para ulamak diperlukan memiliki kebolehan dan pemikiran yang luas dalam menentukan keputusan supaya tidak melampaui batas tanpa ilmu.

Sabda baginda rasulullah :
“Perkara yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab (Al-Qur’an) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan apa yang didiamkan olehnya maka ianya termasuk apa yang dimaafkan kepada kalian” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no. 1726, Ibn majah, Hakim)


Jadi dalam persoalan muzik dan nyanyian tiada sesiapa yang dapat menentukan hukumnya baik halal atau haram secara membuta tuli melainkan dengan telah menilai secara ilmiah hujah dan dalil di samping memerhatikan beberapa perkara yang menentukan kehalalan dan keharaman.

..... bersambung " persoalan muzik dan Nyanyian II "

telah disusun dan dimurnikan
posted asal Ustaz Emran

Tiada ulasan: